Thursday, March 3, 2016

Kisah AKU n A Day @ KPJ Rawang

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak share sikit pengalaman menjaga patient di KPJ Rawang. What? KPJ ada kat Rawang? Haha, tak caya kan. Aku pun asalnya macam tak percaya jugak sebuah KPJ akan dibina kat bandar Rawang ni. Back then on 2013, development medical center ni started together with the erection of "Rawang One", berhampiran Terminal Bas dan KTM Rawang. Time tu rasa bangga teramat, sebab Rawang akhirnya dah nampak macam sebuah bandar yang real dengan fasiliti yang sepatutnya ada untuk sebuah bandar seperti AEON Anggun, NSK Trade City, development of new business centre seperti Mutiara Business Park, Rawang Baru dan macam-macam lagi. Memang real estate market kat Rawang time tu meletup-letup!
Okay, jom get back to our story. Nak dijadikan cerita, pagi tadi time aku nak bersiap pergi kerja. Tiba-tiba aku diminta oleh ayah untuk hantar dia ke KPJ Rawang for medical treatment for his injury (diagnosed with trigger finger last week which I don't know). Aku terus sent message to Jenny and request for EL. Pukul 8, shortly after being approved kami terus ke KPJ.
Sesampainya kat sana (which is first time aku datang sini..huu), kami diminta menunggu dalam masa lebih kurang 1 jam for registration. Registration apa bendanya sampai satu jam, pelik. Had my breakfast sementara menunggu, kiut je nasi lemak pagi tadi..haha
Patut lah lama, rupa-rupanya hari ni merupakan operation day untuk jari ayah. Ingatkan registration biasa je. rupanya sekali dengan admission, operation, insurance segala bagai. Tepat jugak keputusan nak apply EL sebab konfirm memang seharian aku kat sini. Around 10.30 AM, kami dibawa ke Day Ward di Floor 2. Ni wad untuk orang yang balik hari, normally untuk patient yang undergo minor operation.
Ayah dijangka masuk OR around pukul 1. Teman sekejap sementara tunggu mak dengan along datang sebab aku ada urusan dengan CIMB yang perlu disettlekan tadi. Since diorang pun lambat sampai, ayah suruh aku gerak dulu takut jalan sesak kat KL. 
Urusan di CIMB Menara UAB, Masjid Jamek. Nak amik geran Myvi aku tu. Ayah suruh naik public, tapi rasa tak berbaloi pulak. Alang-alang dah bawak kereta, guna je lah..:-)
See. Naik kereta lagi cepat. Dalam 1.30 petang aku dah sampai Rawang. Mana taknya, dah jalan pun clear je..:-)
Sampai je KPJ, nampak mak dengan Along dah menunggu kat Waiting Room. Katanya, ayah dah masuk OR shortly after aku sampai. 
Menunggu dengan sabar dan kelaparan. Since ni considered as minor operation, prosedur pembedahan mengambil masa selama setengah jam sahaja.
Ayah dibawa masuk kedalam wad semula selepas pembedahan berjaya.
Operationnya memang sekejap tapi nak menunggu tu yang lama. Kata ayah, Doktor Chong akan datang recheck pukul 5 petang untuk approve discharge.
Mak dengan along balik around 3 PM, and left me to uruskan any rising matters berkenaan hospitalization, insurance AIA etc.
Pukul 3.30 baru nak keluar lunch. Boleh pulak terserempak dengan brader ni kat CIMB Rawang..haha. Apa lagi, terus makan sama-sama sambil berborak. Memang kawan sehidup semati beb!
Balik ke KPJ, aku merayau-rayau sekitar hospital ni. Semua tingkat aku explore tadi. Mana taknya, baru first time datang..huu. Bagus hospital ni, ada coffee house Gloria Jean, in addition of cafeteria yang sedia ada. Ada several convenient store, surau dan juga ruang menunggu yang selesa.
Sepatutnya ayah discharge pukul 6 petang after Dr. Chong bagi green-light, tapi proses clearance untuk AIA insurance dan medication memakan masa yang extraordinary lambat. so menunggu lah aku kat lobi tu sampai pukul 8 malam. Tak pasal-pasal habis aku tengok satu episod "Tundukkan Playboy Itu"..haha
8 PM - aku dan ayah meninggalkan KPJ Rawang. Lemau beb, bateri henset pun nyawa-nyawa ikan je tinggal.

Jadi itulah dia pengalaman aku menjaga ayah di KPJ Rawang. Nice hospital with an excellent facilities, friendly staffs dan juga good service except for insurance process. But it's okay, still have room for improvement in near future. Okay lah, nak berehat ni. Esok start kerja balik..:-)

No comments:

Post a Comment