Monday, July 5, 2021

Kisah AKU n Selangor Covid-19 Vaccination Programme @ Tropicana Gardens Mall

Assalamualaikum,

Last week aku dan a few family members dapat our first jab vaksin Covid-19. Okaylah, kita kena ada usaha sikit nak lindung diri dari wabak ni kan. Mula-cula cuak jugak, risau kot lah ada side effect teruk ke bila dah cucuk, tapi sebagai seorang Muslim kita kenalah sentiasa bertawakal atas tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk mencegah dari wabak Covid-19 ni.

Isnin lepas 28/6 merupakan hari aku mendapat first jab. FYI, ni merupakan usaha Touch 'n Go untuk provide vaksin kepada staf-stafnya melalui Selangor Covid-19 Vaccination Programme (SCVP). Company subsidized beb! Seawal jam 10 pagi aku dah bergerak dari rumah ke venue PPV yang terletak di Tropicana Gardens Mall @ Kota Damansara.

Sampai around 10.30, lepak-lepak sikit dalam mall before go to the designated sites. Aku ni bab cucuk memang nervous sikit. Huhu

Ada queue, memang panjang tapi prosesnya cepat. Maybe sebab yang jadi volunteer untuk chekpoint pun ramai.

Done cucuk, lepas tu kena tunggu dalam 15 minit baru boleh keluar pusat PPV. Aku dapat vaksin Sinovac from China. Tertunggu jugak kot lah boleh fasih Mandarin ke. 

Saat yang ditunggu-tunggu, gambar time lah wei! Haha

Before balik rumah, singgah R&R Rawang cari Panadol, preparation untuk potential side effect..:-p

Esoknya aku ketempat yang sama, kali ni bawak my wife pulak. Mak ayah yang tolong jaga Fariq hari tu.

Aku ting tong jugak kesan dari vaksin, tapi gagahkan jugak drive. Hihi

Alang-alang kat sini, menyinggah Mr. DIY. Nak pergi tempat lain banyak port tutup, nak dine in pun tak boleh.

Dah lama tak dating berdua kat mall..:-p

Selfie lah sikit buat kenangan cucuk vaksin

Balik pun singgah tempat yang sama tapau lunch. Fariq tu suka makan Nasi Ayam Mohd Chan.

Sampai rumah ayah tengok ada kotak HP. Of course lah bukan laptop baru aku, ni adik punya. Tapi beli pakai account HP aku.

HP Probook G380, memang cantik dan stylo. Tapi apa kaitan dengan aku?

Adik beli laptop baru, laptop lama dia tolak kat aku. Gaming laptop beb! Siapa tak nak. Huhu. Nampak tu aku siap beli meja baru tau nak menyambut kedatangan Lenovo Legion ni. Processor Intel i5, 16GB RAM, 2.3GHz, ada graphic card Nvidia. Memang aku main Bannerlord sekarang ni pakai high spec chor..:-p 

In the same week, ayah pun dapat vaksin jugak tapi dia dapat under MySejahtera. Aku pulak Program Selangkah.

Juga dalam minggu yang sama, my brother from another parent, Afiq pun dah selamat jadi suami orang 1 Julai 2021. Tahniah bro, sebab Covid tak dapat nak join tapi yang terharunya pengantin sendiri datanghantar lauk depan rumah. Abaikan muka serabai aku tu, tak sempat nak bersiap sebab tengah online meeting. Huhu. Selamat Pengantin Baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan rezeki dan zuriat yang diberkatiNya. Amin In Sha Allah.

So, itu sahaja cerita minggu lepas. Bila ada laptop gaming ni rakus pulak tengok game-game best. Maklumlah kera dapat bunga. Haha

No comments:

Post a Comment