Assalamualaikum,
Maaf lewat sikut update next entry ni. Ada technical issue. As the title suggested, our family vacation sudahpun masuk hari kedua. Nothing much pun yang kami buat, banyak habis masa lepak kat apartment je.
Setelah hampir 2 jam berbincang dari pukul 9 sampailah nak ke jam 11 pagi. Ada perubahan jadual. Kalau ikutkan hari kedua ni kami nak ke Bukit Bendera, tapi atas kekangan masa dan agak rush kami tolak ke hari ketiga. So second day bermula agak lewat.
Lepas Zohor, kami sekeluarga meluangkan masa ke shopping mall berdekatan iaitu the Straits Quay Retail Marina yang berkonsepkan Grand Colonial architecture.
Iman tengah sedap tidur tu. Huhu
Fariq ni tak payah cakap, kalau dah nampak atuk opah dia memang melekat je lah. Tu yang tak banyak gambar dengan budak ni.
Straits Quay ni merupakan the first seafront mall yang ada kat Penang ni, menempatkan Marina yang memuatkan puluhan bot dan kapal layar mewah owned by the elite. Kita dapat tengok je lah, mana lah tau nanti dapat beli sebijik ke. Hihi
Eh abah, kita kat mana ni? Baru bangun tidur..:-p
Tapi downside Straits Quay ni satu je, tak banyak choice untuk makan. Kebanyakan premis restaurant kat sini berkonsepkan bar, dan juga non-Halal. Kalau ada pun pork-free which is diragui. So, kami sekeluarga menyinggah Lotus Tanjung Pinang untuk makan. Ikutkan nak ke Batu Feringhi, tapi budak-budak pun dah meragam lapar. Tu yang datang sini.
Lepas Asar, kami bersiap untuk event petang pulak. Apa benda? Tengok baju budak-budak ni pun dah tau nak kemana.
Yang bestnya Tanjung Point Residences ni, it has its own private beach yang hanya boleh diakses dengan kad apartment. So, petang tu kami meluangkan masa di pantai.
Berlatarbelakangkan the apartment. Kalau zoom tu boleh nampak mak ayah kat Level 27. Huhu
Beza orang ada seni dengan orang takde seni amik gambar. Haha.
Mikail memang suka mandi laut. Maklumlah budak Port Dickson.
Yang budak ni pulak takut air. Pfft
Bro ni memang tak payah ceritalah, dari kecik suka mandi laut. Teringat zaman kitorang kecik dulu setiap tahun ke Lumut pergi Teluk Batik.
Wife bersama Iman yang juga takut air. Huhu
Ni je lah yang dia tau mintak. Nak naik kuda.
Dalam jam 6 petang, kami naik ke Level 7 untuk mandi pool pulak. Memang cantik view kat sini.
Adik tengah survey port honeymoon katanya. Aku recommend Hompton yang terletak bersebelahan sebab takkan nak book apartment kot, duduk berdua je. Unless hang nak kitorang join sekali nanti. Haha
Iman syok tengok abang Fariq mandi kolam tu..:-)
Tak habis-habis dengan gaya Keluang Man dia tu. Huu
Selfie sikit sebelum naik.
Singgah playground yang juga berada di tingkat yang sama.
Macam biasalah dok layan budak seketul ni main.
Muka seronok sangat tu. Hii
Last selfie sebelum naik ke bilik.
Another nice sunset view from bilik kami.
Malam tu kami order Grabfood sebab semuanya dah keletihan. Tapi kali ni order seafood lah, takkan nak makan Mekdi lagi. Huhu
Malam tu dalam jam 10, aku ke dobi layan diri. Walaupun pihak apartment ada menyediakan laundry. Tapi rasa macam tak berbaloi nak bayar RM50 untuk token washer/dryer, dah la kena beli detergent, softener.
Fariq pun ada ikut jugak, kata nak tolong masukkan kain. Huhu
Singgah minum sementara nak menunggu kain kering. Senang nanti boleh lipat siap-siap, balik rumah boleh chill.
So, itu sahaja cerita hari kedua kami. Untuk entri hari ketiga, In Sha Allah malam ni ye sebab aku kerja jap lagi. Cuti sudah habis bro.
P/S: Newcastle mudah menewaskan Leicester 0-3 dan naik ketangga kedua liga. HWTL!
No comments:
Post a Comment