Tuesday, February 8, 2022

Kisah AKU n Happy CNY 2022

Assalamualaikum,

Malam ni terasa nak berkongsi cerita cuti Raya Cina 2022 ni. Sebenarnya takdelah menyambut sangat, dah diorang cuti. Aku pun cuti lah. Haha
Hari Selasa, around jam 10 pagi lagi kami sekeluarga dah bergerak dari rumah menuju ke Selatan.
Sampai pekan Merlimau sekitar jam 1 petang
Cuaca panas betul kat sini. Memang rasa nak kena install sebijik aircond kat bilik kami ni. Huhu
Muka budak bangun tidur.:-P
Petang tu melayan Fariq dan sepupu main.
Mandi kolam.
Hassan dapat join celup-celup gitu je, sebab kaki patah minggu lepas. Get well soon boy!
Maghrib macam biasa ke Masjid ar-Rahman, Kg Pulai bersama Zed disusuli dengan sesi ngeteh.
Pukul 10 sampai rumah, tengok budak-budak tak tidur lagi.
Hari lain sama je aktivitinya cuma Khamis lain sikit, aku ke pekan Merlimau untuk routine check-up wife. Since minggu ni tak dapat buat kat klinik Sg Buaya. Tu yang buat dekat swasta je.
Singgah McD tapau untuk diorang.
Hujan lebat jugak hari tu.
Diorang ni apa kisah hujan, main tetap main. Huhu
Malam tu aku keseorangan je pergi masjid dan mengopi since Zed balik malam Rabu, hari Jumaat baru dia datang sini balik.
Malam pun main lagi dua orang ni. Yang kesiannya si Hassan tu lah dapat tengok dari jauh je..:-P
Jumaat kerja. Ingatkan most of vendor tengah sakan beraya sekarang, tapi banyak jugak kerja masuk. Pagi relax, petang tu after solat Jumaat sampai pukul 7.15 petang baru settle kerja.
Sabtu petang aku bersiap-siap masuk barang dalam kereta. Apa benda lah yang kami dok bincang tu. Haha. Fariq boleh nampak pulak safety vest dengan topi tu dalam bonet, melalak nak pakai..:-p
Malam hari Sabtu kami bertiga pulang ke Rawang. Jalan pun okay malam tu. Saja balik awal sikit, at least esok boleh rest before memulakan kerja.
Alhamdulillah, selamat sampai sekitar jam 12.20 malam. Sampai pun Fariq dah tidur, tu yang syok balik malam. Huhu
Elok je aku balik, makcik depan rumah ni bukak. Menyirap je aku time Zed hantar gambar malam Ahad tu. Haha. Takde rezeki nak merasa Mee Bandung Muar dia, apa boleh buat..:-)
So far, tu je lah cerita malam ni. Cuti pun a form of celebration jugak. Apa ingat, aku pergi beraya ke? Haha. Dikesempatan ini suka aku nak mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Lunar kepada rakan-rakan berbangsa Tionghua, especially kepada colleagues dan jaringan business partner/vendor/supplier. Semoga tahun ni memberi kekayaan dan kemakmuran untuk you guys semua. Xin Nian Kuai Le!

No comments:

Post a Comment