Assalamualaikum,
Hari ni nak buka entry pasal video games lah pulak. Dah lama rasanya tak buat entri pasal video game kat blog ni. Hari ni aku nak review Mount & Blade: Suvarnabhumi Mahayuth yang merupakan sebuah mod total conversion bagi Mount & Blade Warband.
Mount & Blade: Suvarnabhumi Mahayuth or senang kita letak MBSM dalam entri ni lah, panjang sangat namanya. Mod ini dibangunkan oleh Rasiya Team sekitar tahun 2015. Haha lama gila, yelah game ni pun kalau ikutkan dah ada kat market since 2013 lagi. 7 tahun lepas aku pernah review dulu salah satu game dalam Mount & Blade series ni. Nama pun Suvarnabhumi, so memang dah sedia maklum mod ni berlatarbelakangkan zaman kerajaan-kerajaan Asia Tenggara sekitar abad ke-15 most notably:
- Kerajaan Ayutthaya dan Kerajaan Lanna di Thailand
- Kerajaan Taungoo, Kerajaan Arakan dan Negeri-Negeri Shan di Myanmar
- Kerajaan Lan Xang di Laos
- Kerajaan Long Vek di Kemboja
- Kerajaan Le dan Kerajaan Mac di Vietnam
- Koloni Portugis di Tanah Melayu
- Kerajaan Johor Lama di Tanah Melayu
- Kerajaan Manipur di India
- Empayar Ming (late game)
- Conquistador Sepanyol (late game)
Haa, nampak tak betapa syoknya mod ni. Selalu main game tak habis-habis kat Eropah, Amerika etc. Laa ni ada orang yang dah buat kat Asia Tenggara beb! Buat pulak ada Kerajaan Johor Lama. Tengok map Tanah Melayu pulak memang ada bandar, pekan yang familiar.
Seperti yang dijangka, karekter aku yang diberi nama Tengku Muhammad Farid bermula di Johor Lama sebagai seorang ex-bangsawan (ikut cerita sebab bapak kena buang negeri. Serius tak tipu). Aku terus buat pelbagai kerja untuk faction leader Johor Sultanate ketika itu, Sultan Alauddin Riayat Syah untuk reconcile sebagai salah seorang bangsawan Kesultanan Johor.
Game ni cam biasalah, korang boleh beli barang-barang seperti baju, armor, senjata, barang makanan untuk tentera dan sebagainya. Yang uniknya, semua barang-barang is not generic tapi mengikut culture tempat tersebut. Contohnya, Keris boleh didapati di bandar/pekan didalam jajahan takluk Kesultanan Johor. Sama jugak dengan baju dan sebagainya.
Boleh lepak-lepak kat kedai makan, huu. Kat sini jugak boleh rekrut tentera upahan, hire companion dan juga kalau bernasib baik boleh jumpa dengan penyair untuk belajar sajak/syair yang boleh digunakan untuk mengorat. Huhu
Elemen RTS didalam MBSM ni dapat dilihat melalui role karekter dalam nation yang dipilih. Mirip Total War, MBSM membolehkan party yang diketuai karekter untuk attack, defend, reinforce, besiege atau scout open world. Konsep RTS atau real time strategy dapat dilihat melalui tema game ini iaitu sekitar 15th Century, berlatar belakangkan konflik yang berlaku di Asia Tenggara. Watak, tempat dan event yang wujud didalam open world ialah bukan rekaan semata-mata. Watak seperti Sultan Alauddin Riayat Syah of Johor Sultanate, Raja Chairachatirrat of Ayutthaya Kingdom, Queen Chiraprapha of Lanna Kingdom dan lain-lain merupakan watak utama ketika zaman itu
But, untuk karekter player ia boleh direka. Karekter aku, Tengku Muhammad Farid dengan persalinan bangsawan Johor dilengkapi bersama sebilah simitar Arab, Keris dan Terakol (pistol) selepas upacara perlantikan sebagai Lord of Johor Sultanate.
