Sunday, February 27, 2022

Kisah AKU n Covid-19 Booster Jab

Assalamualaikum,

Khamis lepas aku akhirnya dapat jugak jab Booster Covid-19. Okaylah, kita kena ada usaha sikit nak lindung diri dari wabak ni kan. Mula-cula cuak jugak, risau kot lah ada side effect teruk ke bila dah cucuk, tapi sebagai seorang Muslim kita kenalah sentiasa bertawakal atas tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk mencegah dari wabak Covid-19 ni.

Khamis lepas macam biasalah hantar wife kerja di Rawang, aku pulak memang jenis malas nak balik. So lagi rela cari port redup dan bekerja dalam kereta. Pukul 1 pickup Ija, balik rumah dan sambung kerja cam biasa. Lepas habis meeting, aku terus ke venue offsite PPV yang terletak di Nice Banquet Hall di Rawang yang diuruskan oleh Poliklinik Vista. Aiseh, aku kalau nama Vista ni tak boleh dengar. Haha. Tengok macam lengang pulak.

Wife pun ikut untuk beri sokongan moral. haha takdelah sebab lepas cucuk nak terus ambil sikecik tu. Huhu. Puan ni dah lama ambil booster, husband dia je yang degil tak nak cucuk. Huhu, takdelah aku dok tunggu vaksin Sinovac. Malas lah nak campur-campur, nanti jadi mutant pulak..:-p

Done cucuk, tak sampai 10 minit pun. Proses yang cukup lancar. Dari verify MySejahtera, doctor consultation, cucuk sampailah update status vaksin. 

I'm pure Sinovac clan. Tiga-tiga jab semua dapat vaccine China ni. Haha. Amazingly the only side effect yang ada cuma mild headache je malam tu dan juga lenguh sikit di lengan.


Sabtu memang totally free from apa-apa side effect. Tu yang keluar pergi Lotus, macam biasalah restock barang dapur. Budak ni dah mengantuk time tu sebenarnya, tu yang bawak je pergi tempat arked.
Nak menghilang ngantuk punya pasal. Yelah, mana dinner lagi. Karang tak sempat makan dah tidur.
Mesti korang cakap aku ni tak basuh ke baju Quatriz tu? Sorry sikit, sepanjang empat tahun kerja kat MTD dulu diorang tak kedekut baju tau. Aku ada satu baju korporat MTD, satu baju sukan time KKR 2016 dan tiga helai baju biru Quatriz ni. Haha. Kat sini dah masuk dua tahun, ada lah sehelai baju RFID. Haha
Semua arcade machine lah habis try semalam, ada lah RM20 burn beli token. Haha
Singgah makan di GH Corner sebelum balik rumah.
Malam layan bola Newcastle menentang Brentford. Alhamdulillah, another win dan my beloved team ni mengekalkan our unbeaten run for 7 consecutive games.

So, itu sahaja cerita minggu ni.  Since esok kerja dan masih awal, let's play the latest version of Trial of the Seven Kingdoms. Haha

No comments:

Post a Comment