Boleh tahan lama tak update jugak ni. Dah nak masuk 2 minggu tu. Bukan apa, memang busy kebelakangan ni dengan kerja di pejabat. Maklumlah, dah masuk BD balik. 2 minggu ni memang aku tak cuti langsung. Hujung minggu pun kerja.
Tugas pertama ialah pergi JB haritu. Rasanya dah update kot. Tapi yang tu tak payah kira lah. Haha. Haa, ni baru second task. Ke JPN Putrajaya ada tender briefing dan site visit.
Site visit Unit Kaunter Bergerak JPN.
Bergaya pulak rasanya menyarungkan blazer ni semula. Pfft
Second duty ialah minggu lepas, dimana aku dan Ridzuan bermalam selama 2 hari bermula Jumaat dan Sabtu demi menyiapkan tender JB tu. Pagi Ahad baru balik, tak payah ceritalah penerimaan family. Adad jugaklah yang pandang serong kat aku, sedangkan bukan berfoya pun. Buat kerja cari duit nak cari rezeki. SobsMinggu lepas pun aku bermalam sekali lagi dengan Ridzuan for one more tender. Tapi Sabtu aku balik, sebab dah janji dengan wife nak balik kampung cuti Deepavali hari tu.
Petang Sabtu gerak dari Rawang ke Serkam sekitar jam 5 petang. Sampai pukul 9 malam beb! Lemau gila, dah lah tidur 3 jam je hari tu.
Tak buat apa sangat cuti, main dengan si kecik ni je.
Pagi Isnin sekitar jam 10 pagi kami meminta izin mak abah untuk pulang ke Rawang. Alhamdulillah, jalan tak jem. pukul 1 petang dah sampai. Tapi seperti yang dirancang, lepas je aku hantar wife dan anak ke rumah ayah. Aku terus bergerak menuju ke TPM semula untuk settlekan kerja yang bertangguh.
Petang Isnin tu kami bertiga stay and work together sampailah ke jam 2 pagi hari Selasa. Another tender submission settle. Ada reason kenapa this time aku pulun sangat buat tender tak macam dulu. Sebab sekarang ada habuan. Huhu. Adalah semangat sikit.
As a token of appreciation, Hafiz hadiahkan aku seutas jam tangan berjenama Tissot ni atas kesudian aku untuk bersama-sama mengembangkan unit kami ni. Objektifnya, BD must be an elite unit of the company, dimana semua staf lain berlumba-lumba nak join kami. Bukannya ada persepsi yang BD ni macam kuli company je. Haha
So, tu sahajalah coretan malam ni. Cuma nak cakap satu je. It's good to be back here. Rasa macam dapat balik status elit aku ni. Haha