Lepas jadi bangsawan, aku terus mengumpul beberapa friendly lords seperti Tun Tahir, Tun Khoja Ahmad dan Tun Tajul Ariffin untuk melancarkan serangan keatas koloni Portugis di Melaka. Hasil serangan bertubi-tubi, Kota Melaka dan pekan-pekan sekitarnya termasuk A-Famosa jatuh ketangan Kerajaan Johor Lama semula. Keseluruhan Melaka kemudiannya dianugerahkan kepada aku oleh Sultan Alauddin atas jasa dan keberanian mengetuai serangan. Dengan itu juga, karekter aku dikurniakan title baru - Tun Muhammad Farid. Huhu
Karekter juga ada ability untuk take prisoner yang membuatkan game ni bertambah fun. Prisoner boleh di ransom dengan harga yang reasonable, based on their titles. Dalam prison aku kat A-Famosa ni ada Okya Sophat Phirun, lord from Longvek Kingdom. Taktau camna dia boleh tercampak sampai sini. Haha
Adalah sebulan peace after kejatuhan Kota Melaka, Kerajaan Johor diserang oleh Kerajaan Ayutthaya melalui dua arah, satu melalui Kota Kuala Kedah dan juga Kota Bharu. Seperti bangsawan lain, aku pun tak terlepas dari menerima panggilan dari Ketua Laksamana, Sultan Mahmud Shah of Kedah. Berperang dalam a few months jugak before perjanjian damai dimeterai antara kedua pihak. Hasilnya, Kerajaan Johor berjaya menambah jajahan takluk sehingga ke Ligor dan Ayutthaya terpaksa membayar war reparation yang tinggi sebab memulakan perang tanpa sebab.
Atas keberanian menyelamatkan penguasa Perak, Sultan Muzaffar Syah ketika pengepungan Kota Lama Kanan ketika Perang Johor - Ayutthaya I. Tun Muhammad Farid diambil sebagai pemangku takhta negeri Perak.
It's within the warring period, Tun Muhammad Farid menjalinkan hubungan cinta dengan puteri negeri Kedah, Tunku Haryati iaitu anak kepada Sultan Mahmud Shah. Since aku pun time tu memang close dengan Sultan Kedah, so senang je dapat permission nak kahwin. Haha. Ni time dah bawak Tunku Haryati menetap di Kota Melaka.
Ooo lupa pulak, dalam mod ni ada memperkenalkan jawatan-jawatan penting untuk bandar - Bendahara bagi tugas-tugas negeri dan diplomatik. Laksamana untuk menjaga hal ehwal ketenteraan dan Bendahari untuk hal kewangan. If korang tengah berperang jauh, diorang ni lah yang akan menggalas tengok-tengokkan negeri.
One thing yang bagus pasal mod ni, korang boleh minta wife untuk join your personal retinue. Means boleh bawak wife pergi perang dan ikut dalam pertempuran sekali. Macam dalam gambar ni, Tun Muhammad Farid accompanied by Tunku Haryati ketika Pertempuran Ratchaburi sekitar tahun 1543 menentang Kerajaan Ayutthaya sekali lagi. Seperti yang dijangka Raja Chairachatirrat confirm takkan berdiam je dengan jatuhnya Ligor dan Krabi time Perang Johor - Ayutthaya I.
Kota Ratchaburi juga merupakan kota yang baru sahaja dianugerahkan kepada aku, jauh dari ibu negeri di Kota Melaka. Dilengkapi dengan Messenger Post, Tun Muhammad Farid was being informed there's a massive invading Ayutthaya army yang menghala kearah Ratchaburi dalam masa 5 hari.
Bimbang atas keselamatan keluarganya, dengan berat hati menghantar Tunku Haryati pulang ke Melaka.
Dan disitulah juga berakhirnya entri ni, okaylah aku nak sambung main. Another great showdown between Sultanate of Johor and Kingdom of Ayutthaya akan meletus lagi, dengan kota aku merupakan barisan hadapan. Hopefully adalah lord lain yang menjawab message aku untuk reinforcement, rasanya Tun Badrul Alam dah gerak dari Ligor. Okaylah kot..:-)
Ni lah achievement setakat progress aku main sekarang, masih berperang lagi dengan Ayutthaya dan Long Vek. Penat jugaklah nak cover dua musuh, buat pulak Ratchaburi tu yang paling depan. Ingat nak give up je kota tu, tapi mana boleh. Bak kata pepatah Melayu: "Biar putih tulang, jangan putih mata". So guys, memang best mod ni. Sebab dia rasa macam dekat dengan hati kita yang duduk Nusantara ni. Indon jangan jealous eh, sebab asalnya mod developer nak buat Kerajaan Acheh dan Majapahit tapi scrapped. Haha.
Aku sebenarnya ada banyak lagi mod yang playable untuk Mount & Blade ni. Selain melayan Suvarnabhumi Mahayuth ni, aku juga sekarang bermain sebagai Sultan Farid ad-Din, faction leader untuk Sultanate of Cyprus (own-faction) dalam mod Crusades vs Jihad, dan juga Sir Frederick Stauffenberg of the British Empire untuk mod L'Aigle. Tak lupa juga sebagai Legatus Gaius Julius of the Roman Empire dalam Bellum Imperium dan Aelfred Gunner of West Seaxe Kingdom dalam mod Viking Conquest. Aku memang enjoy kelima-lima mod ni, tapi still nak cakap MBSM lah yang paling complete dan terbaik sekali antara mod-mod yang ada.