Monday, January 6, 2025

Kisah AKU n Grand Ihtifal Little Caliph 2025

Assalamualaikum,

Baiklah, seperti title entry diatas suka aku nak share pengalaman aku join hari konvokesyen or the Grand Ihtifal Little Caliph of Class 2024. 
Seawal jam 8.15am aku dan family dah gerak since dalam tentatif majlis start jam 8.30 pagi. Less than 5 minute pun berjalan from our hotel ke venue majlis yang bertempat di M-Theatre, Mahsa Avenue. 
Muka budak baru bangun tidur. Tu lah siapa suruh tidur lambat semalam, abah takpe sebab dah biasa. Ni pukul 12 malam segar lagi dengan si Iman tu. Haha
Okay, abang Fariq dah masuk jumpa kawan-kawan. Kami yang parents ni pun dapat masuk kedalam main hall jugak. Teringat zaman kuliah kat UiTM dulu, memang suka dok port tepi camni. Senang nak keluar masuk..:-p
Ada tiga branch Little Caliph yang terlibat iaitu LC Wangsa Maju, LC Reef Rawang dan LC Bandar Sungai Buaya, kesemuanya dibawah seliaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad or secara ringkasnya KOBIMBING. 
Selfie dulu sementara menunggu event start.
Persembahan pembukaan oleh kesemua murid. 
Sebaik sahaja ucapan perasmian oleh Bendahari KOBIMBING, ibu-bapa disajikan dengan persembahan murid-murid, dimulakan dengan bacaan surah-surah oleh pelajar Pra-Tahfiz bagi Khatam Al-Quran.
Disusuli dengan persembahan berasingan dari murid-murid Playschool, 5 dan 6 tahun from each LC. Ada persembahan tarian, teater muzikal, qasidah dan juga koir..:-)
Fokus apa tu? 
Tengok ni haa, si Fariq dan rakan-rakan from kelas 5 tahun LC Bandar Sungai Buaya membuat persembahan nyanyian lagu "Kami Sembah Allah"
Majlis bersambung dengan sesi penyerahan skrol tamat belajar kepada pelajar kelas 6 tahun, dan juga pelajar-pelajar 5 tahun yang dapat sijil, termasuklah Fariq yang earned his Sijil Siri Cepat Baca. Tahniah!
Boleh tidur pulak si Iman ni. Huu
Dalam jam 11.15 pagi, persembahan penutup oleh semua pelajar yang mendendangkan lagu "Takkan Terganti" yang dipopularkan oleh Kangen Band. Huhu
Sesi bergambar pelajar-pelajar bersama tenaga pengajar yang telah banyak mencurahkan bakti untuk mendidik anak-anak ni untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Ingat nak amik gambar kat photobooth tapi bapak ramai yang beratur. Takpelah next time je. Sempat beli jambangan bunga ni untuk Fariq for his successful two years with Little Caliph. Ada setahun lagi nak habis belajar.
Syabas dan tahniah diucapkan. Nanti balik kita beli jam BoboiBoy tu.
Credit to my wife yang banyak tunjuk ajar anak sulung kami ni..:-)
Selfie satu family untuk kenangan bersama. Iman ni boleh tengok tempat lain pulak.
Event concluded sekitar jam 11.30 pagi. Memang ramai manusia berpusu-pusu keluar meninggalkan Mahsa Avenue time tu sampai aku tengok dekat exit parking tu jem lah. Belum kira yang open parking opposite tu jugak.
Tak terus balik pun, kami return to our hotel room. Memang aku purposely request late check-out since malas nak mengelabah pagi tu kemas barang segala bagai. Plus, dapat power nap dulu before balik ke Rawang.
2pm, ready to check-out.
Yang bestnya, hotel bermurah hati bagi extension without extra charge dengan syarat keluar before 2.15pm. Cuma kena bayar RM10 untuk gelas yang Iman pecahkan. Huhu

So tu je lah cerita tentang pengalaman kedua menghadiri Grand Ihtifal untuk anak sulung kami ni. Yang lagi manis kali ni dapat anugerah pulak tu. Semoga sukses selalu Fariq.

