Friday, June 10, 2016

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2016

Assalamualaikum,

Tanggal 6 Jun 2016 merupakan hari pertama muslimin dan muslimat diseluruh dunia ini menyambut Ramadhan. Jadi, masih belum terlewat lagi untuk aku ucapkan selamat datang kepada bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan berkat ini. Untuk tahun ni, aku berpuasa bersama keluarga yang tersayang
Untuk Ramadhan tahun 2016 ni, aku sekali lagi berada didalam workforce seperti tahun lepas. Rezeki Ramadhan, dapat jugak kerja after being retrenched bulan 4 hari tu. Ini kali keempat aku berpuasa semasa bekerja dan seperti biasa, aku berdoa tiada apa-apa masalah akan timbul sepanjang masa ini.:-)
Sekarang ni aku sudah memasuki hari kelima berpuasa di pejabat. Nak kata letih tu tak lah sangat since aku pun sekarang dalam OJT. Habis penat pun kalau pergi production site je lah. Kalau duduk dalam office memang pisang jugak..haha
Cantik tak kerusi ni. Aku yang buat tau - From ukur, potong plywood, tebuk seat cushion sampailah pasang armrest, mechanism, gas-lift, chair base dengan roda tu. Belum aku cerita lagi pengalaman buat iron cutting, bending, drilling dan welding lagi..haa. Walaupun kita ni eksekutif kerja sedap-sedap dalam aircond, kita kena tahu jugak macam mana susahnya pekerja-pekerja kita yang berpanas kat production tu. Itu yang akan buat kita lebih menghargai rakan sekerja kita walaupun berlainan tugas.
Pukul 5 habis kerja. Kalau letih aku balik terus tidur. Kalau segar lagi biasanya aku ke Bazaar Ramadhan. Pergi dekat-dekat sini je. Tapau lah murtabak ke, roti john sebungkus untuk family.

Mengulungi entri malam ini, sekali lagi diucapkan selamat berpuasa pada tahun 2016 ini kepada pengunjung-pengunjung Diari McBride. Semoga Ramadhan kita kali ini digunakan sebaiknya dan memenangi keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

No comments:

Post a Comment