Sunday, March 20, 2016

Kisah AKU n Izyan's Wedding @ Saloma Bistro

Assalamualaikum,

Selamat petang semua. So, hari ni dengarnya ada Ekuinoks kat Malaysia. Tapi, rasa biasa je..:-p Okay, this week kat office ada senyum sikit, akhirnya dapat jugak close satu deal untuk CompBen setelah berminggu-minggu kontang. But, entri petang ni takde lah rasa nak bercerita pasal tu.
Semalam aku menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Kuala Lumpur. Majlis ini berlangsung di sebuah tempat yang sangat eksklusif di Jalan Ampang. Nak tahu kat mana?
Terletak berhampiran Old Zouk, Saloma Bistro mempunyai reputasi cemerlang sebagai salah satu restoran berkonsepkan teater di ibu kota Malaysia ni. Rate bagi penggunaan dewan kat sini merupakan antara yang termahal di Kuala Lumpur. Nak tengok gambar kat dalam?
Lengkap dengan penghawa dingin, sebuah stage besar  dan juga hiasan dalaman bercirikan Melayu klasik. Sesuai dengan nama yang dibawa milik Puan Seri Saloma yang merupakan seniwati negara kita ini.
Lupa pulak nak bagitau, ini merupakan majlis perkahwinan anak perempuan kepada kawan ayah, Tn Hj Hilal yang sama-sama bekerja di Petronas Carigali.
Ini lah pasangan Raja Sehari yang diraikan semalam, introducing Sdra. Fauzi Mahmud dan juga Sdri. Izyan Rizza. Aku tak kenal pun diorang ni, even kawan ayah tu pun aku tak kenal jugak...haha
Kalau korang perasan dalam sebulan dua ni selalu jugak aku attend majlis kahwin. Hari tu wedding Bro Baim kat Bukit Damansara, semalam kat Kuala Lumpur, minggu depan 27 haribulan perkahwinan sepupu aku, Liza dekat Ipoh. Then bersambung lagi majlis Ifah kat Puchong, 10 April ni. Takpe-takpe, ambik berkat. Nak kahwin sekarang tak ready lagi, mana taknya asyik nak berkonflik je..:-(
Saja menyibuk kat tempat ni semalam. Rindu beb nak kontrol makhluk ni, dulu time kat UiTM selalu sangat buat kerja-kerja teknikal and multimedia ni..:-p
Nampak tua sangat dah ayah aku ni. Dah masuk 55 tahun depan ayah pencen lah, jangan pandai-pandai nak sambung lagi. Tak payah kerja dah, biar abang yang cari duit pulak.
Pergi banyak sangat wedding ni rasa macam teringin jugak kan? Tapi tu lah, orang tua-tua kata kalau belum rasa bersedia, hold dulu. For time being, biarlah aku kumpul aset dan strongkan kewangan aku dulu. Ada jodoh nanti, sampailah dia..:-)
Tu diaa, ni yang aku malas nak masuk KL hari-hari minggu camni. Kat mana-mana sesak! Nak dekat pukul 4 jugak sampai semalam.
Malam semalam melepak dengan Dolah kat Rawang sampai pukul 2 pagi. Minggu ni Afiq takde, dia ada training kat Domino Setia Alam. Malam Jumaat hari tu aku ngeteh sorang je kat kedai Siam tu sambil memikir masa depan dan merenung nasib..haha.
Sebelum tidur Ikmal, one of my friend time PAC kat Kedah hari tu wasap. Dia hantar gambar ni..haha. Jumpa kat page Derma Organ Kedah katanya. Ni gambar time saringan kesihatan sebelum UKJK. Good old time..:-)

Okay lah, nak tidur sekejap. Malam ni nak tengok Tyne-Wear Derby jam 9.30 malam. Dilarang menganggu time tu. Buat Saudari Izyan dan pasangan walaupun kita tak pernah berjumpa, selamat pengantin baru saya ucapkan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

No comments:

Post a Comment