Monday, December 6, 2021

Kisah AKU n Weekend @ Ladang Sua Betong

Assalamualaikum,

Minggu ni aku berkesempatan menziarah family Along di Port Dickson bersama ahli keluarga yang lain. Saja nak datang melawat tengahkan boleh rentas negeri lagi. Ni dok dengar cerita ada variant Covid baru lah, lagi nak PRN Sarawak. Risau jugak masuk tahun baru karang kena lockdown balik. Memang down lah jawabnya. Haha

Minggu ni aku masuk office, full empat hari except Jumaat lah since KL cuti peristiwa dengan kemenangan KL City FC didalam saingan Piala Malaysia menewaskan gergasi JDT. Well done boys, walaupun aku supporter Selangor tapi tumpang happy jugak atas kredit IC 14. Huhu

Fariq minggu ni duduk rumah, nampak tak bukan main santai dia melayan kartun kat laptop abah..:-p

Malam hari Jumaat kami memulakan perjalanan ke Port Dickson sekitar jam 7 petang. Saja gerak lewat sikit sebab nak bagi Fariq merasa jalan jauh time malam. Biasanya kami balik kampung pagi, laa ni kita try malam pulak ye. Tapi as expected jem Sungai Besi, aku biasanya kalau jalan sesak ni memang berkarok dalam kereta with portable mic ni.

Menyinggah makan di Kafe Kambing Kacak di Bandar Seri Putra. Berwajah baru nampak? Potong rambut sekarang sebelum bos James tanya lagi. Memulakan perjalanan semula sekitar jam 9 malam, dan selamat tiba di Ladang Sua Betong around jam 10. Malam tak buat apalah, masing-masing mata dah kuyu. Tidur je lah.

Pagi esoknya lepas breakfast, main bola. Tengok tu dah macam training session dengan Fariq. Haha

Okay, ada satu player nak masuk. Cepat Fariq, tendang bola kat Mikail.

Dan bola pun berlalu melepasi beliau tanpa response. Bhahaha

Then seperti yang dirancang, sempatlah aku mainlah lawn bowls kat sini. Memang enjoy beb, dah lama tak pegang bola hitam ni. Seingat aku last main time Sukan KKR 2016 dulu, lima tahun jugaklah ceritanya.

Match dengan adik pagi tu. Comeback is real beb, ketinggalan 2-7 diawal permainan sebelum menang 10-7. Huhu

Atuk bersama cucu-cucunya.

Around 11 pagi, kami yang jantan ni ke Port Dickson. Mencari barang untuk aktiviti barbeque kami sekeluarga petang tu. Singgah TF Mart yang lokasinya berhampiran PD Waterfront.

Bila kaum lelaki mencari barang, memang kehulu kehilir lah perginya. Haha

Lepas shopping, singgah quick lunch di Azmi Cendol PD. Pekena Cendol Pulut dan mi goreng sepinggan. Memang terbaik, habis licin semuanya.

Petang Sabtu sekitar jam 5 petang kami memulakan aktiviti mengril, dimulakan dengan setup dapur BBQ

Bebudak dua orang ni pun ada sessionnya jugak - mandi kolam..:-P

Team Grilling.

Ni pun antara aktiviti yang dah lama jugak kami tak buat. Plannya dulu nak BBQ kat Cherating, tapi kat hotel tiba-tiba service unavailable. 

Nak tengok ke hasilnya?

Nindiaa, nice kan. Ditambah pulak dengan mashed potato marvelous yang Along buat.

Lepak makan di balkoni rumah sambil menikmati bayu angin Ladang Sua Betong.

Buat double peace pulak budak ni. Huhu

Sambung game lawn bowls seround dua. Kali ni kalah pulak, 1-10. Haha. Sebenarnya tahan dari nak terberak, tu yang game tak menjadi. Haha

Malam pulak around 8pm, aku ditemani Syazwan dan adik keluar ke Lukut untuk satu aktiviti riadah. Hehe

Ya betul, ni lah dia. Dulu biasanya aku akan pergi dengan Syazwan je. Sekarang ni Faris pun terjebak sekali. Katanya kat new company ni memang diorang ada lounge untuk karaoke session lepas kerja. Untunglah bro, aku kat sini lepas kerja memang nak terus balik je. Belum pun sampai rumah dah ada yang message. Cam hareee. 

Bro ni jarang dengar dia menyanyi selain dalam toilet. Tapi memang power jugak suara adik aku ni, maklumlah it's in the blood. Hihi

Yang ni pulak memang tak payah question lah. Time bujang dulu, memang ni aktiviti bulanan bersama member. Tak member sekolah, member UiTM. Member Quatriz pun ada jugak, cuma kat company baru ni payah sikit nak gather.

Dua jam jugak malam tu. Bukan selalu beb!

Tepat jam 10.30 malam, our session ended and we made our way back to rumah. Ingat nak ngeteh tapi semua low energy. Elok balik rumah semua segar balik - adik layan Netflix, Syawan main online game, aku pulak layan EPL, Newcastle lawan Burnley yang berkesudahan dengan kemenangan sulung Newcastle dalam 15 perlawanan. Tahniah, let's keep the winning way and keluar dari kelompok tiga tercorot ni.

Ahad lepak kat rumah je, plan nak balik lepas Zohor. Pastu postponed ke after Asar, last-last decide lepas Isyak. Aku tak buat apa sangat pun, adalah tengok email sikit pagi tu, and menyambung tidur. Si Fariq ni yang kuat main dengan Mikail, tapi petang mandi kolam sorang-sorang je. Huhu

Lepas dinner, kami pun memulakan perjalanan pulang ke Sungai Buaya dan selamat tiba kira-kira jam 11.30 malam. Eh apa yang lewat sangat? Dah singgah makan kat R&R Sungai Buloh, tu yang lewat sikit.

Seperti yang dijangka dan diharapkan, Fariq memang tidur dalam kereta and bersambung dalam bilik. Huhu

Okaylah, laju kan aku update entri kali ni. Bukan apa, memang dah draft siap-siap entri time tengok bola semalam. Tu yang memang dah ada premade entry, cuma tunggu edit gambar and publish je..:-)

No comments:

Post a Comment