Saturday, November 28, 2020

Kisah AKU n Happy Birthday 2020

Assalamualaikum,

Alah, lambat dua hari pulak. Nevermind, tengah free ni baik update cepat. Karang dah start busy, minggu depan pun belum tentu mood menaip tu nak datang. Okey, malam ni nak berkongsi cerita pasal entri penting untuk diri aku dalam blog ni.
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini.  Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2020 ialah hari ulangtahun aku yang ke 28. Haha, dua tahun lagi nak 3-Series ni. Untuk tahun ni, yang pertama wish tentunya cik isteri dan anak (tepat pukul 12 tu, haha!), followed by Along (8.00 pagi), mak (9.45 pagi), adik (1.00 petang) dan ayah sekitar jam 2.30 petang. Other friends termasuklah dari group Lepak Saje, iaitu Afiq dan Dolah serta beberapa orang rakan di FB.
Tahun ni pun ada e-wish dari Touch 'n Go via Teams. Adalah beberapa rakan sejawat yang wish dekat sana.
Celebration tahun ni simple je makan bersama keluarga kecil aku di Restoran Mohd Chan Bukit Sentosa. Nak keluar berjalan kat mall masih tak boleh lagi sebab ada roadblock di highway. Tak plan pun nak keluar, pukul 4 tu baru terfikir. Tu yang siap then terus kesana.
Fariq syok makan Nasi Ayam kat sini. Huhu
Baju dan seluar ni wife yang hadiahkan. Huu. Lama aku tak pakai seluar kaler camni, biasa hitam je..:-)
Sampai rumah sekitar jam 6.30 petang. Jem sekarang Bukit Sentosa, lagi-lagi dekat depan TESCO tu. Pfft
Tahun ni juga dapat hadiah dari Bro Faris. Sebijik monitor untuk kegunaan aku bekerja di rumah. Katanya, kebetulan ada jiran buat carboot sales sebab nak pindah rumah. Dia teringat aku ada membebel time buat kerja kat rumah ayah dulu pasal takde monitor. Haha. Thank you brother, nanti aku carikan jersi Chelsea untuk hang.
Satu lagi hadiah bila Newcastle berjaya menamatkan rentetan kekalahan dengan late winner versus Crystal Palace di Selhurst Park. Gol-gol dijaringkan oleh Wilson dan Joelinton di minit ke 88 dan 89. Huu. Tengok kat phone je tadi since anak bini diorang boleh tertidur kat ruang tamu pulak semalam.

So, 28. Apa je pencapaian dari last birthday? Alhamdulillah, tahun ni aku berjaya kuatkan hati untuk resigned from Quatriz dan join Touch 'n Go. Empat tahun bersama company lama sudah tentunya banyak mengajar ilmu penting untuk tugas baru aku sekarang. Myvinium Falcon pun dah 6 tahun dengan aku. Memori dalam hidup aku tahun ni semestinya banyak dihabiskan bersama Ija dan Fariq. Semoga rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)

Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.

Sunday, November 15, 2020

Kisah AKU n Warband : Suvarnabhumi Mahayuth

Assalamualaikum,

Hari ni nak buka entry pasal video games lah pulak. Dah lama rasanya tak buat entri pasal video game kat blog ni.  Hari ni aku nak review Mount & Blade: Suvarnabhumi Mahayuth yang merupakan sebuah mod total conversion bagi Mount & Blade Warband.

