Tuesday, June 21, 2022

Kisah AKU n Visitor from the South

Assalamualaikum,

Dua minggu tak update bro? Dah tak payah nak explain lagi, memang dah skripnya sama je. Busy kerja kan? Haha. Okaylah, pagi buta ni nak update cerita last week. Ada tetamu yang datang kerumah kami weekend lepas.
Sekarang ni aku dah start jadual fleksibel, after successful negotiation with my boss. Masuk office bila perlu je if ada important meeting, lunch etc. The rest boleh kerja dirumah, tapi knowing me aku memang sejenis yang suka kerja dalam kereta. Haha. Kekadang lepas hantar wife kerja, cukup malas nak patah balik ke rumah. So sudahnya sampai jam 5 petang aku dekat Rawang ni, macam-macam port lepak dah jumpa. Huhu
Minggu lepas minggu bola. Sometimes malam-malam kami keluar tapau makanan. Ni time tengah tunggu pizza. Tengok bola Malaysia vs Bangladesh dalam kereta je. Huhu
Yeay, kita menang! Penantian 42 tahun akhirnya ended disini dengan team Harimau Malaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023 secara merit. Tahniah to coach Kim Pan Gon berserta anak-anak buahnya..:-)
Amboi tengok si Fariq tu, bukan main posing. Awak tu budak baru, buatlah cara budak baru. Huhu
Okay main entry pagi ni, Sabtu lepas rumah kami dikunjungi sanak saudara belah wife yang datang dari Seremban. Ceritanya kakak Ija, Aminah ada event di Serendah, Hulu Selangor anjuran NGO dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia, tu yang family dia bermalam dekat rumah kami ditemani dua orang adik mereka.
Petang tu budak-budak ni pergi the nearest playground. Aku tak join pun sebab ke Bukit Sentosa, nak beli some foods untuk event malam tu. Event apa ya?
Ada majlis apa ni bro, family Along pun ada jugak?
If dalam blog aku ni lately ada gambar blur camni harap maaf lah ye, sebab camera phone aku ada problem sikit. Lens cover dah barai after Fariq campak phone ni hari tu. Tu yang gambar kekadang nampak macam terlebih lightning exposure. Huhu
Ada kek tu, confirm majlis hari jadi. Tapi birthday siapa?
Ya betul, organized by Along, malam Sabtu lepas kami buat early celebration birthday Fariq yang sepatutnya berlangsung lagi sebulan. Along arranged sebab ni kemungkinan besar family dia akan berpindah ke estet Sime Darby yang lain bulan depan. So takut kalau dapat estet jauh nanti tak dapat nak gather ramai-ramai camni.
Spiderman be like: Aku pandang budak ni kecik besar, kecik besar je. Haha
Kalau nampak gambar terang ni, faham-faham je lah gambar from phone orang lain. Huhu. Birthday boy bersama ibu abah dan adik Iman. Dah nak tiga tahun anak lelaki aku ni..:-)
Fariq bersama atuk opah kesayangan..:-)
Tak lupa jugak gambar bersama organizer, Along dan keluarga.
Fariq bersama sepupu-sepupu. Apa gambar macam awkward je ni. Dari kiri: Mikail, Hassan, Fariq dan Maryam.
Bergambar kenangan bersama ahli keluarga belah isteri yang datang memeriahkan majlis malam itu..:-)
Sesi membuka hadiah. Bukan main seronok budak ni dapat banyak hadiah.
Untuk adik Iman pun ada hadiah jugak. Huhu
Ada lah makan-makan sikit, ada KFC, Pizza Hut sebagai juadah utama event malam tu
Pagi Ahad, aku bukak pool kat backyard untuk budak-budak ni mandi.
Budak-budak dah settle, sekarang ni bapak budak pulak nak berendam. Huhu
Macam biasalah, dah penat semuanya ketiduran. Termasuklah yang sikecik tepi tu..:-p
Shortly sebelum Asar, family wife pun bergerak pulang ke Seremban to end their short visit di Bandar Sungai Buaya ni. Tu sembang dengan Zed, katanya takdelah abandoned township sangat macam yang aku selalu described sebelum ni, cuma kurang fasiliti je. Betul tu, aku pun setuju bandar ni memang kurang fasiliti such as petrol station, ATM. Tapi takpelah, aku pun dah 20 tahun duduk sini. Kira dah biasa pun. Haha

Alright guys, itu sahaja cerita pagi ni. Nak tidur lah, karang terlajak pulak dah lambat wife aku masuk office nanti. Semoga berjumpa lagi dilain entri, till then take care semua.

No comments:

Post a Comment