Assalamualaikum,
Minggu terakhir Syawal ni memang penuh dengan open house je, baik from rakan-rakan ataupun corporate invitation. Malam ni aku nak share cerita Sabtu lepas dimana aku dan family pergi beraya di tiga buah rumah dalam masa setengah hari! Of course, semua rumah yang kami attend tu were my wife's friends lah. Aku ni mana ada kawan sangat. Haha
Hari Sabtu dalam jam 2 petang, kami menuju ke Bandar Tasik Puteri di Rawang untuk rumah pertama. Tuan rumah merupakan rakan sekerja wife di Rotiboy.
Tengok si Iman tu tak nak lepas ibu dia.
Bila kena tinggal jadi clueless camni, sambil garu kepala. Haha
Nak dekat dua jam jugak beraya kat sini hari tu. Yang wife syok nyembang dengan member, aku pulak sembang RFID dengan bapak dia. Before mengundurkan diri, sempatlah ambil gambar buat kenangan.
Dalam jam 4 petang, kami bergerak ke rumah kedua yang terletak di Aman Putri, Shah Alam.
Yang ni pulak member wife time belajar di IPB dulu.
Kat sini aku tak makan banyak pun sebab memikirkan ada sebuah rumah lagi..:-p
Yang dua orang ni nasib baiklah tak banyak ragam sangat. Huhu
Macam biasalah snap gambar sekeping dua before proceeding to the next destination.
Haa, rumah nombor ketiga ni jauh sikit iaitu di Bandar Saujana Putra. Diluar jangkaan aku, jem siakk petang tu. Tak silap kami gerak jam 6 petang, nak dekat pukul 8 malam jugak sampai. Time dalam jem ni lah baru menyesal tak makan tadi. Huhu
Rumah nombor ketiga dan terakhir ni condominium. Tinggi betul..:-p
Uniknya, instead of buat kat rumah hos majlis memilih untuk buat makan-makan di rooftop.
Fariq lah paling syok sebab ada playground kat situ. Ada jugak disediakan ruang solat untuk tetamu yang hadir.
Makan pun bersila. Huhu
Ni pahal pulak budak ni? Katanya ibu lama sangat sembang dengan kawan.
Haa pergilah sambung main. Abah dah tak larat ni, nak duduk jap. Pasni nak drive lagi.
Selfie dengan Iman..:-)
Ni lah antara member-member wife from IPB yang sempat dikumpulkan malam tu. Bagus betul, aku member UiTM pun dah MIA. Adalah sembang sekejap dengan Joe time raya hari tu, tapi bro pun dah menetap kat Penang so susah sikitlah nak jumpa sekarang.
Kami pun nak bergambar jugak. Huhu
Around jam 10 malam kami pun bergerak pulang ke Rawang, singgah R&R Sungai Buloh tapau KFC since kat rumah last ni pun aku tak makan sangat sebab most of juadah dah nak habis. Sobs
Baiklah, itu je cerita Syawal hari ke-23 kami. Akan ada a few lagi dalam masa sehari dua ni. Banyak lagi corporate open house yang aku attend minggu ni, pagi tadi anjuran KPM, hari ni Touch 'n Go pulak, Khamis dengan JCORP. So nantikan lah ye, if banyak gambar aku buat separate entry if not lump dalam satu entri je.
No comments:
Post a Comment