Sunday, January 5, 2025

Kisah AKU n Trip to Pusat Sains Negara @ Bukit Kiara

Assalamualaikum,

Pagi buta ni aku nak share cerita semalam. Actually nak gabung dengan cerita event Fariq tu, tapi takut padat pulak so aku decided untuk split dua entries. 
Jumaat tu aku masih lagi bercuti. So dalam jam 5 petang tu aku dah keluar pickup wife dan anak-anak, dan memulakan perjalanan ke Petaling Jaya around 6pm. Jalan jem petang tu, nak dekat jam 8pm jugak aku sampai ke hotel ni.
For this time around, kami sekeluarga menginap di Urban Living @ Mahsa Avenue. Awat stay kat sini pulak? Haa ada lah sebabnya, yang tu lain entry nanti. Memang aku saja pilih hotel ni sebab lokasi yang agak strategik iaitu sharing same area dengan event's venue tu nanti, dan juga banyak fasiliti yang hanya walking distance sahaja.
Ni lah ritual budak-budak dua orang ni kalau masuk bilik hotel. Test katil+sofa dulu dengan melompat-lompat. Haha
Ni apa dah berkungfu dalam bilik air ni. Huhu
Pemandangan from bilik hotel kami. Menghadap Bangunan INTAN lah pulak..:-p
Plan nak dinner pas check-in, tapi dah masuk bilik ni malas pulak. Nak delivery kena charge lebih pulak, sudahnya aku berjalan kaki ke KFC berdekatan. Ada lah dalam 100m from hotel tu.
Sebelum balik bilik sempat merayau kat Mahsa Avenue ni. Dekat ground floor ada convenience store - Mercearia. Level 2 ada their in-house bar and cafe, Popsicle lengkap dengan gym dan swimming pool. Bilik hotel starting from tingkat 5 ke 8 with each level ada tempat lepak cam gambar kat atas ni.
Dalam jam 9.30pm baru lah aku masuk bilik. Kebulur budak-budak ni. Haha
Pagi Sabtu seawal jam 11 pagi lagi kami dah bergerak from hotel ke Pusat Sains Negara (PSN) yang terletak di Bukit Kiara. Datang awal sikit, orang kata kalau datang after 12 payah nak dapat parking.
Aku memang dah beli tiket siap-siap via online. RM40 untuk cover satu family - 2 dewasa dan 2 kanak-kanak plus additional ticket ke Pameran Obscura XR.  Ni entrance before masuk kedalam Galeri Pameran Dalaman, iaitu terowong akuarium Ikan Air Tawar. Kat sini kita boleh menikmati pemandangan hidupan ikan air tawar tropika dan sungai.
Seterusnya kita akan ke pameran Wonderspark dimana kita dapat belajar tentang sains disebalik fenomena semulajadi berkenaan. Macam dalam gambar ni aplikasi dari Prinsip Bernoulli.
Memang best kat sini. Kita dapat bermain dan meneroka sambil belajar dalam persekitaran yang interaktif dan praktikal. Macam dalam gambar ni, wife tengah buat puting beliung. Huhu
Tengok mikroskop. Dah lama tak main benda ni, teringat time study biologi dulu..:-)
Simulasi fenomena ombak. 
Sains disebalik bunyi dan frekuensi.
Banyak lagi pameran interaktif yang ada untuk kita belajar. Lama jugak kitorang dekat zon ni.
Kat sini pun ada mini indoor playground KidzWorld untuk budak-budak bermain after otak dah tepu dengan segala macam benda sains. Huhu
Permainan yang ada pun blend dengan aktiviti berkait dengan sains jugak which is good for the kids.
Giant piano. Pijak key tu nanti keluar lah bunyi. Kat depan tu ada beberapa notes lagu.
Mini crane untuk melatih fokus anak-anak.
Zon blok binaan untuk enhance the kid's creative mind. Tapi yang peliknya takde budak main kat sini. Huhu
