Wednesday, June 8, 2022

Kisah AKU n Weekend @ Pantai Siring

Assalamualaikum, 

Minggu lepas aku sempat balik ke kampung isteri bersempena cuti Agong. Cuti panjang, tu yang balik jugak. Buat pulak anak-anak excited nak jumpa sepupu diorang yang memang duduk kat sana sampai bulan Ogos ni. 

Aku gerak malam hari Jumaat lepas Isyak. Sampai Melaka dalam pukul 10.30 malam. Budak-budak pun memang tak tidur lagi nak menunggu si Fariq ni. 

Pagi Sabtu aku ke Pantai Siring dengan family ditemani dua orang adik Ija. Kat pantai ni sekarang ada tarikan baru, kandang arnab ni.. :-) 
Punya lah besar arnab yang ada. Dah macam bantal peluk pun ada. Yang si Fariq ni acah-acah takut pulak. Biasanya okay je kokak kucing belakang rumah. Huu
Iman pun joined jugak hari tu. Takkan lah nak tinggal kat rumah. Nanti sedih dia pulak. 
Lepak tepi pantai sambil menghirup udara pagi Selat Melaka. 
Aku asalnya takde plan nak ikut. Tapi last-last join jugak. Haha
Iman sampai tertidur, dah bayu laut pun syahdu tangkap leleh..:-p
Bergambar kenangan. Tapi masing-masing buat kerja sendiri. 
Ayah hantar gambar, cik Mat dah siap pasang cermin kaca yang wife beli bulan lepas dekat family hall rumah aku. Baru sempat pasang since member ayah tu busy sangat dengan kerja lain. Tapi memang puas hati hasil kerja dia ni. 
Petang Sabtu takde buat apa pun. Dok perhati budak-budak ni main pasir. 
Bersiar pusing kampung dengan basikal tua. Huu
Malam seperti biasalah, solat berjemaah disusuli sesi ngeteh with Zed. 
Tidur time. Esok nak ke pantai lagi katanya. Kali ni dengan sepupu yang lain. 
Pagi Ahad seperti yang dirancang, kami repeat lagi ke Pantai Siring. Kali ni dengan rombongan yang lebih besar. 
Siap bawak tikar getah dan light breakfast dari rumah untuk sesi piknik kami.. :-) 
Semalam syok main pasir depan rumah, sekarang ni kita buat istana pasir pulak tepi pantai. 
Sesi mandi laut. Fariq ni takut pulak. Pfft
Hehe. Penampakan buaya di Pantai Siring. 
Ada lah makan-makan sikit before balik rumah. 
Malam hari Ahad tu around 10pm kami sekeluarga pulang ke Rawang. Sampai rumah nak dekat jam 2 pagi jugak angkara jem teruk dari Senawang ke Port Dickson. Hampeh betul. Ingatkan balik awal sehari ni takde lah jalan sesak.

Rasanya itu sahaja cerita untuk malam ni. A very simple but memorable picnic with my family, ipar serta anak buah yang ada. Aku kalau ikut dah lama nak belanja diorang dine-in ikan bakar kat Umbai tu. Tapi asal balik je mesti dah masak. Haha. Tu yang selalu tak jadi keluar.. :-p

P/S: Welcome Mr Dan Ashworth, the new Sporting Director for Newcastle United. 

No comments:

Post a Comment