Tuesday, January 12, 2021

Kisah AKU n Fariq's 1st Graduation Day

 Assalamualaikum,

Hari ni aku nak berkongsi sikit pengalaman unik menghadiri majlis graduasi Taska Ibu Manal @ Bandar Sungai Buaya. FYI, anak teruna aku si Fariq tu study kat sinilah. Pejam celik dah setahun jugak Fariq duduk kat sini time ibu ayah dia pergi kerja mencari rezeki. Huu

So ceritanya, Sabtu lepas sekitar jam 10 pagi lagi kami bertiga dah tunggu disana. Taska ni tak jauh pun dari rumah, adalah dalam 5 minit drive sahaja. Yang uniknya, majlis graduasi ni dijalankan dengan konsep drive thru. Maklumlah sekarang kan tengah Covid-19, so everything kenalah ada SOP. Bagus jugak cikgu-cikgu buat camni. Ni tengah tunggu turn.

Budak ni dah tak sabar nak pakai mortar board. First year student beb!

Haa nak pakai sangat kan..:-p

Amik gambar dah hadiah pun drive thru..:-)

Apa ni gambar tak clear. Itu je lah eventnya, tak sampai setengah jam pun. Haha

Before balik, singgah Sg Choh early lunch kat Marrybrown dulu. Ni je la fast food yang paling dekat dengan Sungai Buaya but still delivery or FP tak masuk. Pfft

Lovely wife.

Perghh, rambut ikal mayang tu. Aku ingat tengahkan tak masuk office lagi ni, nak simpan rambut lah. Nak jugak tengok rupa bila rambut panjang. Hihi

Balik rumah layan Red Dead Redemption dulu, tercapai hasrat nak main game ni. Lama dah tunggu, asyik sold out je. Kebetulan bukak Shopee ada pulak, terus sambar sebijik. Huhu

Semalam hari pertama untuk tahun kedua Fariq di Taska Ibu Manal. Belajar elok-elok ye kiddo, supaya besar nanti jadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Amin In Sha Allah.

Tu je lah entri pagi ni, okaylah nak ready untuk masuk meeting ni. Aku dah macam buat dua kerja kat Touch 'n Go sekarang since ex-bos pun still contact untuk kerja-kerja berkaitan Expressway tu. Nasib baiklah zaman Quatriz dulu dah biasa multitask ni. So, takdelah ralat sangat.

P/S: Newcastle tersingkir dari saingan Piala FA setelah tewas 0-2 ditangan Arsenal. Takpelah, fokus liga je lah Bruce. Kalau relegated aku tak taulah apa alasan kau nanti.

No comments:

Post a Comment