Mount & Blade: Suvarnabhumi Mahayuth or senang kita letak MBSM dalam entri ni lah, panjang sangat namanya. Mod ini dibangunkan oleh Rasiya Team sekitar tahun 2015. Haha lama gila, yelah game ni pun kalau ikutkan dah ada kat market since 2013 lagi. 7 tahun lepas aku pernah review dulu salah satu game dalam Mount & Blade series ni. Nama pun Suvarnabhumi, so memang dah sedia maklum mod ni berlatarbelakangkan zaman kerajaan-kerajaan Asia Tenggara sekitar abad ke-15 most notably:
  1. Kerajaan Ayutthaya dan Kerajaan Lanna di Thailand
  2. Kerajaan Taungoo, Kerajaan Arakan dan Negeri-Negeri Shan di Myanmar
  3. Kerajaan Lan Xang di Laos
  4. Kerajaan Long Vek di Kemboja
  5. Kerajaan Le dan Kerajaan Mac di Vietnam
  6. Koloni Portugis di Tanah Melayu
  7. Kerajaan Johor Lama di Tanah Melayu
  8. Kerajaan Manipur di India
  9. Empayar Ming (late game)
  10. Conquistador Sepanyol (late game)
Haa, nampak tak betapa syoknya mod ni. Selalu main game tak habis-habis kat Eropah, Amerika etc. Laa ni ada orang yang dah buat kat Asia Tenggara beb! Buat pulak ada Kerajaan Johor Lama. Tengok map Tanah Melayu pulak memang ada bandar, pekan yang familiar. 
Seperti yang dijangka, karekter aku yang diberi nama Tengku Muhammad Farid bermula di Johor Lama sebagai seorang ex-bangsawan (ikut cerita sebab bapak kena buang negeri. Serius tak tipu). Aku terus buat pelbagai kerja untuk faction leader Johor Sultanate ketika itu, Sultan Alauddin Riayat Syah untuk reconcile sebagai salah seorang bangsawan Kesultanan Johor.
Game ni cam biasalah, korang boleh beli barang-barang seperti baju, armor, senjata, barang makanan untuk tentera dan sebagainya. Yang uniknya, semua barang-barang is not generic tapi mengikut culture tempat tersebut. Contohnya, Keris boleh didapati di bandar/pekan didalam jajahan takluk Kesultanan Johor. Sama jugak dengan baju dan sebagainya.
Boleh lepak-lepak kat kedai makan, huu. Kat sini jugak boleh rekrut tentera upahan, hire companion dan juga kalau bernasib baik boleh jumpa dengan penyair untuk belajar sajak/syair yang boleh digunakan untuk mengorat. Huhu
Elemen RTS didalam MBSM ni dapat dilihat melalui role karekter dalam nation yang dipilih. Mirip Total War, MBSM membolehkan party yang diketuai karekter untuk attack, defend, reinforce, besiege atau scout open world. Konsep RTS atau real time strategy dapat dilihat melalui tema game ini iaitu sekitar 15th Century, berlatar belakangkan konflik yang berlaku di Asia Tenggara. Watak, tempat dan event yang wujud didalam open world ialah bukan rekaan semata-mata. Watak seperti Sultan Alauddin Riayat Syah of Johor Sultanate, Raja Chairachatirrat of Ayutthaya Kingdom, Queen Chiraprapha of Lanna Kingdom dan lain-lain merupakan watak utama ketika zaman itu 
But, untuk karekter player ia boleh direka. Karekter aku, Tengku Muhammad Farid dengan persalinan bangsawan Johor dilengkapi bersama sebilah simitar Arab, Keris dan Terakol (pistol) selepas upacara perlantikan sebagai Lord of Johor Sultanate.
Lepas jadi bangsawan, aku terus mengumpul beberapa friendly lords seperti Tun Tahir, Tun Khoja Ahmad dan Tun Tajul Ariffin untuk melancarkan serangan keatas koloni Portugis di Melaka. Hasil serangan bertubi-tubi, Kota Melaka dan pekan-pekan sekitarnya termasuk A-Famosa jatuh ketangan Kerajaan Johor Lama semula. Keseluruhan Melaka kemudiannya dianugerahkan kepada aku oleh Sultan Alauddin atas jasa dan keberanian mengetuai serangan. Dengan itu juga, karekter aku dikurniakan title baru - Tun Muhammad Farid. Huhu
