Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera. Trend blog ni nampaknya berbalik ke it normal state, satu minggu satu entry. Nak kata waktu blogging terhad, tak jugak. Banyak je masa terluang aku ada. Dipendekkan cerita, aku tak banyak aktiviti sekarang ni (maklumlah single men, hujung minggu tidur je kat rumah). So, cerita pun tak banyak lah..:-p
Minggu ni company attached aku kat Touch N' Go, Bangsar South. Full satu minggu aku kat sini for one of our project collaboration.
Selfie jangan dilupakan..hehe
Merasa lah sehari dua naik public transport. Parking kat LRT Gombak, then naik LRT ke Kerinchi. Just like old time..:-)
Hari Jumaat aku last attach kat Bangsar South, pasni mesti rindu gila nak makan Mee Celup kat sini. Pedas, tapi serius sedap!
Pagi semalam servis Myvi biru aku tu, dah 30 000 KM dia mengikut aku berjalan. Besar jasa dia..huhu
Semalam, lepas Isya aku ke Shah Alam. Petang tu lagi aku dah call Joe dengan Yat, tapi diorang tak pick up. Sudahnya, plan shopping kat Uptown sorang-sorang je lah. Elok sampai kat traffic light Sek. 7 UiTM, kebetulan Yat return call. Apa lagi, aku pun terus pick up diorang. Nasib baik sempat call, kalau dah terlepas traffic light tu memang takdenya aku nak patah balik..:-)
Adalah 2-3 benda nak cari, maklumlah gaji dah masuk..huu~ Lepas puas bershopping, kami berempat singgah minum di Kolam Pancing Seksyen 24 Shah Alam, bersembang sambil memerhati gelagat kaki pancing. 2 jam jugak kami melepak kat sini, lama tak jumpa. Mesti banyak story.Ni lah hasil shopping semalam. 3 helai kemeja, leather belt and wallet. Semuanya under RM200. Sebab tu aku suka shopping kat Uptown, boleh bargain. Kalau mall, silap-silap baju sehelai pun dah harga seratus..:-p
Berat hati nak decommission wallet ni. Lama dia berkhidmat dengan aku, sejak Form 4 lagi. 8 tahun beb! Of course, that's made this wallet the longest-serving benda yang ada dengan aku (sampai dah rabak kulit tu), even long before blog ni wujud lagi. Apa-apapun, thank you very much for your service bro. Aku letak kau dalam frame nanti..hehe
Welcome to my pocket mate!
Minggu depan aku akan ke Johor bagi memenuhi undangan perkahwinan kawan kakak aku, plus kami nak visit family bakal abang ipar aku kat Batu Pahat tu. Alang-alang dah sampai sana kan. Okay lah guys, that's all for today. In Sha Allah berjumpa lagi next entry, till then take care.
No comments:
Post a Comment