Wednesday, July 21, 2021

Kisah AKU n Aidil Adha 2021

Assalamualaikum,

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dilimpahkan kurniaNya untuk sama-sama menyambut Aidil Adha untuk tahun 2021 ini. Semoga tahun ini kita beroleh keberkatan dan rahmat dariNya untuk terus beribadah dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Baiklah seperti tahun-tahun sebelumnya, suka aku nak share sikit sambutan Aidil Adha aku tahun ni.
Sehari sebelum raya, aku ada vaccine appointment kat Tropicana Gardens Mall untuk second jab. Sampai venue around jam 11am. Kat sini app Selangkah ni buat lawak, hari Ahad bila aku check kata appointment jam 11. Elok je aku jumpa petugas, tiba-tiba app tu tunjuk appointment pukul 4 petang. Memang pissed off lah boy, dah la puasa. Sudahnya beratur lah nak dekat sejam, dengan pakai kasut kulitnya memang tk keruan lah. Haha
Around 12.30 baru lah lepas ke next stage. Bila dah masuk second level ni memang laju, cuma lepas cucuk tu ada lagi queue for those yang tak boleh scan QR code after successful jab. Terpaksalah buat manual validation. Pfft
Settle around 1pm, memang aku terus balik je hari tu. Malas nak bergambar. Haha, 
Tanggal 20 Julai 2021, hari Selasa - seawal jam 8 pagi, aku dah mula bertakbir Raya dengan wife. Fariq masih terbuai mimpi indah lagi. Dah bukak pintu sikit pun tak dengar jugak. Haha
Lepas lead solat sunat Aidiladha, seperti biasa disusuli dengan khutbah Raya yang bertajuk Covid-19 Mencabar Keupayaan Kita Yang Sebenar. Pun sama, budak kecik tu tak bangun lagi.
Usai sembahyang raya, aku meneruskan sesi fotografi bersama-sama keluarga.
Tahun ni kami raya bertiga je. Along beraya kat PD dengan family dia. Aku pulak tak plan nak pergi rumah ayah sebab sekejap lagi nak bergerak ke Tropicana Mall sekali lagi, wife pulak nak cucuk second dose vaksin. Ni pun sarung je 
Kalau kat kampung ada tangga merah, kat rumah ni pun ada sesi bergambar kat tangga jugak. Huhu
Fariq ni pantang nampak basikal dia, mesti nak naik..:-p
Selfie dulu, penat bergambar je. Apa yang difikirkan budak tu. Huhu
Mak ayah pun kirim gambar jugak..:-)
Makan time. Juadah raya tahun ni lemang jagung yang dibeli bagi menghidupkan suasana Raya.. Dimakan dengan dua jenis rendang - satu wife masak, satu lagi mak kirim.
Sekitar jam 10 pagi, kami hantar Fariq ke rumah mak ayah dulu. Sian tak boleh ikut pergi mall, nanti Covid-19 ni reda kita jalan-jalan okay..:-) 
Jam 10 pagi, aku dan wife pun bergerak ke Tropicana Gardens Mall since wife punya appointment pukul 11. Risau takut orang ramai je macam aku kena Isnin lepas.
Rupa-rupanya tak sampai 20 minit dah settle cucuk. Aku hari tu nak dekat 2 jam baru settle. Maybe sebab hari Raya kot.
Haa, dua-dua dah complete! Jom kita nantikan pengumuman government untuk sesiapa yang dah settle dua dos. Boleh interstate travel ke? boleh dine-in? Tunggu je lah, malas nak buat spekulasi. Haha 
Cam biasalah mem ni nak singgah DIY dulu..:-)
Kebetulan Mr. TOY dalam ni pun dah reopened, ada lah cari mainan baru sikit untuk anak teruna kami tu.
Okay, jomlah balik rumah berehat pulak. Petang sikit kita beraya kat rumah ayah pulak.
Petang tu datang beraya kat rumah ayah, lama jugak lepak nak dekat pukul 10 baru balik rumah. Malam sambung tengok TV je lah. Program kat channel-channel Astro pun banyak jugak walaupun program Raya tahun-tahun lepas punya. Lepas tu masuk tidur, haha.

Menutup cerita pagi ini, selamat menyambut Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat sekalian, semoga para-para Haji kita mendapat haji yang mabrur dan bagi kita yang masih menunggu kesempatan ini, teruskan berdoa dan beribadah dengan seikhlas-ikhas hatinya agar diberi peluang untuk menjadi tetamuNya pada tahun-tahun yang akan datang. In Sya Allah.

No comments:

Post a Comment