Karekter juga ada ability untuk take prisoner yang membuatkan game ni bertambah fun. Prisoner boleh di ransom dengan harga yang reasonable, based on their titles. Dalam prison aku kat A-Famosa ni ada Okya Sophat Phirun, lord from Longvek Kingdom. Taktau camna dia boleh tercampak sampai sini. Haha
Adalah sebulan peace after kejatuhan Kota Melaka, Kerajaan Johor diserang oleh Kerajaan Ayutthaya melalui dua arah, satu melalui Kota Kuala Kedah dan juga Kota Bharu. Seperti bangsawan lain, aku pun tak terlepas dari menerima panggilan dari Ketua Laksamana, Sultan Mahmud Shah of Kedah. Berperang dalam a few months jugak before perjanjian damai dimeterai antara kedua pihak. Hasilnya, Kerajaan Johor berjaya menambah jajahan takluk sehingga ke Ligor dan Ayutthaya terpaksa membayar war reparation yang tinggi sebab memulakan perang tanpa sebab.
Atas keberanian menyelamatkan penguasa Perak, Sultan Muzaffar Syah ketika pengepungan Kota Lama Kanan ketika Perang Johor - Ayutthaya I. Tun Muhammad Farid diambil sebagai pemangku takhta negeri Perak.
It's within the warring period, Tun Muhammad Farid menjalinkan hubungan cinta dengan puteri negeri Kedah, Tunku Haryati iaitu anak kepada Sultan Mahmud Shah. Since aku pun time tu memang close dengan Sultan Kedah, so senang je dapat permission nak kahwin. Haha. Ni time dah bawak Tunku Haryati menetap di Kota Melaka.
Ooo lupa pulak, dalam mod ni ada memperkenalkan jawatan-jawatan penting untuk bandar - Bendahara bagi tugas-tugas negeri dan diplomatik. Laksamana untuk menjaga hal ehwal ketenteraan dan Bendahari untuk hal kewangan. If korang tengah berperang jauh, diorang ni lah yang akan menggalas tengok-tengokkan negeri. 
One thing yang bagus pasal mod ni, korang boleh minta wife untuk join your personal retinue. Means boleh bawak wife pergi perang dan ikut dalam pertempuran sekali. Macam dalam gambar ni, Tun Muhammad Farid accompanied by Tunku Haryati ketika Pertempuran Ratchaburi sekitar tahun 1543 menentang Kerajaan Ayutthaya sekali lagi. Seperti yang dijangka Raja Chairachatirrat confirm takkan berdiam je dengan jatuhnya Ligor dan Krabi time Perang Johor - Ayutthaya I.
Kota Ratchaburi juga merupakan kota yang baru sahaja dianugerahkan kepada aku, jauh dari ibu negeri di Kota Melaka. Dilengkapi dengan Messenger Post, Tun Muhammad Farid was being informed there's a massive invading Ayutthaya army yang menghala kearah Ratchaburi dalam masa 5 hari.
Bimbang atas keselamatan keluarganya, dengan berat hati menghantar Tunku Haryati pulang ke Melaka.
Dan disitulah juga berakhirnya entri ni, okaylah aku nak sambung main. Another great showdown between Sultanate of Johor and Kingdom of Ayutthaya akan meletus lagi, dengan kota aku merupakan barisan hadapan. Hopefully adalah lord lain yang menjawab message aku untuk reinforcement, rasanya Tun Badrul Alam dah gerak dari Ligor. Okaylah kot..:-)
Ni lah achievement setakat progress aku main sekarang, masih berperang lagi dengan Ayutthaya dan Long Vek. Penat jugaklah nak cover dua musuh, buat pulak Ratchaburi tu yang paling depan. Ingat nak give up je kota tu, tapi mana boleh. Bak kata pepatah Melayu: "Biar putih tulang, jangan putih mata". So guys, memang best mod ni. Sebab dia rasa macam dekat dengan hati kita yang duduk Nusantara ni. Indon jangan jealous eh, sebab asalnya mod developer nak buat Kerajaan Acheh dan Majapahit tapi scrapped. Haha. 

