Tuesday, November 9, 2021

Kisah AKU n Cuti Deepavali 2021

Assalamualaikum,

Baiklah, malam ni nak story sikit cerita aku dan family ketika cuti Deepavali bagi tahun 2021 ni. Aku boleh terlupa pulak ada janji dengan wife nak balik kampung, sehari sebelum baru teringat. Haha

Minggu lepas aku work from home, tapi hari Rabu tu kena masuk office menghadap bos. Dapat jugak diorang cari replacement ye. Huhu

Pagi Khamis, seawal jam 8.30 pagi kami dah memulakan perjalanan ke Melaka. Sempat menyinggah breakfast di Ganu Cafe before another two and half hours of driving.

Wife ajak singgah Nilai, nak cari karpet untuk kampung katanya. Cik abang pun okay je, tengok gambar atas ni Fariq pun okay jugak. Huhu

Sampai around jam 12.30, cam biasa memang panas cuaca kat sini.

Jumaat sempat menunaikan solat di Masjid ar-Rahmah.

Petang, wife ajak ke Restoran Terapung Ikan Bakar Umbai nak tapau untuk family.

Sempatlah berdating kat tepi laut sambil melayan bayu Selat Melaka.

Malam tu dapat jugak melepaskan rindu nak makan Mee Goreng depan rumah ni. Biasa dulu balik je tutup, yang ni macam magic pulak nampak bercahaya gerai tu. 

Ni haa dapatlah sepinggan, terus hantar gambar kat Zed. Bro tak balik lagi hari tu.

Malam Sabtu seperti yang dijanjikan, aku bawak family ke Bandar Melaka untuk bersiar-siar. Lama dah tak berjalan kat ibu negeri Melaka ni. Tak silap aku last time bachelor trip before aku kahwin tahun 2018. 

Memang jem malam tu. Maklumlah hujung minggu. Nak dekat sejam setengah jugaklah baru sampai kedestinasi kami iaitu di Menara Taming Sari, bersebelahan Dataran Pahlawan

Tapi memang ramai betul orang queue nak naik menara ni. Takut bebudak pun ngantuk nak tunggu, kami pun buat next activity.

Dah sampai sini tak sah kalau tak naik beca. Betul tak orang Melaka?

Naik beca asing-asing lah kan, mana boleh himpit sekali..:-p

Selfie dulu before memulakan perjalanan disekitar Bandar Melaka.

Syok la dapat pusing-pusing, sekali sekala dapat melepaskan tekanan kerja. Bukan apa, petang tu akudapat satu message dari bos, diorang kata nak meeting jam 9.30 malam. Memang aku reject terus, apa gila nak meeting malam sabtu. 

Dinner di Texas Chicken, ingat nak makan dekat Asam Pedas Medan Samudera tu. Sekali full house pulak. Takpelah, dah pukul 10 kot. Makan je lah apa yang bukak. Tengok si Maryam tu pun dah mengantuk, Fariq je steady lagi. Dah seronok tengok beca lampu-lampu. Tu yang segar je mata.

Balik ke? Memang taklah. Fariq nak naik beca seround lagi katanya.

Okaylah anak, anything for you. Huhu

Lalu jalan yang sama, cuma beca je yang lain. 

Since final stop kat Menara Taming Sari, sempatlah bergambar kenangan kat sini walaupun tak dapat naik. Next time ye, timing tak betul. Maklumlah semua orang keluar after berkurung lama dek Covid tu. 

Macam adik beradik pulak dua orang ni..:-p

Dah jom balik, masuk kereta semua tidur. Sampai rumah around 12.30 tengah malam jugak. Bukak fon tengok ada message from boss, siap bagi link meeting lagi. Maaf lah ye, really not in the mood of meeting. I'm in an opinion yang the content its more to strategic thinking which is supposedly discuss among the managers, not SE nor AM level. Plus, aku dah buat part aku pun pagi tu and a night before. Tak tau apa perception you guys towards me, just nak inform - aku ni dah sampai level tak kisah pun.

After tidurkan Fariq sekitar jam 1.30 pagi - instead of joining the on-going meeting. I decided to settlekan kerja-kerja biz ops yang pending, sambil satu lagi skrin tengok bola Newcastle vs Brighton yang berkesudahan another draw for us. Pfft, bila nak menang ni oii.

Pagi Ahad, balik Rawang. Hantar ipar balik rumah di Ainsdale before menyambung perjalanan ke Utara. Pastu melencong ke Batu Caves, ingat nak makan kat Bihun Sup Kedah tapi tutup pulak. Sudahnya makan kat Mee Tarik Warisan dekat Prima Batu Caves, ni port lepak dulu dengan Matt. Haha

Sampai kat sini, mestilah menjamu selera dengan my favourite dry mee tarik ni. Nyum-nyum

UiTM Dihatiku. Huu. Muat lagi baju fakulti ni, tahun 2011 punya. Dah 10 tahun jugaklah usia baju ni..:-p

Sampai rumah around jam 3 petang, solat Zohor dan tidur. Rabak beb, dah la tidur pukul 4 pagi nak menyiapkan Q3 Commission Review exercise, dah delay lima hari sebab busy sangat buat kerja orang. Kerja sendiri takde siapa nak tolong. Tolong tengok ada lah. Haha

Malam tu pergi Lotus Bukit Beruntung nak restock barang dapur. Syok budak ni naik troli. Huhu

Cari lah mainan sikit untuk sikecik ni, dah alang-alang sampai sini.

Nak nangis kena tinggal dengan ibu. Huhu, cengeng betul.

Haha, pantang kena tinggal.

Singgah dinner di Deknon Cafe before bergerak pulang kerumah sekitar jam 10 malam. 

Memasang kereta baru Fariq. Boleh tertinggal pulak kereta merah dia kat Melaka. Melalak betul malam tu nak kereta, tu yang beli jugak yang versi mini. Huhu. Itu saja nampaknya cerita minggu ni. What a quality family time, minggu depan kita bercuti ke pantai pulak. Pantai mana? Tunggu je lah entri seterusnya. Till then, take care semua.

P/S: Of course kerja pun penting, but if I were to choose. It will always family first, lagi-lagi if you dah promise dekat diorang. Sekali korang khianati janji, sampai bila-bilalah diorang akan ingat and lose respect towards you. Ingat, kerja boleh cari. Family kalau dah takde depan mata. Menangis air mata darah pun tak guna. Unless korang memang jenis heartless or no empathy. 

No comments:

Post a Comment