Tuesday, December 21, 2021

Kisah AKU n Ilhan Mikail's 4th Birthday

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak share story sikit bekenaan anak buah aku, Mikail. Tanggal 4 Januari 2022 bakal merupakan hari lahir beliau yang keempat. Kali ni kami celebrate awal since awal Januari, Along dan family akan ke bercuti ke Langkawi. 

Sebelum memulakan main entry, meh kita mulakan dengan cerita dipejabat. Following rotation schedule yang dah start berkuatkuasa bulan Disember, aku bertugas dioffice pada minggu ketiga dan kelima. 

Balik tak payah cerita lah, rasanya setiap hari pukul 8 malam. Manpower dah berkurang, kerja pulak semakin bertambah. Hadap je lah.

Sampai rumah pun kekadang Fariq pun dah tidur.

Minggu ni memang almost everyday hujan time aku nak balik rumah.

Tapi yang paling kesian hari Khamis lah, walaupun tak hujan. Tapi aku tersadai kat depan Angkasapuri ni. Why? Tayar pancit kena paku pulak, nasib baiklah ada servis Tayarpancit.my ni. Call je lepas tu diorang datang, tapi kena charge lah. But takpelah, dah keadaan desperate malam-malam takkan lah nak demand kot. Huhu

Malam Sabtu lepas Maghrib kami kerumah ayah. Sampai je tengok Along dan Syazwan tengah buat final preparation. Ada lampu lip-lap lagi, kelass.

Kaunter makanan - ada mee goreng dan juga KFC untuk celebration malam tu.

Ni bukan pokok Krismas ye..:-p

Menunggu birthday boy turun dengan sabar.

Tengok budak ni yang tak sabar nak makan kek.

Birthday boy dah ready nak potong kek tu.

Bergambar dulu sebelum potong kek. Ohh lupa pulak, tema malam tu hijau. Tapi aku manalah ada baju kaler hijau.


Dia pun nak jugak bergambar dengan kek. Haha


Malam tu jugak kami ada advance celebration untuk wedding anniversary mak ayah yang bakal berlangsung 1 Januari tahun depan..:-)


Mak ayah bersama anak bongsu, Faris dan juga cucu-cucu yang aktif.

Tiup lilinnya, potong kuenya. Haha. Lagu birthday Indon!! Korang tengok anak teruna aku ni, buat muka excited.


Okay, makan time lah. Aku pulak memang lapar ni tak makan dari pagi tadi, dua ketul ayam KFC jugak lah bedal malam tu..:-p


Lepas makan, macam biasalah sesi bersembang kosong sambil tengok dua ketul ni bermain.

Minggu ni takde kemana pun. Nak pergi mana dah Lembah Klang lumpuh angkara banjir kilat. Sama-samalah kita doakan yang air banjir ni akan surut dan semuanya pulih seperti biasa. Amin In Sha Allah. Baiklah, itu sahaja cerita malam ni. Since minggu ni aku WFH, rasanya tak salah kot nak spend sejam dua melayan Bannerlord. Dah seminggu jugak aku tak main game ni.

P/S: Newcastle jadi lauk lagi semalam lawan Manchester City. Haha. Kena 4 bijik main kat SJP pulak tu. Takpe, we will come back stronger.

No comments:

Post a Comment