Aku sebenarnya ada banyak lagi mod yang playable untuk Mount & Blade ni. Selain melayan Suvarnabhumi Mahayuth ni, aku juga sekarang bermain sebagai Sultan Farid ad-Din, faction leader untuk Sultanate of Cyprus (own-faction) dalam mod Crusades vs Jihad, dan juga Sir Frederick Stauffenberg of the British Empire untuk mod L'Aigle. Tak lupa juga sebagai Legatus Gaius Julius of the Roman Empire dalam Bellum Imperium dan Aelfred Gunner of West Seaxe Kingdom dalam mod Viking Conquest. Aku memang enjoy kelima-lima mod ni, tapi still nak cakap MBSM lah yang paling complete dan terbaik sekali antara mod-mod yang ada.

Saturday, November 14, 2020

Kisah AKU n 2nd Wedding Anniversary

 Assalamualaikum,

Baru sempat nak update ni. Busy sungguh aku minggu ni buat department's budget, proposal dan juga kerja-kerja lain. Petang ni aku nak update pasal satu anniversary yang penting dalam hidup aku dan isteri. Hari ni kita straightforward je ke main entry sebab takde cerita menarik pun yang happen dalam minggu keempat CMCO Klang Valley ni. 
Dua tahun yang lepas, aku selamat melafazkan akad dan sah menjadi suami kepada Ija. Tengok gambar ni macam tak sangka pulak dah jadi laki orang time tu. Daripada nak isi perut makan sorang, pastu dah ada satu lagi perut nak kena bagi makan. 
Thank you very much sebab sentiasa berada disisi abang sepanjang perkahwinan kita. Abang sedar mungkin tak banyak masa yang dapat kita spend bersama atas kekangan kerjaya. Tapi percayalah, ni semua untuk masa depan keluarga kita. Abang tak kisah penat kerja, tapi harap sayang dapat terus faham dan support abang dari belakang. I love you, baby..:-)
Dua tahun usia perkahwinan semestinya membawa banyak perubahan dalam hidup aku. Tahun pertama kami dikurniakan seorang anak lelaki sihat dan cerdas yang diberi nama Fariq Ilham.
Tahun kedua, orang kata rezeki anak. Aku diterima bekerja di Touch 'n Go Sdn Bhd. Alhamdulillah, new seniority, new salary. Ija pun sama jugak, tahun kedua start bekerja di Rotiboy Bakeshoppe Sdn Bhd. Walaupun katanya tak earn that much time dekat Greencon dulu, at the brighter side lokasi yang cuma 15km dari rumah pun dah cukup baik. Jimat tol, jimat minyak.
Tahun lepas sambut anniversary kat Palm Mall Seremban, had some good dinner and layan movie Midway. Tahun ni pulak aku ada mengajak wife pergi dinner bertiga sekali dengan Fariq, tapi dia tak nak pulak - Hulu Selangor ada kes aktif Covid-19 katanya. Hmm takpelah, karang paksa melebih lain pulak yang jadi. Sudahnya duduk rumah layan BabyTV je..:-p

Malam ni takde game EPL, aku nak berehat je hujung minggu ni after one of the most intense working week at TNG. Habis budget tabling Isnin depan kita reform balik kerja yang ada. 

P/S: Haih ni semua politikus punya hal. Hari tu elok curve dah flat, tak memasal kes naik balik. Nak jadi ahli politik kena ada selflessness, bukan selfish lah tahi. Time ni jugaklah nak main political game.

Sunday, November 1, 2020

Kisah AKU n Selamat Tinggal Sahabat

Assalamualaikum,

Entri ni didedikasikan kepada sahabatku, Mohd Helmy Bin Sulaiman yang baru sahaja pergi meninggalkan kami semalam atas komplikasi organ dalaman. Entri ni untuk mengenang memori hidup seorang insan yang rapat dan banyak berjasa kepada aku.

