Saturday, April 20, 2024

Kisah AKU n Syawal 2024 - Day 10

Assalamualaikum,

Ada entri Raya ke ni bro? Biasanya title start dengan Syawal 2024 ni cerita pasal Raya je. Ya, pasal Raya lah ni..:-)
Semalam family Along balik Rawang, so seperti yang dirancang dapat jugak kami semua berkumpul bagi Syawal tahun ni. Sambutan raya kali ni diserikan dengan sambutan hari lahir buat ahli keluarga kami lahir dalam bulan Mac dan April iaitu along, adik, ayah, mak dan juga Iman. 
Majlis kami bermula selepas solat Isyak, aku sampai rumah ayah dalam jam 8.45 malam.
Macam biasa kami bermula dengan sesi photoshoot Raya untuk kenangan bersama. Ni time tunggu bro Syazwan setup camera untuk dapatkan angle terbaik. 
Aduh nak amik gambar dulu ke? Saya dah tak sabar nak potong kek ni. Huhu
Lovely wife and my firstborn, Fariq Ilham. Okay camera ready, let's berphotoshoot!
Moh ler buat romantis..Ate piorr romantis..:-p
Mak ayah bersama family Along. Mau pulak si Mikail tu amik gambar, kalau tak memang payah benar nak dapat gambar yang tak bergerak. Huhu
Mak ayah bersama family aku. 
Adik bongsu bergambar dengan mak ayah. Bila nak makan nasi minyak ni bro? Dengar cerita duit dah berpuluh ribu. Takpe, baru 28 tahun, enjoy your zaman career tengah meroket ni.
Bro Faris bersama anak-anak buah yang comel-comel semuanya..:-)
Haha, tang nak amik gambar dengan cucu yang payah. Macam-macam ragam nak handle.
Haa dapat pun. Huhu
Gambar keluarga kecil aku. So far takde plan nak expand since wife pun tengah buat PLK kat SEGI University kira-kira tiga tahun jugak nak habis. Lepas tu baru kita fikir nak tambah or not..:-)
Gambar family Along yang memang takde plan nak menambah lagi..:-p 
Gambar kenangan beramai-ramai to conclude our photoshoot session.
Sesi bermaaf-maafan dimulakan dengan ayah bersama mak, disusuli dengan anak-anak serta menantu dan terakhir sekali, cucu-cucu. Cucu pun kena minta maaf jugak. Haha
Now we go to sesi pemberian duit raya untuk yang berkenaan. 
Seperti tahun-tahun sebelumnya aku tak terlepas jugak nak bagi duit raya kat adik beradik yang awesome ni..:-)
Tahun ni first time dapat duit raya from adik. Huhu
Acik Faris nak bagi duit raya tu Fariq. Jangan malu-malu pulak.
Iman dapat duit raya from Pak Long jugak. Semoga murah rezeki ye Pak Long..:-) 
Dikesempatan ni kami juga menyambut hari lahir beberapa ahli keluarga yang lahir dalam bulan Mac dan April, tapi khususnya kepada Iman sebab dia tak pernah lagi ada birthday celebration dengan kami..:-)
Tema Hello Kitty yang menjadi kartun favourite anak dara aku yang sorang ni.
Potong kuehnya, potong kuehnya~ Yang Fariq tu bukan main enjoy lagi dengan belon tu. Haha
Birthday girl bersama-sama ahli keluarga yang tersayang.
Dapat a few hadiah daripada atuk/opah dan juga Mak Long. Bantal ni memang orang lain tak boleh pegang, nanti mula lah dia melalak. Haha
Layan tengok gambar dan video sendiri dalam phone ibu. Huhu
Okay, dah settle. Now what?
Menutupi sambutan Raya kami tahun ni, ada makan-makanlah sikit. Ada lemang dan nasi impit yang boleh dimakan bersama rendang daging. Ada bihun sup serta aneka kuih raya untuk menyerikan lagi malam kami. 
Mak ada buat pulut kuning jugak untuk meraikan wife dan juga Along yang berjaya khatam Al-Quran time bulan Ramadhan hari tu. Alhamdulillah. 
Jemput makan.
Macam biasalah sambil makan tu ada menyembang sikit pasal kerja, dan juga life. Maklumlah bukan selalu jumpa diorang ni, sekali sekala elok jugak nak tau progres hidup ahli keluarga yang lain.
Malam tu aku tak tengok benda lain. Memang melantak lemang jagung ni je. Huhu
Sekitar jam 11 malam, sambutan Hari Raya kami adjourned dan mula bersurai. Tak dan nak teruskan dengan sesi bermain mercun dan bunga api, semuanya dah lemau. Buat pulak hari Jumaat tu most of us bekerja. Takpelah, esok-esok boleh main lagi since Along stay sini sampai hari Ahad. 

Itu je lah cerita untuk Syawal kesepuluh aku. Semoga berjumpa lagi dilain entri.

P/S: Minggu ni takde match EPL melibatkan Newcastle. Takpelah ada beberapa game yang sedap jugak nak tengok.

No comments:

Post a Comment