Minggu lepas aku spend time with family di Melaka time cuti Krismas. Dah lama tak balik sana, tu yang ikutkan je request from my wife.
Cerita dipejabat minggu lepas, hari Khamis bersamaan tanggal 23/12 merupakan hari terakhir perkhidmatan my ex-boss, Mr Fikry di Touch 'n Go. So ada farewell lunch joined by our GM Mr. James, new bos parking Mr. CP and Business Support Head Mrs Ee-Leen dan her staff, Shaza.
Venue lunch di Edo Ichi @ Nexus Bangsar South. Memang saja diorang ni bawak makan kat restoran Jepun. Aku ni dah la failed makan pakai chopstick. Seingat aku last makan Japanese food empat tahun lepas, around Jan 2017.
Ambil lah gambar sikit. Haha (credit gambar to bos)
Eh apa ni? Untuk pengetahuan ini merupakan Touch 'n Go Sales & Service Center yang terletak di lobby area office kami. Buat apa kat sini?
Bos nak pasang RFID kat kereta baru dia. Dah final day baru nak pasang. Haha. Tengok gambar teringat zaman-zaman jadi PMO RFID dulu. Penat tapi puas hati
6pm - bergambar kenangan bersama sebelum bos melangkah kaki keluar dari pintu Commercial Division Touch 'n Go. Semoga berjumpa dilain hari and good luck for your future endevour.
Hari Jumaat srperti yang dirancang, aku dan family bergerak pulang ke Melaka sekitar jam 6.30 petang. Memang silap besar gerak time tu. Bayangkan trafik gerak macam siput, almost dua jam nak lepas Tol Sg Besi dari Istana Lama. Haha
Sampai kampung tepat jam 12 malam. Sebenarnya pukul 11.15 dah sampai Merlimau, menyinggah tapau late dinner di McD. Drive thru je since malas nak keluar masuk kereta dah.
Pagi Sabtu kalau ikut plan nak ke Zoo Melaka, tapi tengok kes macam dah naik semula plus varian Omicron yang baru detect. So kami canceled plan dan stay dirumah sahaja.
Banyak lah jugak aktiviti Fariq bersama sepupu dan aunties dia. Main basikal/skuter, main dengan arnab belaan cam gambar kat atas ni.
Ada jugak sesi melukis, mewarna dan buat origami, under supervision makcik-makcik diorang ni. Huhu
Petang lepas Asar kami menyinggah rumah abang wife yang terletak tak jauh dari rumah. Time ni mendengar penjelasan mertua pasal tanah-tanah milk beliau yang masih open lagi untuk buat sebijik rumah. Haha
Yang budak kecik menyambung main. Maklumlah dah recharge battery tidur dari Zohor nak ke Asar..:-)
Wife bergambar di pondok yang dibina betul-betul depan rumah abang dia.
Solat Maghrib di Masjid ar-Rahmah di Kg Pulai. Macam biasalah pergi dengan Zed lepastu ngeteh dekat Serkam Darat sementara nak menunggu masuk Isyak.
Sampai rumah menyambung layan Piala AFF Suzuki, Indonesia vs Singapura. Kami semua sokong Singapore hari tu. Entahlah, maybe Indon poyo sangat kot.
Pagi Ahad seawal jam 11 pagi kami dah bergerak untuk pulang ke Rawang. Direct je drive hari tu, singgah sekejap pun nak isi minyak dan kad TNG di RSA Ayer Keroh. Sampai rumah sekitar jam 2 petang
Malam melawat Lotus Bukit Sentosa, restock barang-barang sikecik ni untuk tahun baru. Eh apa ni? Saja nak share achievement aku main FIFA18 ni. First time main level World Class, ingat lagi awal liga 15 game tanpa kemenangan sebab noob gila. Last-last dah boleh adapt dengan gameplay AI, kami berjaya menamatkan saingan liga di tempat ke 10. Not bad. Hopefully Newcastle in real life pun boleh imitate fighting spirit aku ni. Huhu
Ya, itu sahaja lah cerita malam ni. Okay lah, hari ni nak tido awal since esok masuk office. Hopefully jalan tak jem lah nak ke pejabat esok, harapnya orang ramai cuti lagi.:-)
P/S: Newcastle draw lawan MU. Tengok gameplay nampak ada improvement. Keep it up boys, let's survive the league. Transfer window pun bakal open in a few days lagi. Jom grab some player with oil-money now. Haha
No comments:
Post a Comment