Thursday, December 31, 2015

Kisah AKU n Memories 2015

Assalamualaikum,

This day merupakan hari terakhir bagi tahun 2015, tahun yang agak sukar bagi rakyat Malaysia terutamanya for working class macam aku ni. Almost semua benda naik, dari tol, minyak, harga barang. Yang menyirapnya, statement bodoh menteri-menteri yang menambah pedih kat hati ni. Okay lah, malas nak review panjang pasal masalah dalaman negara ni. Lagi bagus kalau kita selak sikit highlight tahun 2015 aku ni and some komen mengenai my 2015 resolution, betul tak?
Sent by the CEO, John to oversee The 3rd Annual Modular Construction Conference di Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Nampak macam kecik and takde signifikan, but personally it help to boost my confidence bila bergaul dengan C-Level management ni..:-)

April 2015
Have 2 assets under my name. Motor dah habis bayar so it's my tangible asset while kereta MyVi tu still dalam proses monthly installment, so it's still considered as liability. Seronok beb pakai kereta ni, nak jalan-jalan tak payah nak pakai kereta family lagi. To date, kereta ni dah cecah Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur..:-)

May 2015
Short 3 days yet memorable trip bersama Brotherhood Sungai Buaya di Pulau Pangkor..;-)

July 2015
Completing one of my mission for this year - memandu kereta sendiri ke kampung and it's happened time nak balik raya..:-)

October 2015
Quick retreat with my Brotherhood ke Port Dickson and Melaka. Ni main redah je..haha

November 2015
Happy Birthday yang ke 23 to me! Tahun ni unik sikit sebab celebrated by colleagues, Brotherhood and my family. 
Met with my bakal abang ipar, Syazwan. Dah nak kahwin dah kakak aku ni..;-p

December 2015
1 Disember 2015 - resigned from my post at Trueventus Sdn Bhd setelah berkhidmat selama hampir setahun dua bulan..
A week after my resignation, aku menyambung kerjayaku dengan menyertai CapSource Sdn Bhd pada tanggal 7 Disember 2015. Still dalam industri yang sama, but I believe rezeki ada dimana-mana. Yang penting kita kena usaha untuk mencarinya.
First time meneroka Kuala Selangor and attractions kat sana..:-)

Alright, jom tengok sikit ulasan berkenaan dengan azam tahun 2015 aku. A brand new set of resolution since dah bertukar status from student to employee.

Blog: Alhamdulillah, masih kuat lagi untuk menaip dan running this blog. Semoga diberi kekuatan untuk terus berblogging disini. Amin, In Sha Allah.

Kerjaya: Walaupun gaji belum cecah RM 3K seperti yang disasarkan but an increase in seniority level helps me to achieve this resolution,

Aset: Alhamdulillah, CT100 aku dah habis bayar walaupun bagi adik pakai. MyVi pun so far takde masalah bayar bulanan and tahun ni aku balik raya drive kereta baru..hehe

Family: Tanggungjawab sebagai anak tak dilupakan, tapi plan nak bawak diorang bercuti selalu tertangguh. Bila mak ayah free, Along or adik pulak tak free. Bila diorang okay, aku pulak tak boleh nak commit.

Certificate - 2015 merupakan tahun yang agak perit bagi workforce Malaysia, dan aku jugak. I need to let go this mission sebab to enroll for the professional cert, it's not cheap. Since sekarang memang crucial time where every spending must be done wisely. Memang not a proper time to invest money untuk sijil after considering aspects like the hike of fuel, toll, barang asas dan sebagainya

What I can conclude, my 2015 resolution was just so-so. ada yang tercapai dan ada yang tidak. But, overall, I would like to thank you for all the memories that I had for 2015 and of course, better to come for 2016. Thank You!

