Monday, September 12, 2016

Kisah AKU n Aidil Adha 2016

Assalamualaikum,

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dilimpahkan kurniaNya untuk sama-sama menyambut Aidil Adha untuk tahun 2016 ini. Semoga tahun ini kita beroleh keberkatan dan rahmat dariNya untuk terus beribadah dengan penuh kesyukuran dan keikhlasan. Baiklah seperti tahun-tahun sebelumnya, suka aku nak share sikit sambutan Aidil adha family aku untuk tahun ni. Apa-apapun sebelum aku bukak cerita entri malam ini, ingin aku ucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada atlet-atlet Paralimpik negara kita yang sedang berjuang di Rio, khususnya kepada hero-hero Emas kita:
  1. Mohd Ridzuan Mohd Puzi - 100M
  2. Muhd Ziyad Zolkefli - Put Shot
  3. Abdul Latif Romly - Long Jump
Pagi tadi aku dan keluarga menunaikan solat sunat Aidil Adha di Bandar Sungai Buaya. Kemudiannya we had a quick breakfast (lemang + rendang ayam + daging masak kicap) sebelum aku, mak ayah dan Opah berangkat ke Shah Alam untuk memenuhi undangan Acik Man dirumah barunya.
Dihadapan rumah baru Acik Man di d'Kayangan, Seksyen 13, Shah Alam. Kawasan elit ni, bukan calang-calang orang duduk area ni. Mau 1-2 juta kalau nak beli property kat sini...:-p
Adik beradik mak yang lain pun ada yang datang tadi except family Mak Yong, Acik Joe dan juga Acu Keon. Yang ada tadi pun dah cukup riuh rendah dibuatnya..:-)

Bersama Iskandar, anak sulung Acik Man. Tinggi dah budak ni.
Boleh dah nak challenge Super KIP..hehe
2PM - Bergambar kenangan sebelum bergerak meninggalkan perkarangan rumah Acik Man. Next destination?
Kami singgah berehat dirumah Acik Fendi (baju kotak-kotak tu) kat Bukit Jelutong. Aku pernah duduk sini around 2 months time praktikal di ORSB dulu.
Acik Fendi ni seorang yang sukakan bunga-bungaan. Walaupun nampak muka ganas macam Awie, tapi dalam hati ada taman..haha
Mak ayah bergambar dengan salah satu dari berpuluh koleksi bunga Acik Fendi..:-)
Berehat sekejap sambil menonton filem Tamil..haha, gua dah cakap. Cerita Tamil ni nampak je aneh, tapi konfirm korang melekat depan TV punya..haha

Kami sampai Sungai Buaya sekitar jam 5 petang. Memang lemau jugaklah tadi. Menutup cerita malam ini, selamat menyambut Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat sekalian, semoga para-para Haji kita mendapat haji yang mabrur dan bagi kita yang masih menunggu kesempatan ini, teruskan berdoa dan beribadah dengan seikhlas-ikhas hatinya agar diberi peluang untuk menjadi tetamuNya pada tahun-tahun yang akan datang. In Sya Allah.

No comments:

Post a Comment