Monday, December 8, 2025

Kisah AKU n Staycation @ The Little Cottage, Ijok

Assalamualaikum,

Seperti yang Aku mentioned in last entry, Kami ada follow up event shortly lepas Majlis Graduasi tu. It's an annual family event untuk my family, iaitu a short staycation until menutup tahun 2025 dan kali ni kami buat dekat Ijok je.
Aku dan ayah berserta budak2 dua orang ni sampai jam 4 petang, while Along dan family with my bro and mom dah sampai terlebih awal lagi iaitu sekitar jam 2pm.
Venue staycation yang kami pilih kali ni ialah di The Little Cottage, just 3km from exit Ijok from highway LATAR.
Why pilih sini? Because ianya menepati criteria. Yang pertama, sudah tentunya ada private pool. Huu
Ada 4 bilik, dan semuanya sejenis macam ni je which is very nice.
Ada dapur untuk memasak. 
Since aku sampai a bit lewat, memang sampai je terus main ping pong dengan bro Syazwan. Huu
Si Fariq ni tak berapa sihat sangat. So dia spend petang tu dengan tidur je. Wife pulak memang tak join, katanya ada assignment nak kena submit minggu tu.
Dalam jam 5.30 petang, we kickstart our next activity. It's BBQ time. Ingat nak buat malam, tapi takut kena hurung nyamuk pulak sebab belakang tu hutan. Along handle buat Oden..:-)
In between kami ada mini tournament memanah yang sudah tentunya dimenangi oleh aku. Hehe
Sementara tu bro Faris tolong tengokkan the kids mandi kolam.
While Syazwan grill ayam perap dan sausage. Aku tukang mengacau je. Haha
First batch settle. Jemput makan.
Makan tepi kolam. BBQ + Oden. Marvellous pairing. 
Baru lah boleh join berkubang sekali dengan diorang ni.
Selfie time!
Moment before buat somersault. Haha
Malam tu barulah nampak si Fariq ni aktif. Maybe tadi lemau effect ubat..:-)
Tuan Gani seperti biasa dengan laptop beliau, layan cerita Kung Fu lama. Haha
Uishh, apa benda beli ZUS ni. Ada parti ke?
Lepas Isyak, we start our karok time. Kat sini quiet hour start jam 12 malam sampai 8 pagi. Villa ni eventhough tepi jalan, tapi takde rumah berdekatan. So memang perfect untuk berkarok.
Satu family join tadi. Tapi gambar Along dan Mak takde dalam gambar lah sebab free-hair. Huhu
Karok sampai jam 11 malam je. Sebab aku nak layan EPL match diantara Newcastle menentang Burnley, yang berakhir dengan kemenangan team kami. Sekarang ni kita melonjak ke tangga ke-10 liga. Keep it up lads!
Pagi Ahad pulak as usual we had breakfast together. Beli dekat area situ je.
Then, mandi kolam. This time dengan Fariq sekali yang dah recovers.
Dalam jam 10.45 naik, and we have our one last karok session. Sempat lagi tu. Huu
Bersiap and while waiting for the ladies, aku and adik berentap archery for the final time. Ended with kemenangan bergaya 52-35..:-)
Bergambar kenangan sebelum check-out from villa yang awesome ni!
Check out tepat jam 12 tengahari to conclude our staycation and we part our way. Along ke Sungkai, while the rest of us ke Rawang.

That's the end of my staycation with beloved family members di Ijok. A very simple yet memorable stay we had together. Thank you very much juga bagi pihak The Little Cottage untuk layanan tip top sepanjang kami menginap disini. Semoga bertemu lagi dikemudian hari.

P/S: Padat jadual Newcastle bulan Disember ni. Rabu ni UCL night lawan Leverkusen away, then weekend ada Tyne-Wear derby vs Sunderland away, next week Rabu pulak EFL quarter-final vs Fulham home and finally 3 matches EPL menentang Chelsea, MU dan Burnley. 6 game bhai!

