Monday, August 16, 2021

Kisah AKU n EPL is Back!

Assalamualaikum,

Okay, malam ni nak taip quick entry berkenaan liga bola sepak yang paling dinanti-nanti satu pelusuk dunia - the English Premier League. Ya betul, season baru sudah pun membuka tirainya dan seperti biasa, aku memang tak terlepas dari menonton first match untuk team kesayangan - Newcastle United!
By the way, let's start dengan cerita minggu ni. Hari Khamis yang lepas ada Townhall dengan pengurusan tertinggi TNG Group. Macam biasalah dengar update company, kejayaan yang dikecapi syarikat bagi Q2, dan juga pelan-pelan company for the rest of 2021. Ada jugak Q&A session between management dan staff.
Beli whiteboard untuk Fariq, last-last bapak dia yang guna buat melukis. Aku ni memang suka drawing, dulu cita-cita nak jadi arkitek. Tapi lepas tau kena excel math, terus tak jadi. Pfft.
Beberapa lagi sketch yang aku buat, tergamam Fariq. Bukan sebab terkejut, tapi sebab fikir bila turn dia pulak nak menconteng. Hihi
Ni lah scene yang aku paling rindu. Bermain lawn bowls time kat UiTM dulu. Haha. Gila tak ingat moment merangkul pingat Emas time SUKOL dulu, dan juga Gangsa time SAF. One of the best moments in my life..:-)
Hari Sabtu, seawal jam 8.30 pagi aku dah ke Proton Rawang untuk servis Persona ni. Walaupun mileage punyalah jauh lagi, tapi since dah a few months selepas last servis. Kena lah jugak pergi, nanti rosak pulak lagi banyak ongkosnya.
Balik servis, singgah Bukit Sentosa sekejap. Nak restock buah-buahan untuk wife dan Fariq. Diorang je yang makan buah kat rumah tu. Sambil tu sempat tapau Nasi Goreng Kambing depan Pizza Hut Bukit Sentosa. Memang syahdu makan, buat pulak pekena air jagung..:-p
Sampai rumah meragam budak ni nak naik kereta. Boleh lah kita jalan-jalan kat area Sungai Buaya ni. Bahaya lah keluar time-time ni, kes tengah mencanak sekarang ni.
Ya, first match of the season. Aku masih lagi support team hitam putih ni. Haha, tahun depan genap 20 tahun aku sokong Newcastle United ni. Kalah menang tetap bersama my beloved Magpie. Howay The Lads!
Ingat nak tengok kat Astro, tapi hujan lebat pulak malam semalam. So, stream kat NUFCTV je..:-)
Unlike season lepas, opening day kali ni kalah pulak. Elok dah leading first half dengan gol-gol dijaringkan oleh our new number 9, Wilson dan Murphy. Tetiba second half collapsed pulak, yang aku perasan down lepas West Ham dapat penalti, sebab memang clear tak penalti langsung. Gampang betul. Haha

Takpelah, apa boleh buat. Dah support mid-table team. Hadap je lah, kalah menang kita support. Betul tak, jangan jadi plastik. Jangan sorak time menang je, bila kalah krik, krik. Tengok aku, steady je dah 20 tahun support. Rasa-rasa darah pun dah hitam putih kat dalam tu. Haha

No comments:

Post a Comment