Thursday, December 29, 2022

Kisah AKU n Family Vacation @ Penang - Day 4

Assalamualaikum,

Baiklah, ini merupakan entri terakhir bagi diari percutian keluarga kami di Pulau Pinang. 
Since aku pun terjaga pukul 8 pagi. Terus solat Subuh dan ready untuk buat aktiviti sikit dekat condo ni. Baru perasan bilik aku ada view Jambatan ni. Yelah, semalam sampai malam dah penat. Tak dan nak bukak langsir pun. Huhu
Had my breakfast yang juga disediakan oleh mak pada pagi tu before turun kebawah bersama adik untuk mandi di swimming pool. Fariq tak join pun, nak tengok kartun Mechamato katanya. Pfft budak ni, benda tu kat rumah pun ada.
Sampai pool, dua orang ni dah sampai dulu. Mikhail memang suka mandi kolam. 
Haha, model majalah Mangga..:-p
Dalam jam 10 pagi, kami pun naik bilik since check-out time jam 11.30. Eloklah nak kemas apa yang patut, at least keluar awal boleh escape jem..:-)
Iman dan Fariq, bergambar bersama Mikail.
Bergambar kenangan sebelum check-out from apartment kami yang awesome ni!
Check out tepat jam 11 pagi. Kat sini drop kunci dekat mailbox then lock pakai combination yang diorang provide. Memang mudah.
Crossing Jambatan Kedua sekitar jam 11.20 pagi
Final activity di Pulau Pinang - light shopping di Jeruk Pak Ali @ Jawi yang menempatkan hasil-hasil local seperti jeruk, belacan, kuah rojak, buah pala dan bermacam lagi.
Berbondong beg plastik jugak diorang borong hari tu. Aku pulak beli air setin dua je, wife pun tak keluar kereta since Iman tengah tidur. Plus Ija pun bukan layan sangat makan jeruk ni. Yang si Fariq ni sesat pun sebab dia balik naik kereta ayah. Haha
12.30 pm - Another 300km journey back to Bandar Sungai Buaya. Ni time dah nak sampai Tanjung Malim. Jalan tak jem melekat, tapi bergerak perlahan due to heavy traffic. Bayangkanlah drive dari pukul 1 petang sampailah jam 6.30 baru sampai Bukit Beruntung. 6-hours of madness!
Singgah early dinner di Restoran GH Corner @ Adenium. Ni yang paling dekat dengan plaza tol. Huhu
Iman pun dah lapar, sedangkan on the way tu dah dua kali makan, buang air pun settle.
Sebenarnya masing-masing dah tak larat, tapi apakan daya perut kenalah diisi. Karang lapar malam baru tau..:-p

That's the end of my vacation with beloved family members di Pulau Pinang. A very simple yet memorable trip we had together. Hopefully more trip to come in near future, dengarnya tahun 2023 ni kami plan nak bercuti pertengahan tahun at least takdelah penat atas jalan. Thank you very much juga bagi pihak Tanjung Point Residences dan M-Vista Condominium untuk layanan tip top sepanjang kami menginap disini, dan juga kepada local yang ramah dan baik hati. Semoga bertemu lagi dikemudian hari.

No comments:

Post a Comment