Sunday, December 7, 2025

Kisah AKU n Majlis Graduasi & Apresiasi Tadika Wahdah 2025

 Assalamualaikum,

Baiklah, seperti title entry diatas suka aku nak share pengalaman aku join Majlis Graduasi & Apresiasi Tadika Wahdah bagi tahun 2025. FYI, anak perempuan aku, Iman belajar kat sini. Tahun depan, si Fariq pun akan join jugak Wahdah untuk sekolah agama.
Seperti biasa if ada majlis-majlis macam ni, aku memang prefer stay one night before the event. Bukan apa, aku ni bukan morning person. Plus nak avoid if ada insiden cam jalan jem, tanah runtuh ke. So better sampai sehari awal. 
For this time, kami menginap di RHR Hotel, Bandar Baru Selayang. Nice view. Okaylah daripada view construction if dapat bilik belakang. Huhu
Malam tu lepas Maghrib singgah makan kat Ayam Gepuk Top Global. Kat bawah hotel je. Ingat nak Grab, tak berbaloi pulak...:-p
Sabtu - seawal jam 7.30am aku dan family dah check-out from hotel since dalam tentatif majlis start jam 8 pagi untuk pendaftaran.
Less than 5-minute driving from our hotel ke venue majlis yang bertempat di Kolej Komuniti Selayang. Ni client aku time kerja Malpro dulu. In fact ada few clients aku kat Selayang ni such as Majlis Peperiksaan Malaysia, then Majlis Perbandaran Selayang. Zaman-zaman awal jadi BD. Huhu
Muka budak baru bangun tidur. Tu lah siapa suruh tidur lambat semalam, abah takpe sebab dah biasa. Ni pukul 12 malam segar lagi dengan si Fariq tu. Haha
Ada tiga branch Tadika Wahdah yang terlibat iaitu TW Bandar Sungai Buaya, TW Bukit Beruntung dan TW Antara Gapi.
Ada makanan yang disediakan dibelakang dewan. So konsepnya boleh makan sambil menonton persembahan murid-murid. Sebaik sahaja ucapan perasmian oleh Pentadbir, ibu-bapa disajikan dengan persembahan, dimulakan dengan bacaan surah-surah oleh pelajar 6 tahun. Disusuli dengan persembahan berasingan dari murid-murid 3, 4, 5 dan 6 tahun from each TW. Ada persembahan tarian, teater muzikal, qasidah dan juga koir..:-)
Tengok ni haa, si Iman dan rakan-rakan from kelas 3 dan 4 tahun Tadika Wahdah Sungai Buaya membuat persembahan nyanyian lagu "Kun Anta". Mana Iman? Of course lah si kecil yang paling kiri tu.
Iman dapat naik pentas untuk ambil hadiah.
Majlis bersambung dengan sesi penyerahan skrol tamat belajar kepada pelajar kelas 6 tahun, dan juga anugerah pelajar harapan untuk each tadika.
Iman with her first hadiah kat sini. Tahniah girl!
Bergambar kenangan before bergerak meninggalkan Selayang. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada Iman dan rakan-rakan atas kejayaan menamatkan tahun pertama disini.
Credit to my wife yang banyak tunjuk ajar anak kedua kami ni. Event concluded sekitar jam 12 tengahari. 
Terus rush balik ke Sungai Buaya since kami ada event lain lagi. That one aku akan cover di lain entry.

So tu je lah cerita tentang pengalaman pertama menghadiri Majlis Graduasi & Apresiasi Tadika Wahdah untuk anak kedua kami ni. Okay baik, nak sambung menulis next entry ni. 

