Assalamualaikum,
Awal bangun? Tengah tengok bola sekarang ni, tu yang rasa terpanggil untuk update blog jugak. Minggu ni memang minggu open house, berderet dapat invitation from clientele yang ada. Tapi cuma dapat attend dua je. Baiklah, pagi ni aku nak update cerita open house Raya TNG pulak. Asyik datang open house je, haa la ni aku pulak yang jadi hos.
Seawal jam 9.30 pagi lagi aku dah sampai di venue event. Macam biasa lesson learned from kes kat IOI, kena snap gambar tiang parking. Haha. Tapi kali ni memang park betul-betul depan lif.
Lobi MITEC dipenuhi backdrop digital open house TNG. Dalam pukul 10 pagi, ada briefing from Lead Commitee, seperti yang dijangka tugas kami from BD team hari tu ialah melayan tetamu lah. Huhu
Event start jam 11, so aku meluangkan masa meronda hall dulu. Sebagai hos kenalah tau apa stall yang ada, senang kalau client tanya..:-)
Dekat depan hall ada booth partner for guest untuk mini shopping..:-)
Hall ready untuk menerima jemputan-jemputan kami yang terdiri daripada client from Expressway, Parking, Transit, Retail dan lain-lain business.
Menunggu ketibaan top management dan juga ahli lembaga pengarah TNGSB dan juga CIMB Group.Sekitar jam 11pagi, our parking client dah start datang dengan ketibaan delegasi from Wei Long dan Sysmantech. Muka sama jumpa kat KLCC hari tu. Haha
Jam 12 tengah hari dewan dah start dipenuhi dengan tetamu dari pelbagai sektor.
Sempatlah meronda booths kat depan ni. Ada pameran dan jualan oleh CSR partner kami.
Berehat sebentar with rakan sekerja from TNG Digital, Hazwan dan Jon.
Time rancak melayan Mr Edwin, Zaaba share gambar ni. HahaTerima kasih team Quatriz System sudi datang rumah terbuka kami. Banyak staf-staf baru sekarang, biasalah tu adat bekerja yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Cewahh, Melayu sangat. Bhahaha
Bersama Zaaba dan Saukani. Untuk hari tu kami buat dua session, pagi dan petang since Expressway punya client memang ramai so diorang mostly datang session PM. Time ni lah aku dah start melayan kenalan dekat Expressway pulak yang hadir from konsesi-konsesi yang pernah berhubung dengan aku dulu such as PROLINTAS, LITRAK, KESAS, PLUS dan of course my ex-parent company, MTD Group. Huhu
Bersama bos lama, En Nizam dan juga En Hasbullah, client lama aku from Delloyd Industries. Yang sebelah aku tu rakan sekuliah di UiTM dulu, Farhan yang sekarang berkhidmat di Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Pukul 4 petang barulah aku sempat nak menjamah juadah yang ada. Bayangkan from jam 10 pagi tak sempat makan apa. Minum pun segelas air je. So memang penuh lah pinggan hari tu..:-p
Bergambar bersama Irfan dan Razif. FYI, starting 1st June nanti unit kami akan bergabung under one department CET - Parking & Transit headed by bos baru. So, ni gambar team lah, cuma hari tu Lina takde sebab dia balik awal.
Dalam jam 5.30 petang, aku dan Irfan cabut dulu. Tengok tetamu pun dah start berkurang and of course our client pun if tengok checklist semua dah balik. So, we've done our part, bab packing ni kita serahkan ke committee lah ye. HuhuPetang tu aku hantar si Irfan ni balik rumah mertua dia kat area Setapak. Jem sikit nak kesana, tapi aku nak balik Rawang clear jugak. Dalam jam 7 petang dah sampai R&R Rawang, ingat nak terus balik tapi stop sana jap check email dulu if ada apa-apa urgent works yang aku overlook. Lepas Maghrib baru lah aku gerak balik rumah.
To wrap entri pagi ni, terima kasih yang tak terhingga kepada pengurusan dan juga rakan sekerja yang bersama-sama terlibat untuk menjayakan open house Raya TNG Group ni. Semoga event ni akan kekal jadi event tahunan supaya dapat terus menjadi medium untuk mengeratkan silaturrahim diantara TNG dan juga klien dan business partner kami.
P/S: Okay Newcastle menang lawan Brighton 4-1. One more game to win, and we will be in UCL yaw!!
No comments:
Post a Comment