Tuesday, October 4, 2022

Kisah AKU n Aisya's Wedding @ The Square Pulau Meranti

Assalamualaikum,

Ahad lepas, aku dan family berpeluang menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Puchong atas jemputan my ex-boss Quatriz, Pn Noorzihan. Tu orang kata aku ni walaupun dah hampir tiga tahun tinggalkan Quatriz, tapi masih lagi maintain good relationship dengan bekas rakan sekerja dan juga bosses. Senang je, if kita takde isu dengan diorang. We still can be friend. Tapi time korang resigned tu bergaduh, tu yang buat jadi lawan. Honestly speaking, aku still lagi rasa macam diorang ni much better from rakan sekerja aku yang sekarang ni. Haha
Majlis yang menyatukan Aisya dan Wan Ishmael ni berlangsung di A-Park @ Pulau Meranti, Puchong. Ianya merupakan sebuah taman yang dibina khas bagi majlis outdoor khususnya wedding, family day, family reunion, teambuilding dan sebagainya. Aku pernah datang sekali tempat ni, tak silap time awal-awal kahwin dulu tahun 2018.
Kami sampai kira-kira jam 12.30 tengahari, elok je park terus berjumpa dengan si Ridzuan yang datang dengan family dia. Kami memang dah arrange sebelum ni, together with other member di Quatriz.
Dapat jumpa ramai jugak bekas rakan seperjuangan aku kat Quatriz dulu, antaranya Azhar, Syah, Tengku Arif, Izuwan, Saukani, Helmi, Suhaimi, En. Nizam, Pn Ainie, Kak Amy, to name a few.
My beloved family. Tengok si Fariq tu, kalau datang majlis kahwin memang benda tu yang dicarinya. Huhu
Tiga bijik aiskrim jugaklah budak ni melantak hari tu. Nasi tak nak makan..:-p
Biasalah dah ada anak ni kenalah makan bergilir ambil turn..:-)
Iman bawak bekal. Mana boleh makan lauk kenduri lagi..:-p
Dah nama pun majlis kahwin, memang confirmlah akan berjumpa client dan business partner yang aku deal dulu. Antara yang aku sempat greet hari tu ialah those from CMC, Prolintas, ANIH Berhad, LLM etc. Ni gambar dengan member UiTM aku, Farhan yang bertugas di LLM. Dia jugak merupakan anak buah kepada Pn Zihan, iaitu bos lama aku di Quatriz yang juga hos majlis pada hari itu. Khabarnya brader ni nak kahwin jugak akhir tahun. In Sha Allah aku akan join if berkesempatan.
Selfie dulu sebelum bergerak pulang meninggalkan majlis. Takde rezeki nak bergambar dengan hos majlis, Pn Zihan. Maklumlah ramai orang queue nak ambil gambar. Yang si Fariq ni pulak meragam nak bukak doorgift time tu. Takpelah, asalkan dah jumpa puan pun okay. Adalah bersembang sikit pasal current life, dan sebagainya.
Sedikit gambar pemandangan di A-Park @ Pulau Meranti, Puchong. Memang cantik tempat ni. Banyak port photoshoot yang cantik-cantik.  
Balik ke car park naik buggy beb! Huhu. Since parking agak jauh sikit dengan dewan majlis.
 
Balik lalu LDP, everytime aku lalu highway ni sudah tentunya aku akan boast pasal artwork reader yang aku design ni. Haha. Yang tak menahannya dalam reader ni ada dua logo company yang aku kerja, previous Quatriz dan juga current Touch 'n Go. Haha
Balik menyinggah R&R Elmina Utara dulu untuk menunaikan solat Zohor. Ni pun take turn jugak, bagi wife pergi solat dulu. Iman ni elok kereta berhenti je confirm terjaga, abah baru nak pekena COD seround dua. Huhu
Since waktu Asar pun hampir, kami decided untuk lepak sekejap di R&R ni sambil pekena Dim Sum. Huhu. Sempat lagi belikan si Fariq mainan, sekali dia boleh ternampak pulak stall corner yang jual toys tu..:-p
Sampai rumah dalam pukul 5 petang. Elok pun budak-budak tidur since aku pun memang mengantuk jugak. Dalam jam 6.15 hujan, tapi anak teruna ni nak main kolam jugak. So bukak jelah pool kecik ni. Nak bukak pool besar leceh pulak nak ngepam and penuhkan air, tahu-tahu dah pukul 7 nanti. Haha

To wrap my entri pagi ni, Selamat Pengantin Baru diucapkan buat Aisya dan pasangannya, Wan Ishmael. Semoga perkahwinan yang dibina diberkatiNya, dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah.

P/S: Newcastle menang besar lawan Fulham 1-4. Selangor pun kenduri gol jugak 5-0 menentang team negeri wife, Melaka. Haha. Senyum lebar aku Ahad lepas. Huhu

No comments:

Post a Comment