Assalamualaikum,
Semalam, tanggal 6 Julai 2016. Umat Islam dikebanyakkan tempat didunia ini telah meraikan kemenangan melawan hawa nafsu dan kini sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ramadhan yang baru sahaja berlalu pastinya akan menjadi pedoman dan asbab kita untuk terus melaksanakan perintah Allah dengan penuh tawadhuk dan meninggalkan segala laranganNya. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih memberi kita nikmat untuk merayakan hari yang gemilang ini.
Mana boleh terlepas rutin pagi raya sebelum ke Masjid..hehe
Lepas snap satu dua gambar, kami pun menuju ke Masjid Jamek Bota Kanan untuk Solat Sunat Aidilfitri. Tahun ni sampai-sampai je, orang dah ready nak sembahyang. Tu lah, khusyuk sangat amik gambar, nasib sempat masuk saf..:-p
Seperti tahun-tahun sebelumnya, asal pagi raya cuma ada dua family je - family mak dan juga Acu Nani.
Berguna lagi monopod ni. Aku beli natang ni time raya tahun 2014. Gambar diatas - keluarga En. Gani dan Pn. Sulina. Serba ungu tahun ni..:-)
Bersama adik beradik yang mantap dan hot stuff belaka. Yang akak aku tu dah jadi tunangan orang pun, si adik tu pulak memang jejaka idaman USIM. Yang hat anak nombor dua tu tak laku sangat..haha
Dah macam cover album pulak, huhu
Sesi photoshoot raya sekejap disekitar halaman kampung kami. Banyak gambar dalam album ni, cuma amik mana yang berkenan je untuk tujuan entri ni..:-)
Sesi bersalaman dan bermaafan bersama ibu ayah tersayang.
Sesungguhnya banyak dosa yang telah aku lakukan, baik sedar atau tidak. Harapnya dapat pengampunan ikhlas dari mereka. Amin, In Sha Allah
Haa, yang ni pulak moment paling seronok untuk penerima tapi gloomy untuk yang memberi..hehe. Takdelah, gurau je. Takkan lah bagi duit raya pun nak berkira kan. Apa lah Abg Farid ni kan Damia?
Dah macam tradisi pulak amik gambar berpropkan spek mata hitam ni..huu
Elok je lepas aku bergambar kat pangkin kayu tu. Jiran dan sanak saudara datang membanjiri perkarangan rumah Opah.
On my active duty sekejap. Panaskan kuah laksa, bancuh kordial, kopak batang lemang, angkat ais batu dan sebagainya. Keadaan ni berterusan dari pukul 12 sampailah 5 petang. Tak putus-putus tetamu yang datang berkunjung ke rumah Opah semalam. Nak tercasbut rasa lutut aku ni..huu
Dah kenapa ni? Sebelah petang pulak, keluarga Mak Yong sampai dari Ipoh. Followed by Acik Fendi's family dari Shah Alam.
4 out of 7 keluarga anak-anak Opah yang dapat dikumpulkan tadi dan sempat join sesi bergambar.
Our beloved Opah bersama cucu-cucu beliau. Exactly 10 minutes after kami selesai sesi photoshoot. Family Acik Man tiba dari Bandar Kinrara, diikuti keluarga Acik Joe dari Changkat Lada. Tak sempat nak snap apa dah, bateri HP aku dah kong!
Malam pula kami sekeluarga menyempurnakan majlis Tahlil bagi arwah atukku, Haji Abu Bakar B. Selan diketuai oleh my little brother, Faris yang lebih berilmu dan layak untuk hal-hal seperti ini..:-)
Jadi, itulah cerita hari raya pertama aku. Dikesempatan ni sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan sekolah, UiTM, Trueventus, CapSource dan MISB.
In Sha Allah, bertemu kita lagi dientri berikutnya. Till then, take care dan selamat beraya semua!
No comments:
Post a Comment