Assalamualaikum,
Eh, ada part dua pulak? Haa, kan aku cakap hari tu. Yang first sambut kat rumah tok opah dia, laa ni sambut kat rumah sendiri pulak. Cuma bertiga je lah.
Petang Sabtu, aku keluar sekejap ke Grand Union nak restock barang-barang Fariq such as pampers, fresh milk, biskut etc. Menyinggah ke KFC beli some foods untuk small birthday party malam tu. Fariq ni suka makan ayam KFC, dengan whipped potato tu..:-)
Sampai rumah, wife mintak pasangkan hadiah basikal ni. Patutlah nampak kotak macam kecik time beli hari tu, rupa-rupanya kena assemble sendiri. Siot betul, ingatkan dah siap pasang. Nasib baik lah ada tools kat rumah ni, kalau tak bukan Fariq yang surprise - ayah yang surprise rupanya!
Sekitar jam 7 petang aku siapkan meja makanan. Venue kat ruang tamu je, senang sikit nak kemas. Ija pulak memang dah siapkan a few deco before. Patutlah nampak kosong, frame besar tu dah bawak turun ganti dengan decoration birthday baby boy ni. Lepas Maghrib kami bertiga pun start lah our program malam tu.
Kek Pandan Cheese bertemakan dinasour, sebenarnya bapak dia yang pilih flavor ni..:-p
Tak habis-habis sebut D-Sor. Haha. Haa, nampak bukan main happy budak ni nampak kek dinasour. Dah lah pakai kostum dinasour. Bukan apa, dia ni minat sangat dengan haiwan purba ni, besar nanti jadi archaeologist lah macam Indiana Jones. Huhu
Snap gambar wife dan anak dulu. Tak sangka dah dua tahun umur sikecik ni.
Ambil gambar family pulak before upacara memotong kek dan selanjutnya.
Baju aku tu korang jangan lah komen banyak, wife nak tema putih. Aku ni mana ada baju putih, selongkar almari ada lah nampak baju putih ni. Tahun 2017 punya, so memang ketatlah beb!
Ahh dia boleh nampak pulak aeroplane kat atas ni, saja sangkut dulu tak nak bagi Fariq main sebab wing kapal terbang ni tajam. Buat pulak budak ni suka campak barang. Haha
Terimalah kek ni dari orang biasa..tapi cintaku padamu luar biasaaaaa ~
Cake time!
Bagi birthday boy merasa kek dia dulu.
Rawwrrr, ni lah bunyi dinasour yang Fariq tau. Haha
Okay dah boleh makan. Abaikan muka yang pelik tu..:-p
Sesi yang dinanti-nanti. Ni hadiah pertama dari ayah, suka tak Fariq? Naik basikal ada pedal ni boleh lah develop muscle. Baru mantap sikit, tapi sayangnya kaki tak sampai lagi. Huhu
Hadiah kedua dari ibu pulak - adalah belikan a few interactive book untuk tujuan pembelajaran.
Fariq bersama birthday gifts. Malam semalam confirm termimpi-mimpi tu. Haha
Haa, itu sahajalah cerita kami menyambut birthday Fariq yang kedua ni. Small event sahaja tak langgar SOP pun. Fahamlah kami ni rakyat marhaen je, yang boleh langgar SOP golongan langit je. Hihi. Apa-apapun selamat hari lahir buat Muhammad Fariq Ilham, semoga membesar dengan jayanya dan menjadi anak yang soleh dan juga berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Amin In Sha Allah.
P/S: EPL nak start dah, satu player pun takde beli ni. Pa citaa?
No comments:
Post a Comment