Sunday, August 23, 2020

Kisah AKU n Sepetang di Port Dickson

 Assalamualaikum,

Lama mat tak update. Lately memang busy dengan kerja, kadang-kadang tu balik rumah memang rasa nak tidur je. Tu yang hujung minggu ni aku dan family ke rumah ipar aku kat Port Dickson. Kebetulan mak ayah pun kesana jugak. Dapat lah lari sikit dari kesibukan metropolitan KL. Huu

Kerja asyik buat reporting je, dah macam reporter aku rasa kerja kat sini. Almost everyday balik pas Maghrib. Bersyukur lah bro, dulu kat Quatriz kekadang sampai tidur office..:-p

Dulu semangat cakap nak maintain dress code formal datang office, last-last sekarang ni everyday pakai t-shirt, hari Jumaat lagi santai pakai baju RFID ni. Haha

Jumaat, around 8pm aku bergerak menuju ke Port Dickson dari Bangsar South. Anak bini aku memang dah follow ayah dari rumah pagi tu. 

Singgah dinner pekena Nasi Lemak Manjo di R&R Nilai. Fuhh, lama beb tak makan benda marbeles ni. Sampai rumah ipar sekitar jam 10 malam, nasib jalan tak jem sangat.

Pagi Sabtu di Port Dickson, tengok bebudak ni mandi kolam. 

Main bola dengan anak teruna ni, sebenarnya ayah dia yang nak main. Haha

Eh ayah, ni bukan Didi ke? Mana Jojo dengan Nana..:-)

Petang lepas Asar, kami sekeluarga ke one of pantai yang ada kat Port Dickson ni. 

Jom campak Fariq dalam laut. Hihi

Apa ni Mikail nak dukung, tengok adik Fariq ni suka berjalan-jalan. Malu lah..:-p

Nak start nangis lah tu

.

Handsome boy

Gambar family

Nanti kita datang lagi eh, jangan lah sedih-sedih. Huhu

Selfie sikit Fariq, tengok camera ni..:-)

Bhahaha, nangis lagi budak seketul ni.

Sebelum balik, singgah early dinner dekat the famous MHR Burger @ Port Dickson

Fariq cam biasalah makan bekal je lah ye. Awak tu kecik lagi tak boleh makan lagi benda-benda ni.

Kat sini signature food dah tentulah burger dan segala macam makanan western.

Pagi Ahad kami ke Nilai, singgah rumah Acu Nani before pulang menuju ke Rawang. Tak boleh lama sangat sebab ada kerja pending yang nak disettlekan. Maklumlah, pagi Isnin kan hari segala report submission. At least kalau sampai rumah awal boleh lah ready apa yang patut. 

Okay, malam ni rasa macam nak tengok final UCL lah - Bayern Munich lawan PSG. Siapa yang aku support? Dah tentulah my beloved Der Bavarian. Bayern merupakan kelab favourite kedua aku selepas Newcastle. Nak menunggu Newcastle masuk UCL memang berjanggutlah chor, nak menang piala domestik pun struggle. Haha

P/S: Hopefully adalah Ballon d'Or tahun ni, nak jugak tengok Lewandowski menang. Asyik orang sama je setiap tahun. Tak Messi, CR. Tak CR, Messi. Boring dod.

No comments:

Post a Comment