Assalamualaikum,
Baiklah, seperti title entry diatas suka aku nak share pengalaman aku join Majlis Graduasi & Apresiasi Tadika Wahdah bagi tahun 2025. FYI, anak perempuan aku, Iman belajar kat sini. Tahun depan, si Fariq pun akan join jugak Wahdah untuk sekolah agama.
Seperti biasa if ada majlis-majlis macam ni, aku memang prefer stay one night before the event. Bukan apa, aku ni bukan morning person. Plus nak avoid if ada insiden cam jalan jem, tanah runtuh ke. So better sampai sehari awal.
For this time, kami menginap di RHR Hotel, Bandar Baru Selayang. Nice view. Okaylah daripada view construction if dapat bilik belakang. Huhu
Malam tu lepas Maghrib singgah makan kat Ayam Gepuk Top Global. Kat bawah hotel je. Ingat nak Grab, tak berbaloi pulak...:-p
For this time, kami menginap di RHR Hotel, Bandar Baru Selayang. Nice view. Okaylah daripada view construction if dapat bilik belakang. Huhu
Malam tu lepas Maghrib singgah makan kat Ayam Gepuk Top Global. Kat bawah hotel je. Ingat nak Grab, tak berbaloi pulak...:-p
Sabtu - seawal jam 7.30am aku dan family dah check-out from hotel since dalam tentatif majlis start jam 8 pagi untuk pendaftaran.
Less than 5-minute driving from our hotel ke venue majlis yang bertempat di Kolej Komuniti Selayang. Ni client aku time kerja Malpro dulu. In fact ada few clients aku kat Selayang ni such as Majlis Peperiksaan Malaysia, then Majlis Perbandaran Selayang. Zaman-zaman awal jadi BD. Huhu
Muka budak baru bangun tidur. Tu lah siapa suruh tidur lambat semalam, abah takpe sebab dah biasa. Ni pukul 12 malam segar lagi dengan si Fariq tu. Haha
Ada tiga branch Tadika Wahdah yang terlibat iaitu TW Bandar Sungai Buaya, TW Bukit Beruntung dan TW Antara Gapi.
Ada makanan yang disediakan dibelakang dewan. So konsepnya boleh makan sambil menonton persembahan murid-murid. Sebaik sahaja ucapan perasmian oleh Pentadbir, ibu-bapa disajikan dengan persembahan, dimulakan dengan bacaan surah-surah oleh pelajar 6 tahun. Disusuli dengan persembahan berasingan dari murid-murid 3, 4, 5 dan 6 tahun from each TW. Ada persembahan tarian, teater muzikal, qasidah dan juga koir..:-)
Tengok ni haa, si Iman dan rakan-rakan from kelas 3 dan 4 tahun Tadika Wahdah Sungai Buaya membuat persembahan nyanyian lagu "Kun Anta". Mana Iman? Of course lah si kecil yang paling kiri tu.
Iman dapat naik pentas untuk ambil hadiah.
Majlis bersambung dengan sesi penyerahan skrol tamat belajar kepada pelajar kelas 6 tahun, dan juga anugerah pelajar harapan untuk each tadika.
Iman with her first hadiah kat sini. Tahniah girl!
Bergambar kenangan before bergerak meninggalkan Selayang. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada Iman dan rakan-rakan atas kejayaan menamatkan tahun pertama disini.
Credit to my wife yang banyak tunjuk ajar anak kedua kami ni. Event concluded sekitar jam 12 tengahari.
Terus rush balik ke Sungai Buaya since kami ada event lain lagi. That one aku akan cover di lain entry.
So tu je lah cerita tentang pengalaman pertama menghadiri Majlis Graduasi & Apresiasi Tadika Wahdah untuk anak kedua kami ni. Okay baik, nak sambung menulis next entry ni.
P/S: Newcastle lawan Burnley sat lagi. Semoga beroleh kemenangan. Amin















No comments:
Post a Comment