Sunday, April 10, 2022

Kisah AKU n Iftar Ramadhan 2022 @ Mohd Chan Bukit Beruntung

Assalamualaikum,

Sejuk je rasanya malam Ramadhan yang kesembilan ni. Nak kata hujan lepas Terawih tadi, takde pulak. Tapi yang pasti memang sedap tidur jap lagi ni. Hee. Seperti yang aku mentioned dalam previous entry, aku balik rumah after seminggu stay di Melaka, kebetulan Along pun balik. Tu yang plan beriftar sama-sama.
Since aku pun sampai rumah jam 5 pagi Sabtu tu, memang belah pagi dihabiskan dengan qada tidur. Lepas Zuhur tu adalah buat mini spring cleaning sikit . Maklumlah dah seminggu kena tinggal. 
Wife share gambar anak sulung aku ni. Sedih pulak tengok gambar ni, biasanya aku kerja dekat meja tu lah. Adakah Fariq tunggu bapak dia, or memang kebetulan melukis kat situ. Huhu
Takdelah, dia okay je kat sana. Elok je main-main dengan sepupu yang lain. Jumaat depan abah balik ye.
Anak dara sorang ni pun happy jugak. Tengok gambar tu, bukan main ceria lagi nak terbang. Huhu
Petang after packing, aku ke J&T Adenium nak menghantar set tungku dan robot vacuum ke Melaka. Yang set tungku tu wife lupa nak tukar delivery address. Tu yang diorang hantar ke Rawang. Robot vacuum tu pulak katanya mintak hantarkan sebab bebudak tu makan bersepah dalam bilik. Huhu
Seawal jam 11 pagi lagi aku dan Along call diorang for table reservation di Restoran Mohd Chan Bukit Beruntung. So, kami sampai je makanan semua dah terhidang. 
Tn Gani yang setia dengan telefon ditangan. Tengok result EPL katanya. Haha
Along with Syazwan, Mikail tinggal kat PD.
Haha, takdelah. Apa gila nak tinggal budak tu sorang-sorang kat sana..:-p
Ni lah antara juadah berbuka kami semalam - Siakap Goreng 3 Rasa, Lemon Chicken, Home Made Chicken RollSizzling TofuSalted Squid dan juga Spicy Eggplant. Meriah kan? 
Rasa tak cukup quorum pulak. Yelah, anak bini aku takde kot. Sobs
Lepas iftar, kami split. Mak ayah dan Mikail balik rumah, while kami berempat ada tempat lain lagi nak merayau.
Along nak makan dessert. Haha. So, sudahnya kami ke Mykori Bukit Sentosa yang terletak di area Lotus.
Ce korang tengok dessert diorang. Aku tengok pun dah seram..:-p
Minum Chocolate Frappe sahaja. Makanan time berbuka tadi pun belum habis hadam lagi, inikan pulak nak menambah dessert. Huhu
Selfie adik beradik..:-)
Sampai rumah dalam jam 9.15 malam, aku bersolat Terawih dirumah sendiri dulu before ke rumah ayah. Walaupun bulan Ramadhan, seeloknya jangan lah tinggalkan rumah tak berpenghuni. Kenalah jugak diiisi dengan amalan sikit. Baru takde jin melekat nak tumpang.
Dalam pukul 10.30 aku sampai. Tidur dalam bilik adik a.k.a ex-bilik aku. Huhu. Mak yang ajak tidur sini, katanya senang nak sahur. Dia pun tau anak jantan sorang ni memang liat bangun sahur. Nak kena orang kejutkan jugak. Huhu
Hari Ahad takde apa sangat. Menyembang pasal plan balik Raya, pastu ada main game sikit.
Buka puasa bersama-sama dirumah..:-)
Lepas Isyak, Along dan family bergerak pulang ke Port Dickson semula. Aku ni pun jap lagi tidur lah, sebab esok kena masuk office.

That's the wrap of today's entry. Selamat berpuasa aku ucapkan kepada visitors yang sudi menyinggah. Semoga puasa kita hari ini diisi dengan amalan ibadah yang diterimaNya. In Sha Allah.

P/S: Congrats Newcastle atas kemenangan keatas Wolves. HWTL!

No comments:

Post a Comment