Thursday, December 24, 2015

Kisah AKU n A Day at Kuala Selangor

Assalamualaikum,

Hari ni kami dapat day off from Wayne after managed to secured our target sales semalam. Dulu dengar je from Ernie pasal insentif ni, laa ni dapat merasa sendiri walaupun belum sampai sebulan pun aku kat sini. Esok, aku and my brotherhood akan ke Thailand for our year-end trip and aku pulak sempat bercuti-cuti Malaysia hari ni kat Kuala Selangor menggunakan cuti free hari ni..:-)
Seawal jam 8.30 pagi aku dah sampai ke office untuk amik check gaji, dan juga buat kerja sikit. Office bukak setengah hari je, since our Finance need to clear some works. Dalam pukul 10 pagi, aku keluar from Setiawangsa dan menuju ke Kuala Selangor.
Sampai kira-kira pukul 11 pagi. Terus ke Bukit Melawati. Dah lama sangat aku nak menjejak kaki kat kubu pertahanan yang ancient ni. Selalu baca je dalam buku, akhirnya sampai jugak.
Bukit Melawati or Kota Melawati or Kota Kuala Selangor ini dibina oleh Sultan Ibrahim of Selangor Sultanate untuk mempertahankan jajahannya from Belanda dan Johor. Kota ini juga merupakan pusat pentadbiran ketika pemerintahan beliau.
Kat sini ada some historical attractions, contohnya Rumah Api Bukit Melawati, Batu Hampar, Makam Diraja, Telaga Tujuh, Tangga Seratus, Meriam Penggawa, Telaga Beracun dan juga pelbagai jenis spesis monyet yang banyak. Tapi tu lah, aku tak sempat nak visit kesemua attractions yang ada atas kekangan masa. In Sha Allah, aku akan kesini lagi and show you guys some good pictures, okay!
Bergambar bersama sebuah meriam yang dihalakan menghadap Selat Melaka. Kubu ni mempunyai meriam-meriam yang dihalakan keempat-empat penjuru dan yang paling banyak ialah berhadapan Selat Melaka dan Sungai Selangor.
Destinasi aku seterusnya ialah ke Plaza Kuala Selangor@1 Plaza di tengah-tengah Bandar Kuala Selangor. Sini merupakan tempat yang sesuai untuk berhibur since ada LFS Cinema, pusat karaoke dan entertainment. I had my Star Wars experience kat sini, memang tip top ceritanya. Highly recommended untuk peminat-peminat filem sains fiksyen. A-Class!
Berjalan-jalan di sekitar Kuala Selangor. Tapi memang terik tadi, belum sampai Thailand dah burn..huu
Singgah pekena Mee Rebus dan Cendol Bakar Kuala Selangor. Gerai ni terletak di Kampung Assam Jawa, Jalan Bukit Rotan. If you guys nak ke KS from LATAR, memang akan perasan gerai ni. Punya besar banner, kalau tak nampak tak tahu lah..haha
Dalam pukul 5 petang, aku bergerak pulang ke rumah. Mak dah telefon, dia ingatkan aku pergi office sekejap je..huu.
Sampai rumah, berehat sekejap and amik ayah kat Terminal Bukit Beruntung. Then join melepak dengan geng Otai kat Salam Sentosa. Aku kenal diorang ni time pergi kerja naik bas dulu..:-)
Dia punya Naan Cheese + Kari Kambing memang terbaik. Kalah semua restoran Mamak yang ada kat Malaysia ni..huu

So, that's my short entry mengenai my quick retreat at Kuala Selangor. Serius I need to come here again. Banyak attractions yang aku tak visit lagi - Fireflies, Eagles, Fishing Villages, Pantai Remis and of course, seafoods!

Tuesday, December 22, 2015

Kisah AKU n First Deal!

