Thursday, November 25, 2021

Kisah AKU n Jogging Time

Assalamualaikum,

Lewat sikit update minggu ni, tuan empunya blog ni tak berapa sihat sejak dua hari lepas. Tapi don't worry, dah buat dua kali swab test, alhamdulillah negative. Baiklah, nak update sikit pasal aktiviti riadah yang memang lama sangat aku tak buat sejak hampir dua tahun yang lepas - Jogging.
Ya, betul riadah yang senang je sebenarnya. Tapi memang malas nak buat, ditambah pulak dengan kasut yang dah rabak. Baru-baru ni aku ada beli lah kasut baru, dengan harapan boleh lah setia minggu beriadah.
Warm-up dulu to avoid any cramp incident. Sekitar jam 8 pagi, aku pun memulakan larian pertama. Last aku berjogging time dengan budak-budak Quatriz dulu. Kitorang jog sekitar TPM.
Tapi kali ni aku pilih route simple je, iaitu dikawasan perumahan aku di Presint 14 Mawarsari. Mengikut perkiraan, satu complete cycle taman ni around 1km. So, hari tu aku plan nak buat 5 pusingan iaitu 5km.
Tapi yang mampu hanya lah 4km sahaja. Pancit bhai. Buat pulak memang ada elevation dekat area Jalan 4B tu. Tapi amazingly aku berjaya habiskan 4km dalam masa 35min. Kira around 8min per KM. Not bad lah kan untuk yang nak baru start ni.
Cool down memang penting after exercise to avoid injury. Sempat lah bergambar lepas menamatkan my successful Jogging session. Tunjuk kat ayah timer, dia kata ni bukan berjogging dah macam berlari. Huu

Ooh pasal timer tu, aku download app Adidas Running ni. Memang cool! 
Malam Ahad pulak dikejutkan dengan news from taska Fariq, ada satu kes Covid-19 melibatkan bapa seorang anak jagaan. Kebetulan ada kat Sentosa time tu, memang terus menyinggah Mediviron buat test untuk satu family. Alhamdulillah, semuanya tested negative. Cuma Selasa tu aku pulak yang tumbang, mula-mula risau jugak sebab macam ada simptom - demam, sakit tekak, hidung berair. Bila check pun masih negatif, cuma sekarang ni aku tak berapa fit lagi nak kepejabat. Sebab kekadang tu mata cam nampak dua. Huhu
Bukan main seronok budak kecik ni tak pergi school seminggu. Haha

Tu je lah cerita malam ni, simple je kan. Haha. Sekali sekala up story pasal bersenam. Asyik cerita travel, balik kampung, kerja, makan je. Minggu ni kalau takde halangan plan nak repeat lagi.

No comments:

Post a Comment