Assalamualaikum,
Aku ada kat Melaka sekarang ni. Cuti sekolah dah start.
Khamis lepas Fariq berkesempatan join program Little Hajj organized by Little Caliph Malaysia.
Ni memang program tahunan untuk pelajar 6 tahun. Seperti kebiasaanya memang diorang akan join branch lain jugak.
Kali ni bertempat di Masjid Wilayah KL, disertai hampir 12,000 pelajar Little Caliph satu Malaysia ni. Ramai jugak eh, siap masuk TV lagi tu. Balik rumah je petang tu terus beria kata dia masuk TV. Haha
Okay main entry petang ni. Sabtu lepas aku berkesempatan menghadiri majlis persandingan my bestbro, Dolah. Kali ni majlis belah lelaki pulak yang berlangsung di De' Kampung Homestay yang terletak di Felda Sungai Buaya which is around 10-min driving from rumah aku.
Kami gerak agak lambat jugak, dalam jam 1 petang since wife dah start semester baru minggu lepas. Dah datang time peak hour ni memang payah jugak nak dapat seat.
Mak ayah pun join jugak. Maklumlah kami ni kan blood brother. So your family is my family too. Huhu. Actually dapat undangan jugak since mak join kuliah kat Masjid ar-Rahmah, selalu terjumpa mak Dolah kat situ.
As usual the kiddos yang memang ternanti-nantikan ais krim..:-)
My other bestbro, Afiq pun datang. Hari tu kata nak bawak family, tapi la ni datang sorang lagi. Huhu. Ada sorang lagi member kitorang, Ayen yang baju merah tu datang from Ampang untuk meraikan hari bersejarah si Dolah ni.
Memang layan pekena Apam Balik panas + Teh Tarik. Nyum-nyum.
Bergambar kenangan bersama pengantin baru. Yelah, kitorang ni bertiga je. Semua dah selamat off-market..:-)
Gambar dengan bro jangan dilupakan. Simpan buat rekod.
Itu je lah cerita petang ni. Esok dah start kerja cuma WFK lagi. Hari Rabu baru kita balik KL while wife dan anak-anak duduk kampung. Raya Haji nanti baru aku balik sini semula.
P/S: Tengok Final UCL hari tu, bapak lah Inter Milan kena toron 5-0 dengan PSG. Camna lah Spurs nak hadap PSG time UEFA Super Cup nanti. Bhahaha~
bagus program macam ni dapat melatih sejak dari kanak kanak lagi
ReplyDelete