Pagi semalam, sekitar jam 9.30 pagi aku dikejutkan dengan message bertalu-talu di group WhatsApp 'Bersatu Kita Warga UiTM'. Dapat message dari most probably ahli keluarga dia yang mengatakan Helmy berada di ICU. Kurang sejam lepas tu, kami terima khabar duka iaitu telah perginya Helmy meninggalkan dunia ini. Hancur hati kami bila mendengarnya, maklumlah Helmy merupakan rakan rapat kami ketika di UiTM dulu. Mari kita throwback sedikit kenangan bersama Almarhum.
May 2010 - merupakan tahun pertama aku kenal Helmy ketika kami menuntut di Fakulti Undang-Undang. Tapi time tu kenal camtu je.
Sept 2011 - bermulalah perkenalan dengan lebih rapat lagi time kami di FSPPP. Satu fakulti, satu kelas pulak tu bersama tiga orang rakan rapat kami, Joe, Yat dan Pok Jad. 
Belajar sama-sama. Tak boleh dinafikan yang kami berempat memang rapat sampai kelas dari sem pertama sampailah yang terakhir. Cuma kadang aku tercampak ke group lain sebab selalu jadi rebutan jugak dulu. Haha
Kem Kesatria, kenangan hitam aku. Pfft
Join modul. Selalu jugak kitorang yang SMF ni bagi special privilege kat brother dulu.
Fast forward to 2014 - Of course, ni presentation yang akan aku ingat sampai bila-bila. Present dah baik, sekali lecturer cakap content kelaut tak kena dengan format. Nasib baiklah aku cakap kat Prof yang kitorang tak dapat format, ingatkan kena draft sendiri. Kira cam syok sendiri lah present dulu. Huhu
Main badminton sama-sama. Dari semester satu sampailah enam, memang ada je minggu yang kami akan beriadah sekali. 
Makan pun sama-sama. Lepas kelas, mesti lunch sekali dekat the famous restoran Barra. Kenangan yang aku paling ingat, bila order Maggi Barra mesti dia akan sebut Maggi..senyap jap pastu nyanyi lagu Bara - Awie. Haha
Berhibur pun sama-sama. Untuk pengetahuan, Helmy ni merupakan lead bagi kumpulan nasyid Kolej Perindu yang dinamakan Sekilas. Memang sedap suara dia, mengaji dan bertaranum apatah lagi. Aku taldelah tau sangat aktiviti dia di kolej sebab aku budak NR. Tapi dari apa yang orang cakap, dia memang seorang yang banyak berjasa bagi pembangunan sahsiah dan dakwah di kolej Perindu.
Konvoi motor ke Morib. Helmy nilah yang paksa aku join, tapi memang antara kenangan terindah time belajar dulu. Ingat lagi before balik singgah makan kat rumah Ishak. Time solat Maghrib aku yang jadi Imam, elok bangun dari sujud nak tahiyat akhir ada kucing kat depan. Allah! Walaupun terkejut tapi tetap cool habiskan solat, lepastu semua berdekah gelak. Haha 
Minggu exam setiap semester nilah aktivitinya. Study sama-sama, tapi bila sampai part susah. Stop jap, pekena PES2012. Pastu sampai ke sahur lah main game. Belajarnya adalah sejam dua.

Julai 2014 - Hari terakhir kami bergelar siswa UiTM sebelum membawa hala tuju masing-masing.
Mac 2015 - reunion kali pertama di Plaza Alam Sentral, kebetulan sebab Helmy datang Shah Alam. So, kami pun pakat mai sana lah.
Mac 2017 - Aku dan brothers lain menghadiri majlis perkahwinan Helmy bersama pasangannya di Johor Bahru. Hari tu jugak aku clash dengan ex dulu, seingat aku clash dekat R&R Ayer Keroh lepas makan. Bayangkan dengan celarunya jiwa time tu, tapi masih gagah lagi drive semata-mata nak tengok brother kami yang pertama melangsungkan perkahwinan. Dapat jugak nasihat dari Helmy hari tu supaya untuk next relationship tak payah bercinta, kahwin je terus. 
Sept 2019 - reunion bertiga di Restoran Hakim @ Shah Alam. Ini juga merupakan kali terakhir aku dan Joe meluangkan masa bersama Helmy. Banyak benda yang kami sembang hari tu, rasanya ada tiga jam jugak menyembang malam tu. Balik pun sebab memikirkan esok nak kerja je. 

Dan semalam tanggal 30 Oktober 2020, kami diberitahu yang Helmy telahpun pergi menghadap Ilahi. Biarlah aku mengarang entri ni bagi mengenang seorang sahabat yang banyak kenangannya kepada kami dan juga jasa kepada agamanya. Aku tutup entri malam ni dengan sepotong lagu Nasyid dendangan UNIC yang selalu menjadi siulan Helmy satu ketika dahulu. 

"Sahabat, pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi. Semoga kita terus berada dibawah naunganNya" 
Sahabat Sejati, UNIC.

Selamat Jalan Sahabat. Rest Well. Semoga rohmu sentiasa berada dibawah payung rahmatNya. Amin. Al-Fatihah (dibaca)