Sunday, April 28, 2024

Kisah AKU n Syawal 2024 - Day 18

Assalamualaikum,

Malam ni nak mengupdate cerita semalam. Semalam memang betul-betul beraya, ada dua open house yang kami visit, plus satu sambutan Hari Raya peringkat Bandar Sungai Buaya.
Before start jom tengok apa yang jadi time hari bekerja aku. Minggu ni we bid goodbye to our very committed legal associate yang banyak membantu team Parking iaitu Maha who left the company for a better offer. Good luck for your future endeavor brother.
Kat Little Caliph BSB, taska Fariq pun ada buat sambutan Hari Raya jugak.
Semalam, aku dan family sempat menyinggah Lotus Rawang sebab dah janji dengan the kids nak bawak main playground. Dalam jam 12.30pm kami gerak after Ija habis kelas online.
Ni lah playground tu - The Happy Kids. Aku rasa baru tahun ni jugak ada sebab last year lot ni macam kedai perabot.
Of course yang happy confirmlah budak. Huhu
Jemputlah masuk rumah saya ni..:-)
Si Fariq ni main slide ni macam-macam gaya ada. Banyak sangat tengok Dragon Ball ni. Huhu
Ni pun aku tak tau mainan apa. Try pusing tak gerak pulak, memang untuk duduk kot. Haha
Pergh, ada style footballer dah tu..:-)
Iman takut main trampoline. Dia tak dapat absorb kot, tu yang asyik jatuh je..:-P
Apa lagi nak main ni?
Nak naik train lah pulak
Mula-mula benda blok ni tersorok bawah gelongsor tu, aku bawak lah semua nak buat Fariq fighter jet. Sudahnya punyalah banyak budak datang nak join sekali. Haha. Ate mak-bapak budak pun main fon, mana maunya budak tu tak boring..:-p
Ikut plan nak main dalam sejam dua je, tapi jam 4 baru keluar! Oi korang ni, abah ada dua open house nak pergi ni. Singgah DIY cari barang jap then terus balik ke Sungai Buaya
Dalam jam 5 petang kami sampai our first open house, rumah Teacher Azni iaitu mak Afiq. Muka bro Fariq tu dah penat, actually dia memang dah tertidur dalam kereta tapi aku kejut jugak sebab nak kejar masa..:-p
Lepak dalam sejam jugak kat sini, lama tak jumpa bro ni. Hari tu time bulan puasa ada ajak lepak tapi tak reply. Rupa-rupanya nombor phone kena scammed, ni pun dia ajak open house pakai nombor baru. 
Dalam jam 6 petang aku kerumah Tn Hj Zubir pulak, iaitu ayah si Dolah ni. Ada satu gambar je sebab aku tertinggal phone dalam kereta.
Malam tu lepas Isyak aku ditemani isteri dan anak-anak meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Anjuran Gabungan NGO Bandar Sungai Buaya yang bertempat dihadapan SK Bandar Sungai Buaya. Sampai-sampai je ada bunga api. Huhu
Memang aku heret brother dua orang ni jugak. Haha. Nak kumpul bertiga sekarang punyalah payah..:-)
Bawak tikar semalam since AJK dah inform awal-awal yang meja mungkin tak cukup nak cover tetamu yang hadir. Mana taknya, penduduk township ni sahaja dah almost 12k, belum campur yang duduk dekat area Kampung Sungai Buaya lagi.
Bergambar kenangan bersama my small family sambil berpiknik menikmati juadah yang disediakan penganjur.
Takdelah menikmati makanan sangat sebab terlampau ramai tetamu. Wife pun nasib-nasib dapat ambil sepinggan mi dan juga laksa. Aku langsung tak dapat makan apa pun. Haha
Tapi yang paling penting dapat ngeteh teh tarik dengan brothers..:-)
Dalam jam 10pm, we made our way back to kereta yang parking agak jauh jugak. Kalau ikutkan better aku jalan kaki dari rumah je. Haha. Sempat layan satu lagi fireworks show untuk malam tu.
Eh terserempak dengan Tn Gani, okaylah Fariq pergi ikut atuk balik naik motor. Nanti abah ambil ye.

Baiklah, itu je cerita Syawal hari ke-18 kami. Minggu depan ada corporate open house anjuran KPM, tu je lah yang ada setakat ni. Sendu sikit tak macam tahun lepas bersusun jadual dengan rumah terbuka. Elok pun, aku pun tengah banyak kerja kat office sekarang ni. Lagi rela duduk ofis buat kerja je..:-p

P/S: Newcastle tibai Sheffield tadi, race to Europe masih lagi on nampaknya. Let's target at least 6th place tahun ni.

No comments:

Post a Comment