Assalamualaikum,
Ni merupakan sambungan untuk entri kami ke negeri Johor. Seperti yang sempat aku mentioned sikit dalam entri yang lepas, cerita tak habis situ je. Ingat kitorang balik hari ke? Haha
Sekitar jam 3 petang kami tiba di Johor Bahru. Check in kat Hotel Ria ni dulu. RM 80 kongsi 4 orang. Okay sangat dah ni..:-)
Since masing-masing bateri dah low, especially aku. Kami decided untuk berehat dahulu sebelum meneruskan aktiviti orang bujang malam tu. Dah lah bilik takde tingkap, memang bangun-bangun tahu dah pukul 7 petang. Semua tidur mati. Haha
Pukul 8 malam, kami berempat keluar meneroka Bandar Johor Bahru. Macam KL, bandar ni pun tak terlepas dengan kesesakan jalan raya. Ingatkan dah straight 5 hari menghadap jem boleh lah escape kat sini. Rupa-rupanya boleh tahan power jugak trafik kat sini..:-p
Destinasi kami yang pertama ialah Pasar Karat JB. Tipikal uptown, cuma banyak stall yang jual merchandise bangsa Johor. Naik seram aku dibuatnya. Tapi takpe, kita Selangor - Johor kan kawan. Huu
Singgah makan malam kat Nasikk, just a couple of walking distance from Pasar Karat. Restoran hipster ni., tengok interior design pun dah tau. Siap ada lagu Thai lagi..:-)
Jelingan manja Deq Joe. Haha, macam cibai.
Yat muka boring je. Katanya setakat Pasar Karat ni, Shah Alam pun ada. Takpe-takpe, you want fun? Jom kita selongkar port-port baik yang ada kat JB ni!
Lepas makan malam, kami bergerak menuju ke Stulang Laut. Tapi padat gila sini, langsung takde parking. So, sudahnya kami ke Teluk Danga. Ada fun fair kat sini, boleh lah. Huu
Kitorang main benda ni semalam. Tengok orang main macam lame gila, tapi sekali naik sumpah macam bapuk Siam aku menjerit. Haha
Nak dekat 2 jam jugak kami melepak kat sini. Bersembang heart to heart dengan bro-bro. Macam aku cakap berkali-kali, family dan kengkawan jugak yang ada bila tengah dalam problem.
Ingat nak naik ni, tapi semua budak je. Malu pula.. Hii
Sekitar jam 1 pagi, kami tiba di hotel. Sambung bersembang seminit dua sebelum semuanya ketiduran.
Seawal 8 pagi aku dah bangun, semuanya gara-gara ada mesej dari bos. Kacau daun betul pagi-pagi Ahad ni. Haha. Ingat nak kejut budak-budak tu since plan nak gerak pukul 9, tengok semua lena tak sampai hati pulak. Last-last pukul 10 jugak check out. Singgah brunch kat R&R Machap dan sampai Shah Alam around 2PM.
Sampai je SA, melepak dekat Khalifah sementara nak cool down Myvi aku tu. Kesian bekerja siang malam untuk kami, kira total nak dekat 1000KM jugak dia cover 2 hari ni. Takpe, lepas SIRIM audit ni kita rehat eh baby, bos pun macam okay je nak bagi cuti straight 3 hari. Hii
Pukul 3.30 petang I made my way to Rawang, another 40 minutes of journey. Sampai rumah je tertidur sampailah pukul 8. Habis Asar aku tadi. Bagi menutup entri minggu ni, suka aku nak mengucapkan selamat pengantin baru sekali lagi kepada kenalan yang dah selamat melangsungkan perkahwinan mereka minggu ini, antaranya kepada Helmy & Hazimah, Ishak & Mariam, Hidayah & Abid, Najihah & Saddly, Lisa & Fauzan, Fadilah & Faizal dan kepada sesiapa jugak diluar sana. Semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.
P/S: Okay, minggu depan dah boleh nak visit rumah kat Bukit Beruntung tu. Let's make it real!
No comments:
Post a Comment