Assalamualaikum,
Telah berakhirnya teka teki untuk keputusan PRU Malaysia yang ke-15 setelah hampir seminggu rakyat menunggu akan keputusan muktamad hasil dari situasi hung-parliament yang jarang berlaku dalam landskap politik Malaysia ni. Apa-apapun, entri pagi ni aku nak story sikit pengalaman mengundi aku untuk kali kedua ini. Let's start dengan cerita sebelum GE dulu. Ayuh!
Minggu lepas masih ke office, bukan main perang sepanduk lagi kat Lembah Pantai ni.
Dah lah pergi ofis murung, tengok muka dia ni lagi bertambah murung. Haha
Hari Rabu tu aku ke pejabat, tapi balik awal. Lepas meeting je terus chow, since adik wife, Zakaria dan Hafsah nak datang rumah. Diorang stay semalam dulu before berangkat pulang ke Melaka malam hari Khamis tu. Dapatlah merasa jadi bujang.
Jumaat - cuti peristiwa memang lepak kat rumah je. Malam tu lepas Maghrib aku ditemani family ke Bukit Sentosa for a dinner. Along dan Mikail pun ada, maklumlah daftar mengundi kat sini. Syazwan pulak vote dekat Parlimen Ayer Hitam.
Brader ni nak beli kereta baru. Katanya kereta Waja ayah dah tak reliable lagi nak travel jauh. Betul dah tu, dah nak dekat 17 tahun kereta tu berkhidmat untuk family kami. Huhu
Rupa-rupanya malam tu nak celebrate birthday aku rupanya. Patutlah aku nampak mak ada bawak bungkusan, ingatkan makanan Mikail.
Terharu bro. Thank you semuanya atas celebration ni, walaupun simple tapi bermakna..:-)
Sesi makan kek beramai-ramai dimulakan dengan birthday boy yang diraikan. Huhu
Nak jugak kena suap.
Dalam pukul 10.30 malam tu kami pun balik ke rumah.
Cuma aku dan ayah ada satu lagi task of the day. Mendobi, sudahnya jam 1 pagi jugak settle. Bukan apa, senang nanti lepas balik dari kampung semua dah siap. Jumpa port baru kat Bukit Sentosa, kat sini dobi boleh pakai bank card, sesuailah untuk orang yang berkiblatkan cashless cam aku ni. Hihi
Sabtu tanggal 19 November 2022 - The Election Day. Well, this is my second time mengundi bagi Parlimen Hulu Selangor, DUN Batang Kali. Aku menyarungkan baju biru tua warna rasmi Perikatan Nasional. Aik, bukan dulu pangkah PH ke? Apa cite swing ni.
Aku ditemani adik dan Along bergerak ke pusat mengundi yang terletak di SMK Bandar Sungai Buaya.
Kenangan beb. Rasanya dah hampir 5 tahun aku tak menjejakkan kaki kesini, last datang time PRU 14 tu lah. Haha
Start beratur sekitar jam 11 pagi. Memang ramai orang dah queue time ni. Pukul berapa siot korang datang? Ada 8 saluran kat Pusat Mengundi SMK Bandar Sungai Buaya ni. Kesemua saluran tak putus-putus rakyat yang beratur nak cast their vote to elect new government.
Ada paparazi amik gambar. Siapa? Si Afiq tu lah, dia awal sikit dari aku.
Sempatlah amik gambar dengan brader ni. Si Dolah mengundi awal, sebab nak balik Teluk Intan. Parents dia vote kat sana.
Kami bertiga selamat mengundi calon pilihan sekitar jam 12.30 tengahari. Sejam jugak beratur beb! Tayang ink kat jari sikit..:-p
Unlike PRU lepas, tahun ni aku takde lepak malam. Lepas Maghrib tu aku bergerak pulang ke Melaka. Hujan from Rawang sampailah ke Port Dickson, then bersambung lagi dari Ayer Keroh sampailah ke Merlimau.
Sampai rumah jam 11 malam, seperti biasa aku mengikuti perkembangan semasa melalui channel Astro Awani. Tengok kat sini boleh tambah ilmu dengan analisis-analisis yang diberikan Penganalisa Politik & Ekonomi. Iman pun join tengok jugak..:-p
Sampailah ke jam 4 pagi. Takde siapa pun yang ditabalkan sebagai pemenang dengan Perikatan Nasional mengikut rapat Pakatan Harapan dari jumlah kerusi yang dimenangi. Tak lupa kepada parti such as Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mendapat sizable seat juga. After aku analyze situation hung-parliament, sudahnya masuk tidur je lah. Haha
Pagi tu tak buat apa pun, qada tidur je. Eh naik Axia ke? Haah, bateri Persona aku kong pulak time malam nak balik tu. Tu yang redah je pakai Silverwing ni. Huhu
Bawak si kecik ni makan aiskrim lepas solat Zohor.
Malam tu setelah melalui beberapa jam period of uncertainty, aku decided untuk balik ke Rawang sekitar jam 10 malam. Sebab cuti peristiwa pun tak confirm lagi kan, tu yang malas nak gamble. Seperti yang dijangka jalan memang jem especially jajaran Pedas-Linggi ke Seremban. Pheww
Setelah 4 jam, akhirnya kami sekeluarga selamat tiba di rumah around 2pagi. My Axia akhirnya menamatkan her first long haul travel. Tahniah.
Dan petang semalam seperti yang korang semua tahu, DSAI mengangkat sumpah dihadapan YDPA untuk menyempurnakan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan pusat yang baru. Bagi aku, kami berlapang dada dan menerima keputusan ini. Apapun kita kekal berprinsip.
To wrap entri pagi ni, tahniah buat yang menang. Diharap dapat gunakan penggal yang akan datang sebagai platform untuk membantu rakyat, disamping membetulkan apa yang salah dimata rakyat selama ini. Mandat yang diberikan janganlah diambil ringan. Ingat apa yang jadi kat BN dan PH sebelum ini apabila kepercayaan rakyat bertukar menjadi amarah, yang BN tumbang after berpuluh tahun memerintah, PH pulak tak sampai 2 tahun bungkus.
P/S: Selangor berjaya melangkah ke final Piala Malaysia dan bakal bertemu JDT. Huhu
No comments:
Post a Comment