The famous Kubah Pusat Sains Negara Malaysia.
Jom kita naik pulak. Ni Fariq yang snap..:-)
Dekat aras 2 ni menempatkan Pameran Obscura XR. Kat sini kita dapat terokai dunia realiti maya dan teknologinya. Ni zon "Jelajah Biru" dimana kita boleh merasai pengalaman menyelam bersama hidupan laut seperti ikan paus, penyu dan pelbagai hidupan  melalui paparan digital 360°.
Ni pulak zon "Metro Tekno" dimana anak-anak dapat merangsang kreativiti & imaginasi dengan belajar sambil mewarna pelbagai jenis kenderaan. Once dah siap, kita boleh tengok imej 3D kenderaan tu bergerak dekat backdrop belakang tu.
Ni pulak zon "Portal Poligon" dan "Riak Rimba" where the kids boleh learn about flora dan fauna ekosistem dengan memijak bulatan interaktif di atas lantai.
Seterusnya kami ke zon "sinaran". Kat sini dapat belajar pengenalan kepada sinaran, tokoh dalam teknologi sinaran dan kegunaan sinaran dalam perubatan, kajian sains dan pertanian
One of vital invention yang terhasil from sinaran. X-Ray.
Periodic Table of Elements. Benda paling aku tak suka time belajar Chemistry dulu. Haha. 
Ni zon apa tah aku tak ingat. Haha. Banyak sangat beb pameran yang ada, nak kena bawak buku nota..:-p
Alright jom turun, boleh berlari pulak budak-budak ni. Sekali jatuh confirm tergolek kebawah. Haha
Selfie sebelum bergerak ke galeri pameran terakhir..:-)
Galeri Pameran Industrial Revolution 4.0. Kat sini ada menerangkan tentang Smart Cities, Augmented Reality, Artificial Intelligence etc.
Dalam jam 2.30 petang, kami menamatkan lawatan ke PSN. Betul lah orang cakap, kat sini paling lama pun 3 jam. 2 jam indoor, 1 jam outdoor. Actually ada a few pameran outdoor such as Water Plaza, Taman Herba, Garden Nature etc, tapi tak dan nak pergi. Budak-budak dah low-battery..:-p
Sempat menyinggah souvenir shop yang ada kat sini. Ada lah beli a few souvenir untuk kenangan.
Had our late lunch di Kafeteria PSN. Memang sedap Mee Kolok Goreng tu..:-)
Before meninggalkan PSN, beli bekalan kudap-kudap dekat area food-truck ni untuk dimakan dalam kereta. Kot lah jem nak balik hotel nanti.
Berjalan pulang ke parking area. 
On the way nak ke parking tu kami stop sekejap for one-last visit di Pre-Historic Trail yang membawa kita ke zaman pra-sejarah. Ada beberapa replika dinosaur untuk kita snap some pictures.
Fariq bersama raja segala dinasour. T-REX!
Beberapa gambar yang kami sempat snap kat sini. With that, we ended our trip and bergerak pulang ke hotel. Sampai dalam jam 4 petang, semuanya ketiduran. Penat betul tu..:-p
Malam tu lepas Isyak we had our dinner dekat-dekat sini jugak iaitu di POKOK KL @ Mahsa Avenue. 
Semua muka lapar je. Sedangkan last makan jam 3 petang. 
Haa, makanan dah sampai pun. Let's eat..:-)
Fancy deco restaurantnya. Tak kena dengan nama. Ingatkan ada pokok dalam ni..:-p
Dalam jam 9.30 malam, kami pun berjalan pulang ke hotel. Nak kejar tengok bola sebenarnya. Haha

Itu je lah cerita semalam. Hari ni ada cerita lagi, stay tune dalam next entry. Till then, adios!

P/S: Newcastle menang vs Spurs tadi. Now we are 5 and sama mata with Chelsea. Let's hope diorang kalah besar malam ni. Boleh pintas nombor 4. Huhu