Assalamualaikum,
Awal pagi ni aku nak berkongsi sikit sambutan hari lahir yang pertama buat anak lelaki aku, Fariq Ilham.
Jumaat after office hour, aku dan family terus ke Secret Recipe Bukit Sentosa untuk makan-makan. Last week dah celebrate dengan ahli keluarga lain, so kali ni buat small one je.
Budak dua orang ni memang dah mintak cikgu siapkan from taska.
Wife bersama anak-anak.
Ada lah beli kek satu slice untuk bagi suasana sikit.
Suapan kek hari jadi dari bonda untuk Fariq..:-)
Adik Iman pun nak makan jugak, dari tadi dok terliur..:-p
Of course without ibu, Fariq dan Iman takkan lahir ke dunia ni. Huhu
Jasa abah pun harapnya jangan dilupakanlah ye.
Makan time.
Selfie sikit untuk kenangan bersama. Sekitar jam 9 kami meninggalkan Secret Recipe dan move to our next stop.
Singgah kedai basikal berdekatan untuk menunaikan janji nak belikan Fariq sebuah basikal. Basikal yang ada sekarang dah kecik, maklumlah budak pun membesar dengan jayanya.
Yang ni buat muka comel nak basikal jugak.
Yang abah pulak tekup mulut since kena beli dua bijik terus. Haha
Muka berpuas hati tu. Hehe
On the way balik aku singgah stall Otai Burger, manalah kenyang makan pasta je. Haha. Time menunggu tu diorang bervideo call dengan makcik-makcik di Serkam.
Ni kenapa pulak dah macam Darth Vader? Terkejut sebab overspent ke? Takdelah, aku ni sebenarnya kerap batuk jugak, kekadang on-off. Cuma malam hari Jumaat tu around 12 tengah malam, aku rasa sesak dan ketat sangat. Batuk tak berhenti-henti, tu yang terus grab kunci kereta dan terus ke klinik. Doktor diagnosed acute Bronchitis, some kind of radang dalam salur pernafasan. Esok aku diminta ke KK Serendah untuk buat further check-up dan X-Ray. Hopefully nothing serious lah.
Hari Sabtu plan asal nak ke taman, tapi since aku pun tak fit sudahnya postponed ke hari Ahad.
Iman bersama bicycle baru. Yang ni model ada tiang, so bolehlah parents tolak.
Yang sorang ni dok takut-takut lagi nak mengayuh.
Haa, nak kena abah jugak yang jadi coach. Huhu
Kami singgah Taman Rampaisari bagi anak-anak main kat sana.
The kids bersama ibu.
Takde orang pun, so taman tu kami yang punya...:-p
Amik gambar bersama anak perempuan aku yang comel dan lincah ni pulak.
Time diorang seronok bermain, aku meluangkan masa berjogging keliling taman ni. Tak silap aku bulatan ni 200 meter jugak complete. So, tadi aku buat 5 pusingan, ingat nak buat banyak lagi tapi si Fariq ni pulak nak join. Pfft
Ibu pun nak enjoy naik buaian jugak.
Selfie dulu sebelum left the playground.
Balik rumah ambil kunci motor dan went for breakfast di Restoran Sedap Rasa sebelum menamatkan aktiviti pagi kami di Bandar Sungai Buaya.
That's the wrap untuk entri malam ni. Nak kena bangun awal esok menghantar wife dan anak-anak before ke Serendah untuk buat ujian saringan. Pergi government je lah since quota out-patient aku tinggal RM1K je untuk lagi 4 bulan ni. Korang tahulah sekali pergi private, jumpa doktor pun dah kena charged few hundred belum caj prosedur lagi. Huhu.
P/S: Seriously Newcastle baru beli satu player je transfer window ni? Takpe-takpe, jangan panik. Ada lah lagi pasni, let Mr Ashworth buat kerja dia senyap-senyap.
No comments:
Post a Comment