Assalamualaikum,
6PM - one registration form masuk atas nama Senai Airport Terminal Services and it's MINE! haha. That's my first deal for the company after closing my 2 weeks here. Of course, it's first from many that will be coming later, In Sha Allah. Bersyukur sangat, lagi-lagi bila tak expect yang this deal masuk secepat ni..:-)
After bagi kunci kereta kat ayah, aku terus ke LRT Seri Rampai dan menuju ke LRT Setiawangsa. There, singgah office Dolah. Kitorang ada benda penting nak buat malam ni..:-p
Brader ni buat payroll tadi. So, sementara tunggu tu tumpang charge henset sambil exchange message kat group WhatsApp company.
Finally, cuti yang ditunggu-tunggu sampai when Boss announced off day esok diatas kejayaan mencapai KPI. Bukan setakat capai targeted 10K, but surprisingly almost 18K dalam masa sehari. Well done guys!
So far so good. I'm determined to contribute more for the company. Kalau company jaga kita, why not kita jaga company balik, right?
Lepas Maghrib kitorang terus ke Batu Caves, Dolah kata ada money exchanger best kat Giant situ,.:-)
Haa, ni lah duit Thailand or known as Thai Baht. Aku tukar RM 900 for 7500 Baht. Teruk benor Ringgit Malaysia sekarang ni, huu.
Tercicir pulak Touch N Go aku tadi, tak pasal-pasal kena beli kad baru. Tapi yang bestnya Plus Miles ni, boleh dapat rebat 5% bila lalu highway PLUS and DUKE..:-)
Dinner dengan Dolah before menuju pulang ke Sungai Buaya.

Sampai rumah dalam pukul 10 malam. Esok pagi bangun macam biasa, nak pergi office amik cheque and then terus ke Kuala Selangor untu melawat Bukit Melawati..:-)

Monday, December 21, 2015

Kisah AKU n CapSource's Annual Dinner

Assalamualaikum,
Malam tadi after office hour around 7PM, our company ada small gathering and dinner before menamatkan operasi bagi tahun 2015 ni. Walaupun belum pun sampai sebulan lagi kat sini, but still dapat join since dah jadi a part of CapSource's family..:-)
Venue of our dinner tadi ialah di Wangsa Grill@Chef Zubir, Wangsa Maju. Sebuah restoran yang menawarkan western food ranging from a large variety of steaks, lobsters, pastas and many more. Rajin-rajin nanti korang check lah website diorang di Laman Grill.
Dinner tadi takde tema pun. So, this is my outfit of the day. Baju Treblemaker in action again! ;-P
Yang tudung biru tu Kak Ernie, my team leader time kat Trueventus dulu and..
Hazeem and Min, both of them pun from Trueventus jugak..haha. Dah macam mini reunion pulak. Kalau ajak Abang Lan after dia recover knee operation nanti pun best rasanya..:-)
Lena from our Production Team with Daud, our EMEA Director.
Kalau kat Trueventus we have 2 bearded guys - Poven and Karuna , kat sini pulak kita ada Said and Azeem..haha
Yang perempuan berbaju hitam diapit oleh Daud and Said tu namanya Sarah, from EMEA Department. Kuat makan dia ni..huu
Tadi jugak kami meraikan birthday some of our employee yang lahir dalam bulan 12. Min, Jenny (our Finance&HR lady) dan juga Faried (yang kat tengah tu). Happy Birthday guys! God Bless!
Haa, yang belah kanan tu lah Wayne. My new boss, orangnya baik tak kira lah dalam or luar pejabat. A man with a very wide vision, know how to listen to his employee for any suggestion and room for improvement. A very rare quality yang ada pada bosses zaman sekarang, especially yang gila duit and takde adab..haha
Teruja tengok makanan yang banyak atas meja..huu
Jom selak sikit apa yang aku telan tadi. This is my main course - Beef Steak. Portion memang banyak, kenyang dia sampai sekarang terasa lagi..huu
Lobster Thermidor. Tak silap aku, ni menu Level 10 dalam game The Sims or known as The Divine Meal..haha
Dessert. Ni Min punya, terlebih order tu yang dia bagi aku dengan Kak Ernie. Aku mana lah makan pencuci mulut, lagi-lagi bila dapat hat yang coklat cair camni..hee
We conclude our dinner at 8.45PM with short yet inspirational speech from our boss. He planned to bring us to Sri Lanka next year, tak tau apa ada kat sana but sounds interesting. One more thing, kalau esok achieve target, Wednesday dapat day off..huu
Keluar Wangsa Maju around 9 PM. Singgah R&R Rawang, solat Isya', topup minyak + Touch N Go and beli Nescafe satu tin. Ngantuk bai, dah lama tak kenyang gila macam ni..:-)

