Tanggal 1 April 2022 merupakan hari terakhir perkhidmatan sebuah jentera yang banyak berjasa kepada aku. Untuk sesiapa yang familiar dengan nama dalam title entry kat atas tu. Ya betul, Blueniey merupakan nickname bagi kereta Myvi biru aku tu.Hari Jumaat, after solat aku bergerak bersama ayah dengan dua kereta ke Bandar Rawang untuk sesi penyerahan Blueniey. Sedih bhai bila drive Myvi ni, siap record video lagi dari rumah.."Here we go Blueniey, let's go for our last ride.."
Farewell old friend. Tempoh tujuh tahun dengan Blueniey penuh dengan suka duka. Kat Semenanjung ni satu negeri je yang dia tak cecah lagi - Kelantan. Tujuh tahun pakai, aku cuma terlibat dengan satu minor accident di Tapah, kena hentam belakang. Tapi overall, it's a highly reliable car. Dia boleh steady selaju 180 KM/H, rekod aku rasanya 190 time pergi kursus di Sungai Petani. Apa-apapun, I wish you good luck dengan owner baru. Just nak express my feeling here, it's my honor to be your owner..:-)
Inilah destinasi terakhir Blueniey sepanjang perkhidmatannya dengan aku - Carsome Rawang. Yup betul, aku decided untuk trade-in Blueniey atas faktor kewangan. Walaupun we are doing just fine, tapi aku terpaksa adjust sikit my expenses. Maklumlah, anak dah dua orang, jadi expenses pun double lah. Selalu nampak ramai yang share dekat Group Myvi Malaysia nak trade in kereta sebab family berkembang, laa ni aku pulak yang rasa.
Tengok ayah ni, dia pulak yang beria nak bergambar. Takdelah, banyak juga jasa ayah kat Blueniey, kadang-kadang hantarkan servis bila aku tak free. Tayar empat bijik tu pun ayah la yang hadiahkan, hadiah kahwin katanya. HuhuFarewell old friend. Tempoh tujuh tahun dengan Blueniey penuh dengan suka duka. Kat Semenanjung ni satu negeri je yang dia tak cecah lagi - Kelantan. Tujuh tahun pakai, aku cuma terlibat dengan satu minor accident di Tapah, kena hentam belakang. Tapi overall, it's a highly reliable car. Dia boleh steady selaju 180 KM/H, rekod aku rasanya 190 time pergi kursus di Sungai Petani. Apa-apapun, I wish you good luck dengan owner baru. Just nak express my feeling here, it's my honor to be your owner..:-)
Balik rumah, terasa kosong pulak front-yard ni. Biasanya tempat aku diri ni lah tempat Blueniey selalu parking. Terkilan jugak, sebab tak sempat nak pasang atap. Kesian dia kekadang berpanas hujan, tapi selalu jugak swap tempat dengan Persona tu.
Ni gambar first aku dengan Blueniey, diambil pada 3 April 2015. Muda belia lagi aku time ni, badan pun tip top lagi. Haha. Sekarang dah macam tong gas pulak..:-P
Ada selingan sikit untuk Dream League Soccer. Huhu. Aku buat major team revamp minggu ni sebab dah penuh sangat dan jual player yang takde kaitan dengan Newcastle. So, sudahnya ngam-ngam ada first eleven. If dapat secure Dan Burn cantiklah team ni. Okaylah performance first season. Juara liga, runner-up untuk Diamond Cup dan All Star Cup. Yang dua ni pun kalau penalti. Callum Wilson walaupun ada average support, tapi masih boleh menyumbat 17+5 goal untuk season ni. Not bad jugak untuk team rating 4 star. Huhu
No comments:
Post a Comment