Assalamualaikum,
Apa benda title entry kau ni bro? Die? Siapa mati? Mannschaft? Drive shaft kereta ke? Haha. Takdelah, semua salah. Die Mannschaft ni merupakan translation untuk team bola sepak kebangsaan Federal Republic of Germany. Seperti yang korang tahu, sekarang ni kan musim FIFA World Cup. Aku seperti lelaki normal lain pun minat jugak tengok dan bermain bola. Bukan sahaja selalu main petang-petang dengan kawan dulu, tapi pernah mewakili sekolah jugak untuk sukan ni.Untuk sesiapa yang mengenali En. McBride ni, memang tahu sangat aku minat dengan Team Germany. Boleh rujuk entri ini untuk penjelasan yang lebih mantap. Haha. Team yang mendapat perhatian aku sejak FIFA World Cup 2002 ni, terus menjadi favourite setiap kali musim Piala Dunia.
Tahun ni ada dua player Newcastle yang bermain untuk skuad Germany. Nick Woltemade dan Malick Thiaw. Walaupun aku doubt yang diorang ni akan dapat jadi regular since competition agak tinggi dalam skuad, but still chances tinggi compared to Livramento dan Burn yang mewakili England, hence one of reason kenapa aku support Germany tahun ni. Guimaraes dekat Brazil memang starter, as well as Elanga for Sweden, and Wissa for Congo.
Semalam game pertama menentang Curacao, menang 7-1 untuk opening game!
Semalam game pertama menentang Curacao, menang 7-1 untuk opening game!
Hehe. Tak melepaskan peluang main tournament WC di FC Mobile. Woltemade with his trademark celebration - W.
Prediction final tahun ni. Germany vs Portugal. Germany menang 1-0 hasil jaringan Big Nick. Huhu. Bring back the Cup of Life boys!
Apa-apapun, selamat berjuang kepada Die Mannschaft. Harapnya dapatlah kita menambah kejuaraan untuk menyamai rekod Brazil dengan 5 World Cup title. Deutschland Uber Alles!P/S: As expected, both Woltemade and Thiaw were unused subs dalam game pertama ni. Maybe next game lawan Ivory Cost or Ecuador later kot.






No comments:
Post a Comment