Sunday, September 5, 2021

Kisah AKU n Cuti Hari Merdeka 2021

Assalamualaikum,

Rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan buat negara kita yang ke 64. Semoga nikmat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ni berkekalan hingga keakhir hayat. Maka, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya kepada bangsa Melayu hendaklah sentiasa peka dengan keadaan politik semasa dinegara kita ni. Jangan sampai bangsa dan agama kita dipijak oleh anasir-anasir luar. Ingat, walaupun kita bergaul dengan harmonis dengan kaum-kaum lain, seeloknya kita mestilah sentiasa siap siaga untuk sebarang kemungkinan. Okaylah, enough politic mumbling. Hari ni nak cerita sikit aktiviti kami sekeluarga time cuti Merdeka ni.
Jom start dengan cerita hujung minggu lepas. First time dine-in dekat Mamak dengan ayah. Alang-alang mendobi, singgah lah mengeteh sekejap. Cuaca banyak hujan minggu lepas, dah sedap basuh baju tetiba hujan pulak. Tu yang pergi dobi nak keringkan baju.
Isnin tu wife kena pergi office sekejap nak ambil dokumen-dokumen audit. Nak setengah hari jugak dia kerja kat office hari tu. Aku pulak memang jenis malas patah balik, so dah ready meja kecik dan segala macam snek untuk work from car. Haha
Pukul 12.30 baru settle, nasib baiklah bateri laptop company ni tahan lasak sikit..:-)
Petang tu after habis kerja, aku dan Ija ke Aniza Medical Center untuk rawatan susulan after wife warded dua minggu lepas. Malam tu kami ke rumah ayah, plannya nak bermalam kat sana. 
Maklumlah lama tak balik kampung. Haha. Buat pulak mak ada deco Fariq punya kereta, kira macam ala-ala kereta berhias nak menyambut merdeka ni.
Pagi 31 Ogos tu, seawal jam 8 pagi aku ditemani wife dan Fariq keluar berjalan-jalan disekitar Bandar Sungai Buaya ni. Naik motor je, dapat lah hirup udara segar. Asyik naik kereta je..:-p
Menyinggah playground di Presint Rampaisari. Sini infra dia takde lah elok sangat, maybe MDHS pun tak properly maintain. Cuma area dia luas, sesuai lah untuk anak aku ni nak berlari-lari.
Dapatlah si kecik ni main buaian, gelongsor etc. Saja bawak dia berjalan-jalan, beli jiwa after mak ayah dia sibuk dengan kerja. Kadang-kadang tu kesian jugaklah bila si Fariq ni buat hal sendiri. Taska pun satu, dia ingat parents yang kerja dari rumah ni memang semuanya goyang kaki ke? Aku ni kalau korang nak tau memang dari jam 9.30 pagi tu sampai jam 7 petang lah tercongok depan laptop. Status "away" karang ada pulak yang memantau. So, sudahnya bila takde kerja sangat tu nak spend dengan anak pun jadi risau. 
Selfie satu family before ke destinasi seterusnya.
Jom Fariq, ayah bawak ke satu lagi playground dekat Presint Kasturisari pulak. 
Yang ni memang better sikit walaupun tak besar. Maybe sebab komuniti sekeliling pun ambil role jaga infra yang ada kat sini, tu yang nampak bersih je. Gelongsor pun okay, takde karat-karat or kena spray..:-)
Budak pun seronok main. Hihi
Apa main rumput pulak ni?
Oo, nak bagi kuda makan rupanya. Bijak betul anak teruna aku ni. Haha
Main buaian pulak..:-)
 
Okay , jom lah kita balik. Matahari pun dah start naik ni, nanti legam pulak.
Malam tu ada dua football match. Newcastle akhirnya dapat jugak satu mata lawan Southampton, while Selangor mensia-siakan peluang untuk naik ketangga ketiga apabila seri 1-1 menentang team negeri wife, Melaka. Sudahnya, dua-dua team aku draw malam tu. Yang lagi pahit dan juga coincidence, dua-dua team bolos minit terakhir permainan. Cibai betul!

Itu sahaja lah cerita malam ni pasal my cuti Hari Merdeka, time Covid ni nak keluar pun risau sebenarnya tapi bila memikirkan jumlah kes yang masih lima angka. Sampai bila nak hidup berkurung je, kena lah beranikan diri untuk keluar. Tapi kena pandai cari timing lah. Kalau nak pergi taman, datang awal pagi. Kalau nak mendobi, keluar time tengahari. Tapi mall memang aku masih tak berani lagi, even pergi shopping groceries kat Lotus tu pun memang FIFO je. Datang awal, keluar pun awal. Okay guys, got to go now. Semoga berjumpa lagi dilain entri.

No comments:

Post a Comment