Erm okay lah guys, dah nak dekat pukul 12 ni. Nak masuk tidur dulu, esok kena bangun macam biasa. Ingat dah ada event malam ni, boleh lah masuk lambat esok..haha

P/S: Puas hati dinner malam ni. Ingat nak pergi makan lagi kat restoran ni nanti..:-)

Sunday, December 20, 2015

Kisah AKU n New Passport!

Assalamualaikum,
Minggu ni kerja macam biasa. Dah dapat adapt dengan culture yang agak relax kat sini. Best, ada PC sendiri, ada e-mail sendiri..boleh kata semua yang patut dapat memang ada lah..huu
Ayah dengan Along pun dah start kerja balik after bercuti kat Penang minggu lepas. Bertambah lah khidmat pengangkutan domestik dari KL-Rawang ni..huu
Minggu ni almost setiap malam hujan. Lebat pulak tu..:-)
After office hour Jumaat, aku terus ke Ali Maju Setiawangsa to met with my brotherhood. Ngeteh dulu, solat Maghrib then terus ke Seri Rampai untuk sesi berkarok..:-p
Kakak Dolah ada event kat Quill sampai pukul 11, tu yang kitorang lepak terus. Boleh tahan rabak jugak mata malam tu.
Terlebih lighting pulak, nampak beriman sikit muka..haha. After karok, we split sekejap. Dolah amik kakak dia, while Afiq balik dengan aku. Then, rejoin with Dolah kat Sedap Rasa, had our dinner and some short discussion mengenai our trip next week..:-)
Petang semalam ke UTC, nak renew passport. Minggu depan nak ke luar negara, tapi terlupa pulak passport dah expired bulan 5 lepas. Nasib sempat perasan, kalau tak tersangkut lah aku kat border nanti..:-p

Frust aku semalam. Sampai-sampai je UTC around 1PM, tunggu almost satu jam kat kaunter nombor, belum pun turn aku ada sorang officer kata nombor habis. Sedangkan tempat tu beroperasi sampai pukul 10 malam. Tak efisyen langsung, kalau pukul 5 aku fahamlah kalau nak tutup kaunter nombor. Tak pasal-pasal nak kena pergi lagi pagi ni..:-(
Singgah Seri Rampai before balik, pergi Kiosk Ramly. Sedap weyh, cuba lah try. Support keluaran Bumiputera!
Rugi minyak je semalam, tak pasal-pasal nak kena topup minyak and Touch n Go pasni. Gampang betul..haha
Pagi tadi aku ke UTC Keramat semula, pukul 6.30 dah keluar rumah. Parking kat Seri Rampai and sampai UTC pukul 7.30 pagi. Terus queue and berdiri dalam 40 minit jugak semata-mata nak maintain turn nombor dua..huu. Hasilnya, belum pukul 9 my new passport dah siap..:-)
Ni passport lama buat 2 tahun lepas time belajar kat Shah Alam. Muka maintain muda and runcing. Rambut pun tebal. 
Passport baru, edisi tahun 2015. Tak tau nak cakap apa sebab asal tengok nak tergelak..haha. Where's my muka yang tajam tu..wuu

So, itu lah sedikit cerita adunan lepak bersama kawan-kawan, dan suka duka membuat passport..:-P