Tuesday, August 4, 2020

Kisah AKU n Aidil Adha 2020

Assalamualaikum,

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dilimpahkan kurniaNya untuk sama-sama menyambut Aidil Adha untuk tahun 2020 ini. Semoga tahun ini kita beroleh keberkatan dan rahmat dariNya untuk terus beribadah dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Baiklah seperti tahun-tahun sebelumnya, suka aku nak share sikit sambutan Aidil Adha aku tahun ni.
Sehari sebelum Raya, aku bertugas diluar pejabat. Adalah kerja jadi runner jap kena menghantar stok dekat warehouse Lazada. Bukan apa, driver office semua dah cuti. So, aku dengan rasa tanggungjawab turun padang untuk make sure stok RFID tag kami di Lazada ni sentiasa ada untuk rakyat Malaysia.
Since hari tu halfday, aku meluangkan masa menyinggah lunch di Bukit Jalil bersama rakan-rakan lama di Quatriz dulu.
Sempat jugaklah order Meatball Carbonara yang marvelous ni. Satu set sekali dengan air RM9 je. Hanya di Picante Cafe @ TPM.
Bagi tahun ni, aku menyambut Hari Raya di Serkam. Pagi Raya sempat bergambar dirumah dulu, tapi tengok si kecik tu. Tak boleh duduk diam. Haha
Selfie dulu sebelum balik kampung.
Gerak dari Rawang sekitar jam 9 pagi. Trafik sesak dari Seremban menuju ke Pedas Linggi. Memang expected, sebab orang balik raya kan. Tapi kesesakan ni tak seteruk orang yang nak menghala ke Utara dan Pantai Timur lah. Huhu
Haha, apa muka cam tu..:-p
Sampai Serkam dalam jam 12 jugak. Rest setengah jam je makan lemang.
Pastu terus ke Masjid Jamek Serkam untuk menunaikan solat Jumaat.
Ramai jugak orang, nasib baiklah datang awal. Dapatlah tempat duduk bawah kipas, ada tempat sandar lagi. Boleh terlelap pulak aku sementara nak tunggu khatib berkhutbah. 
Lepas solat aku tertidur kat depan rumah, petang dok melayan si Fariq ni berjalan. Mentang-mentang dah ada kaki. Bukan main laju budak ni berjalan dok mengejar kucing. Haha
Pagi Sabtu takde buat apapun, adalah buat kerja office sikit pastu cam biasalah monitor Fariq main kat luar. 
Sepupu Fariq sampai kampung pagi tu jugak, seronok tengok bebudak ni main kejar-kejar.
Baju recycle, haha.  
Seawal jam 10 pagi Ahad kami dah bergerak meninggalkan Serkam untuk mengelakkan jem dan tiba dirumah tepat jam 1 petang. Nasib baik gerak awal, kawan-kawan yang beraya kat Selatan nak balik ke Lembah Klang mostly sangkut since gerak lambat. Planning, my dear friend. Planning. Huhu

Menutup cerita malam ini, selamat menyambut Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat sekalian, semoga para-para Haji kita mendapat haji yang mabrur dan bagi kita yang masih menunggu kesempatan ini, teruskan berdoa dan beribadah dengan seikhlas-ikhas hatinya agar diberi peluang untuk menjadi tetamuNya pada tahun-tahun yang akan datang. In Sya Allah.

No comments:

Post a Comment