Thursday, June 12, 2025

Kisah AKU n Aidil Adha 2025

 Assalamualaikum,

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dilimpahkan kurniaNya untuk sama-sama menyambut Aidil Adha untuk tahun 2025 ini. Semoga tahun ini kita beroleh keberkatan dan rahmat dariNya untuk terus beribadah dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Baiklah seperti tahun-tahun sebelumnya, suka aku nak share sikit sambutan Aidil Adha aku tahun ni. 

Bagi tahun ni, aku menyambut Hari Raya di Melaka. Since wife dan anak-anak memang dah ada kat Melaka, aku bergerak solo dari Rawang sekitar jam 8 malam. Trafik sesak dari Putra Mahkota menuju ke Senawang, dan bersambung from Pedas Linggi ke Simpang Ampat. Memang expected, sebab orang balik raya kan. Sampai Merlimau dalam jam 12.30 malam, memang terus tidur pun tak dan nak berbuka puasa Hari Arafah pun.
Pagi Sabtu bersamaan dengan 7 Jun 2025, takbir Raya berkumandang di surau-surau sekitar Serkam. Aku menunaikan solat Hari Raya di Masjid ar-Rahman dalam jam 8 pagi. 
Tumpang Zed naik motor je sebab terbangun lewat. Nak naik kereta karang satu hal nak mencari parking.
Lepas solat, sempatlah menziarah lembu yang akan dikorbankan anjuran Surau Haji Hassan Alim. Tak silap ada lima ekor jugak hari tu.
Ramai jugak yang menonton, yang datang pun family member dan jiran-jiran yang ada bahagian dalam korban kali ni.
Fariq pun dah 80% recover, so dapatlah join sepupu-sepupu dia jugak.
Fariq bergambar dengan action-figure Han Solo dan Luke Skywalker yang aku janjikan time dia awal-awal sunat hari tu..:-)
Iman pun kena belikan jugak. Karang merajuk pulak..:-p
Menjamah ketupat berserta  rendang yang disediakan. Huhu.
Takde amik gambar family pun. Aku pulak memang ngantuk gila angkara tak cukup tidur + keletihan drive 5 jam malam tu. Terlelap kat sini sampailah masuk waktu Zohor. 
Hari Ahad, ipar ada buat makan-makan kat rumah dia. Ada jugak jemput ahli keluarga yang terdekat untuk join 
 
Malam tu seperti yang dirancang, kami gerak balik dalam jam 11 malam. Melekat mat! From Simpang Ampat sampai Nilai. WTH! Sampai rumah nak dekat jam 3, tu yang Isnin tak masuk ofis rasa nak demam. Haha

Menutup cerita malam ini, selamat menyambut Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat sekalian, semoga para-para Haji kita mendapat haji yang mabrur dan bagi kita yang masih menunggu kesempatan ini, teruskan berdoa dan beribadah dengan seikhlas-ikhas hatinya agar diberi peluang untuk menjadi tetamuNya pada tahun-tahun yang akan datang. In Sha Allah.

2 comments:

  1. Hari raya memang simpang ampat sampai kat Tol tu memang melekat huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa balik malam okay, 2jam lebih dh smpai rawang. mungkin hari tu isnin masih cuti kot

      Delete