Sunday, March 19, 2017

Kisah AKU n Helmy's Wedding @ Pasir Gudang

Assalamualaikum, 

Letih gila beb minggu ni. Kalau hari tu ke Utara, laa ni aku ke Selatan pulak. Cuma bezanya for this time aku tak memandu keseorangan dan ditemani beberapa orang rakan yang setia bersembang dengan aku sepanjang perjalanan kami ni. Okay, ceritanya semalam kami ke Johor untuk menghadiri majlis persandingan Helmy. Kawan kami ketika menuntut di UiTM dulu, memang time belajar pun selalu kami berlima. Lepak, main badminton, pergi kelas, kuliah dan sebagainya..:-)
Seawal jam 8 pagi lagi kami dah bergerak dari Shah Alam. Tapi tu lah, manusia ni mampu merancang Allah yang menentukan. Walaupun keluar awal, trafik sesak berikutan kemalangan maut dekat ELITE delayed us for almost one hour. Perjalanan hampir 400 km ni bakal mengambil masa sekitar 4-5 jam, bergantung kepada traffic condition dan kekerapan berhenti kat R&R. Huhu
Haa, ni lah driver sepanjang perjalanan 2 hari kami ni. Dah aku tengok time nak plan hari tu pun takde sorang nak volunteer. Demi tak mengecewakan dan merealisasikan harapan bro kami Helmy, aku pun setuju lah untuk jadi driver. Huu
Singgah berehat dan breakfast di OBR Ayer Keroh sekitar jam 10 pagi.
Sekitar jam 1 petang, kami selamat sampai ke destinasi yang dituju iaitu di Taman Scientex, Pasir Gudang. 
Haha. Upacara menandatangan dan menulis ucapan buat Bro Helmy. Kami beli hadiah ni dekat AEON D'Kayangan Jumaat lepas..:-p
Sampai-sampai kami makan dulu. Sebab pengantin tengah ghairah berphotoshoot atas pelamin. Hehe
Eh, bila salin baju ni? Huu, mesti lah. Aku dah cakap awal-awal. Asal majlis kahwin, baju Melayu lah yang jadi favourite aku..:-)
Bergambar bersama pasangan pengantin yang diraikan semalam. Saudara Helmy dan isterinya, Hazimah. Apa aku dengan Yat tu dah pose macam kumpulan nasyid. Haha
Amik berkat raja sehari kita..:-)
Lepas makan, kami meminta izin tuan rumah untuk bergerak meninggalkan majlis. Mata aku memang dah ngantuk gila time tu. Mana taknya, tidur pun 3 pagi. Pukul 7 dah bangun lepastu terus drive ke Johor. Kami berehat untuk menunaikan solat Zuhur sebelum menuju terus ke Johor Bahru. Well, rugi lah datang sini tak tengok tempat orang kan? Nak tahu apa aktviti kami di capital negeri Johor ni? Klik sini.

Itu lah cerita majlis persandingan bro kami yang telah selamat dijayakan di rumah keluarga pengantin perempuan di Pasir Gudang, Johor. Unfortunately, kami tak sempat menghadiri majlis pengantin lelaki di JB atas kekangan masa. Sekali lagi ingin aku ucapkan selamat pengantin baru buat Helmy dan Hazimah. Semoga penyatuan korang berkekalan hingga ke akhir hayat dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan juga solehah. Amin. In Sha Allah.

P/S: Draw pulak Newcastle ni, nasib baik Brighton dengan Huddersfield kalah. 8 more games to play. We can do it, Howay The Lads!

No comments:

Post a Comment