Monday, October 10, 2022

Kisah AKU n Happy 25th Birthday, Dear

Assalamualaikum,

Baiklah, as the title suggested. Hari ni nak share our modest birthday celebration to my beloved wife yang baru sahaja menjangkau umur 25 tahun pada 7 Oktober 2022. Seperti tahun lepas, sambutan hari jadi kali ni kami buat secara kecil-kecilan sahaja..:-)
Petang semalam, kami sekeluarga ke AEON Rawang. Mula-mula ingat nak pergi hari Sabtu, tapi aku pulak cirit birit. Tu yang postponed, takut jadi cam time pergi IOI bulan lepas. Azab bhai! Haha. 
Sampai je AEON, kami terus ke Kidzoona since aku dah janji kat Fariq dalam kereta. Tengok tu malu-malu pulak nampak playground dari jauh. Haha
Unlike seperti kebiasaanya, this time Fariq banyak spend masa main dekat area educational play ni. Maybe dah boring main benda fizikal kot. Ni nampak tengah berangan jadi doktor.
Cik Iman, saya kena buat ujian sampel darah awak dulu ni.
Silakan baring, kita kena check kot lah ada cacing ke dalam perut. Haha
Tiba-tiba je tukar angin nak main train pulak, kat rumah tak dan nak main. Maybe sebab kat sini trek besar kot, siap ada rumah, gunung lagi. 
Tak sampai 15 minit Fariq datang balik kat educational play area ni. This time operate kedai sushi pulak. Masam muka, sebab ada bro sebelah tu. Haish Fariq ni, cuba lah belajar main berkongsi sikit. Tapi nasib baiklah kat sini takde gaduh-gaduh.
Iman pun nak main jugaklah abah, lepaskan lah saya. Huhu 
Okaylah nak, pergilah mengengsot kemana hang nak pi..:-p
Okay main yang ni boleh tak?
Masuk kawasan ni pulak. Lagi lama si Fariq tu main kat sini. Memang tak ingat dunia la gamaknya. Haha
Datang balik area sini - kali ni jadi tako-yaki vendor. Seram tengok budak perempuan tu time aku tengah edit gambar ni tadi, macam hantu Ju-On. Haha
Arigato gozaimasu. Watashi wa Fariqo desu. Dozo yoroshiku. Haa nampak tak aku still ingat lagi cakap Jepun..:-)
Ambil turn pergi solat Maghrib. Haa time ni hat aku tengah jaga dua orang budak ni.
Before makan, aku sempat ajak wife shopping bersempena hari jadi dia. Satu benda yang aku belajar bila dah kahwin ni. Takde maknanya nak buat surprise gift kat wife, so eloklah time celebrate tu bagitau yang aku bayar apa yang dia nak. Confirm-confirm memang barang tu dia yang pilih, so probability untuk dia pakai tu tinggi lah daripada terperam dalam almari. Huhu
Lepas shopping, kami dinner di Kenny Roger Roasters, one of our family's favourite restaurant. Dia suka makan nasi ayam kat sini. Korang abaikan je lah muka si Fariq tu. Dia ni kalau ambil gambar memang macam-macam gaya ada. Ikut siapa lagi kalau bukan aku. Hihi
Main lawan mata. Kita tengok siapa yang menang?
Okay makanan pun dah sampai.
Seperti biasa kalau datang malam, Choc Oasis sold out. Tapi ada Muffin Submarine, iaitu tiga scoops of aiskrim pelbagai perisa, topped with Kenny's muffin dan chocolate stick. Boleh lah kan. Sebab mula-mula ajak celebrate kat Secret Recipe, dah wife tak nak. Huhu
Sesi menyuap dessert kepada our birthday girl..:-)
Happy Birthday to my beloved wife, Siti Khadijah Bt. Ahmad. Semoga sentiasa menjadi ibu terhebat untuk Fariq & Iman serta isteri terbaik bagi Farid. Abang selalu doakan agar kita terus dimurahkan rezeki dan harapnya akan jadi lebih baik. Thanks for being my great wife. I love you so much..:-)
Haa elok pun si kecik ni tidur . Huhu
Yang sorang ni je kemain aktif nak mintak aiskrim ibu dia..:-p
Selfie satu family before bergerak pulang. Iman tergamam tengok kemachoan abah dia kot. Haha
Dalam pukul 9 malam, kami pun beredar meninggalkan AEON Rawang. Kali ni takde insiden kunci kereta hilang ataupun tak jumpa parking..:-p
Sampai Sungai Buaya, kita bagi last round shopping di Mr. DIY. Haha
Pukul 10 tengok bola Newcastle menentang Brentford dengan the Magpies mencatatkan kemenangan selesa 5-1. Memang padu tengok game Newcastle sekarang. Dah masuk 9 perlawanan, kami kini berada di tangga kelima EPL. Tahniah, semoga rentak kecemerlangan ni kita teruskan sampai ke perlawanan terakhir. Amin
Elok je habis game, Afiq sampai rumah nak pickup aku. Kami lepak minum kat Salam Sentosa together with Dolah. Dah lama tak jumpa memang banyaklah benda nak sembang, tahu-tahu dah pukul 3 pagi. Haha

Itu sahajalah cerita aku menyambut birthday wife yang dah 25 tahun ni. Simple je kan, sebab that's our way of life. Tak perlu ikut orang (especially influencer or instafamous segala bagai tu) buat birthday party lah, or hadiah surprise yang tak payah ceritalah harga dia kan. Sebab bila kita terlampau nak follow cara orang tu yang akan trap diri kita. Tu yang kekadang nampak pegawai or eksekutif muda yang terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa etc. So, ni diri kita - kita sendiri lah yang buat acuan tu. 

No comments:

Post a Comment