Sorry, ni cerita minggu lepas tau. Baru boleh update, busy chor minggu ni. Dari Isnin sampailah malam semalam, boleh katakan almost everyday habis kerja pukul 7 keatas. Yang paling brutal malam Rabu dan Khamis, habis pukul 1 pagi! No komen lah kan, dah orang bayar gaji. Haha. Anyway, a few cerita minggu lepas aku combined kan dalam satu entri ni.
Amboi si kecik ni bukan main rajin masuk dapur after dah makeover ni. Kalau dulu masuk dilinjatnya kaki. Haha
Rabu lepas, sekitar jam 1 pagi wife mengadu sakit perut yang teramat sangat. Aku pun terus ajak Ija ke Aniza Medical Center @ Bukit Sentosa, sambil tu menyinggah rumah ayah hantar Fariq sekejap.
Menunggu dengan sabar, risau jugaklah jadi apa-apa. Buat sekarang ni kan tengah musim Covid, takut terkena ke apa. Tapi nak kata keluar rumah tu memang jaranglah.
Kena tahan nak dekat dua jam jugak masuk ubat pakai drip ni. Alhamdulillah takde apa yang serious. Sekitar jam 3 pagi kami pun pulang kerumah. Untunglah wife dapat MC, haha. Aku ni esok kena kerja, walaupun kerja dari rumah memang katil tu memanggil-manggil..:-p
Malam hari Khamis tu pulak aku dikejutkan dengan berita pemergian rakan lama di Quatriz, Nawawi. Memang terkejut bila Afiq call hari tu. Walaupun ex-colleague, tapi memang terkesan dengan berita tu. Maklumlah, empat tahun kerja kat sana. Banyak kenangan suka dan duka aku dengan arwah dulu. Yang paling aku ingat time aku buat tender WCE, kebetulan time tu ada Star Wars Expo dekat area TPM tu. Arwah pulak memang pergi bawak family dia, pastu dia singgah office sekejap ternampak aku buat tender sorang-sorang. Habis dibahannya aku hari tu. Satu lagi kenangan dia selalu panggil aku "Yob Mee Hailam" sebab arwah ni orang Perak. Kampung kami tak jauh pun, aku pulak tak habis-habis recommend Mee Hailam Kampung Tengah yang famous tu. Tapi dia kata tak pernah sempat nak try kalau balik kampung. Memang banyak lagilah kenangan. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Saudara Nawawi Sabri, semoga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin
Takpe Fariq, ayah dah pakar bab-bab pemakanan awak. Kalau doktor tu tanya memang confirm boleh jawab lah. Huhu
Settle. Adalah kembang sikit bila pegawai tu cakap.."Biasa kalau kami interview bapa-bapa, biasanya jawapan memang tak complete. Tapi En. Farid, memang A lah. Kira tahu lah anak makan apa, schedule makan dsb.."
Hari Sabtu, ada lepak mingguan bersama brothers melalui Google Meet. Salah satu inisiatif untuk merapatkan hubungan yang dah longgar angkara Covid ni. Walaupun kami semua dah dapat dua dos, tapi still risau lah nak keluar dine-in. Maybe keluar tapau Teh Ais, dan menyembang from kereta masing-masing. Haha
Santai-santai petang Ahad di kawasan Mawarsari ni. Bagi Fariq ni kenal alam sikit, berapa lama terperuk dalam rumah. Taska pulak tak accept budak yang mak ayah takde surat MITI, sudahnya bayar kosong camtu je. Last-last kami decided nak stop je untuk September onward.Malam tu ada dua match - First, Newcastle lawan Aston Villa. Kalah 0-2. Macam siot je main, aku pun tak tau taktikal si Bruce tu. Tak menarik langsung.
Tapi nasib baik untuk second match - Selangor lawan Perak, menang bergaya 0-3 skuad Merah-Kuning kita kali ni. Jom kita target AFC tahun depan.
Itu jelah cerita minggu lepas, minggu ni pun ada a few cerita jugak. Hopefully kalau takde yang menganggu hujung minggu ni boleh lah update. Till then, take care guys.
P/S: Tukar government lagi kita beb! Dalam satu penggal, ada tiga PM. Interesting kan?
No comments:
Post a Comment