P/S: Newcastle lawan Burnley sat lagi. Semoga beroleh kemenangan. Amin

Monday, December 1, 2025

Kisah AKU n Staycation @ Seremban

Assalamualaikum,

Okay, lepas je wedding kat Sendayan. Aku dan family ke Bandar Seremban, untuk menyambung aktiviti kami yang dirancang.
Kami ke Palm Mall, kasi budak-budak ni main kat indoor playground "Wan to Play Space". RM30/kids + adult. No time limit a.k.a day pass, siap boleh keluar then masuk balik lagi. Si Iman ni sebenarnya mengantuk lagi. Tidur dalam kereta, tak sampai setengah jam dah kena kejut. 
Yang ni macam biasalah, jenis tak tidur siang. Pakai bateri Duracell. Huhu
Orang suruh main ditengoknya skrin tu pulak..:-p
Fariq bermain simulasi bomba. Kat sini barang agak lengkap jugak, banyak playground yang aku visit kebanyakan tinggal uniform je. Kapak, hos, walkie talkie semua lesap.
Haa, lepas sampai sini baru girl ni terjaga. Main makeup dengan ibu.
Melompat lebih tinggi! 
Ada lah dalam few hours lepak sini.
Our next activity, shopping barang persiapan sekolah Fariq. Plus, beli toys baru seperti yang dijanjikan.
Fariq with his new BoboiBoy Gentar
While Iman dengan her Barbie's make-up set + lip balm.
Haa, then its abah turn pulak. Karok time ladies and gentlemen. 
Penonton setia hari tu.

Selfie bersama family tercinta before menamatkan sesi satu jam disini..:-)

Okay, nak pergi mana pulak ni? 
Cari dinner lah, malam dah tak payah keluar lagi. 
Makan kat Mi Tarik Faizal Kong. Macam-macam nama restoran mi tarik sekarang ni..:-p
Muka barai dah tu. Nasib baiklah lepas ni tak terus balik Rawang. Eh pergi mana pulak tu? Jam 8 malam, kami pun ready untuk bergerak meninggalkan Palm Mall.
Check-in hotel sekitar jam 8.30. For this time around, kami menginap di Klana Resort Seremban. Actually staycation kat Seremban ni bersempena birthday aku + wedding anniversary yang ke-tujuh. Asal nak ke Port Dickson, tapi kebetulan clash dengan tarikh wedding si Fahim, tu yang aku adjust. Seremban pun okay apa..:-)
Dah check-in baru ada senyum. Huhu
Mandi bersihkan badan, baru kami turun semula untuk tengok apa yang ada kat hotel ni. Ada play area yang menempatkan beberapa permainan modern dan tradisional such as congkak, foosball, carom dan chess. Ada jugak souvenir shop yang menjual kraf batik dan juga convenience store.
Reading section pun ada. Ni tengah khusyuk membaca buku pasal Perang Salib.
Merayau dekat luar sensorang while the kids enjoy the game.
Malam tu bangun jam 2 pagi, tengok bola. First time aku dok hotel dapat layan live-match Newcastle kat TV.
Pagi tu, seawal jam 8 pagi lagi kami bersiap. Breakfast? No.
Wakey-wakey. Cepat bangun, nak mandi pool tak?
Masam muka kena bangun awal. Haha
It's swimming time!
Wife tak join, lampu merah..:-p
Nice jugak children pool, ada jugak few slides dan air pancut untuk menambahkan keceriaan the kids yang berkubang kat sini.
Bergambar kenangan dalam kolam..:-P
Buat sign apa tu Fariq.
Dalam jam 9.15 camtu, kami bersiap to our next activity. 
Breakfast time kat sini sampai jam 10.30 pagi je. So just nice je ada sejam untuk layan breakfast continental buffet yang ada kat sini. 
Naik hotel, aku sambung tidur. Maklumlah tak cukup tidur dok layan bola pagi tu. 
Tepat jam 12pm, kami check-out and seperti biasa our ritual amik selfie family dulu before leaving our room. 

Itu je lah cerita sambutan double anniversary kami tahun ni. A short staycation but pack with activities. Aku dapat karok, wife dapat enjoy the foods and the kids dapat new toys. So, fair and square lah.

P/S: Minggu ni EPL ada mid-week match. This time lawan Spurs di SJP. HWTL!