Wednesday, July 6, 2016

Kisah AKU n Ramadhan 2016 - Day 30

Assalamualaikum,

Eh, bukan selalu update sekali 3-4 entri terus ke? Ke bukan hang yang taip entri ni Farid? Haa, tu lah dia. Interestingly, line kat kampung aku ni semakin better dari tahun ke tahun. Jadi, tak salah rasanya kalau aku nak terus update je cerita hari terakhir Ramadhan 2016 aku malam ini. So that, nanti sampai Rawang boleh rehat je. Okay, jom lah baca sikit entri malam ni. Takkan singgah je..huu
In my previous entri, kami tiga beradik berehat satu malam kat sebuah hotel di Seri Iskandar. Semalam, we all check out from Hotel Anggun pukul 12 tengah hari and terus make our way to Bota Kanan. Mana taknya, hari last Ramadhan kan hari memasak. Takkan lah kami bertiga nak terlepas peluang membantu keluarga bersama-sama bagi persiapan raya Opah.
Sampai-sampai je, keluar kereta terus lipat seluar and get ready untuk beraksi..hehe
Opah pun baru je nak letak pulut nasi dalam batang lemang. Nampaknya memang takdir aku tahun ni lagi nak menjaga api untuk lemang jagung Opah yang famous ni which is my yearly routine..:-)
Proses membakar lemang memerlukan konsentrasi yang tinggi terutamanya level kepanasan dan kekuatan api, warna batang lemang dan juga faktor angin. So, kena alert dengan benda-benda ni. Kalau ada yang kurang, tu yang ada jadi mentah, ataupun hangit. Hilang maruah beb kalau lemang ni fail..haha
Di section memasak rendang. Walaupun hari memasak ni cuma ada 2 family je yang balik untuk membantu Opah. But we had fun, mungkin sebab memang muka-muka ni jugak setiap tahun yang sanggup balik awal..:-)
Lepas Asar pulak aku dan adik ke Bazaar Ramadhan Bota Kanan. Cari panjut, minyak gas dan juga kudap-kudapan sikit untuk family. Since bro ni baru dapat lesen, so bagi lah dia test Myvi aku ni. Nervous jugak bagi budak noob ni drive..haha
Sambung kerja sikit memacak batang panjut sekitar halaman rumah. Tak banyak aku buat tahun ni, 10 batang je. Kebetulan panjut pun beli 10 biji je.
Azan Maghrib bergema disekitar kawasan Perak Tengah pada jam 7.35 malam, menandakan telah berakhirnya Ramadhan untuk tahun 2016.
Lepas berbuka, aku dan ayah pergi menziarahi sanak saudara di kampung halamannya di Kampung Selboh, Parit. Sayu je aku tengok ayah aku tahun ni. Kata ayah, biasanya kalau malam raya kat meja ni lah dia akan bersembang dengan mak ayahnya. Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah atuk dan nenekku - Haji Daud dan Hajah Noriah yang telah pun terlebih dahulu pergi meninggalkan kami. Tidak lupa juga kepada Allayarham Haji Abu Bakar. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya. Amin Ya Rabbal Al Amin.
Jadi kawan-kawan, suka aku nak menyatakan rasa syukur kerana telah diberi kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah puasa ini. Alhamdulillah, puasa penuh aku tahun ni. Terawih pun ada peningkatan drastik. Apa-apapun, dikesempatan ini ingin aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada muslimin dan muslimat. In Sha Allah, ada dua lagi entri wajib yang coming soon. Stay tuned!

No comments:

Post a Comment