Assalamualaikum,
Alah, lambat sehari hari pulak. Nevermind, tengah free ni baik update cepat. Karang dah start busy, minggu depan pun belum tentu mood menaip tu nak datang. Okey, malam ni nak berkongsi cerita pasal entri penting untuk diri aku dalam blog ni.Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini. Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2022 ialah hari ulangtahun aku yang ke 30. Dah 3-Series beb! Untuk tahun ni, yang pertama wish ialah family aku yang terlebih dulu celebrate my birthday minggu lepas (19/11) followed by cik isteri dan anak-anak. Other friends termasuklah dari group Lepak Saje, Penyet Deq serta beberapa orang rakan di FB dan LinkedIn.
Tahun ni ada jugak e-wish dari Touch 'n Go via Teams via platform Yammer. Tengok dalam list ni ada tiga orang share nama Farid. Haha
Seperti tahun lepas, sambutan birthday aku tahun ni jugak berlangsung di Setia City Mall. Kami sekeluarga gerak dari Rawang dalam jam 12, sampai sekitar jam 1 petang. Cuma tahun ni takde sesi karok cam tahun lepas, maklumlah Iman kecik lagi. Nanti pecah pulang gegendang telinga dia. Unlike my disastrous parking experience di IOI Putrajaya, kali ni aku betul-betul dapat parking depan entrance..:-)
Wife kata ada playground baru bukak kat sini yang bertemakan cartoon Baby Shark & Pinkfong. So, aktiviti pertama hari ni dah tentunya bawak anak-anak bermain. Walaupun birthday bapaknya yang patut diraikan, tapi demi kebahagiaan the kids. Apalah salahnya? Huhu
Ni lah tempatnya - Toy World. Agak spacious jugak. Harga masuk untuk kanak-kanak atas 1 tahun ialah RM46, while guardian sorang RM8. So total RM62 jugak, belum masuk RM10 beli token arked dan a few RM untuk refreshment. Huhu
Dah tentunya manusia paling gembira semalam si Fariq ni. Macam-macam benda si kecik ni main semalam. Biasanya main kat Kidzoona je, tetiba pulak dapat main kat playground baru..:-)
Pening sebab putar laju sangat. Haha
Iman main bola je. Nak main dengan Fariq, tapi tak layan.
Haha, bak kata Fariq - lari-lari macam dalam cerita Mat Kilau..:-p
Tak habis-habis dok tengok tag tu. Untuk pengetahuan, walaupun entrance fee quite mahal tapi sebenarnya takde time limit. So, korang boleh bawak anak main sejam dua, pergi keluar makan, karok, tengok wayang etc., then boleh datang sini balik sambung main. Yang penting tag tu tak rosak dan of course time operation hour je lah, dari pukul 10 pagi hinggalah jam 10 malam.
Fariq the Builder.
Main kat sini pulak. Memang banyak tempat untuk budak-budak main, tu yang nampak tak padat sebab agak luas. Macam Fariq ni stok main kat bawah je, tak berani lagi nak panjat tangga, main monkey bar, slide, trampoline semua tu.
Macam biasa, dah sampai kat sini memang bapak dia lah yang paling fokus. Iman dok tengok apa tu, ada defect ke kat bangunan abah ni?
Untuk simple celebration kali ni, aku memilih untuk makan di JM Bariani House @ Setia City Mall. Lama tak pekena beriani kat sini. Sebelum makanan sampai, elok bagi si Iman ni makan dulu. Huu
Tengok apa tu sampai tersengih-sengih. Saja tunjuk gambar time Fariq main tadi, tak nak bagi dia tidur. Huhu
Pekena Nasi Beriyani Gam semalam. Wife ambil ayam panggang, aku pulak pilih kambing. Ada jugak order side dish - Spring Roll dan Kek Lapis Sarawak. Memang banyak portion makanan kat JM Bariani. Tapi tulah, sayang pulak branch kat AEON Rawang dah tutup.
Lepas makan, pakat sambung balik main kat sini. Takpelah yang penting anak-anak happy. Maklumlah minggu ni diorang pergi taska hari Isnin je, hari lain cuti sebab tak sihat. So terperuk kat rumah tengok TV je since mak ayah work.
Abah mana abang Fariq, tak nampak pun?
Dia dah kena sedut dengan bola.:-p
Sambung main kali ni pun tak selama Round 1. Tengok muka Fariq tu pun dah bateri dah nak habis. Haha
Pekena arked game satu kali sebelum keluar meninggalkan Toy World sekitar jam 6 petang.
Last selfie sebelum chow..:-)
Tengok budak ni, dok senyap rupa-rupanya dah tidur dalam stroller. Sampai dah keluar mall pun tak perasan. Dah tu elok berposing macam model pulak tu. Haha.
Malam tu tengok final Piala Malaysia, Selangor menentang JDT. Game yang mendebarkan tapi nasib berpihak kepada JDT dengan kemenangan 2-1. Takpelah, takde rezeki nak menang cup tahun ni. Kita cuba lagi tahun depan Red Giant! Merah Kuning warna kebanggaan.
So, 30. Apa je pencapaian dari last birthday? Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ketiga di Touch 'n Go dan of course dengan role yang berbeza dari tahun lepas. Sadly, Myvinium Falcon dah tak bersama aku tahun ni where I was forced to sell her bulan Mac, cumanya tempat dia sekarang diganti dengan my Axia Silverwing. Memori dalam hidup aku tahun ni semestinya banyak dihabiskan bersama isteri, Ija dan dua orang anak kami, Fariq dan Iman. Semoga rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)
Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.